Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah permulaan tahun baru hijrah 1436 dimulakan dengan Kongres Ulama Nusantara dan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Julung kali dapat mengumpulkan Ulama dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina dan Kemboja dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Sohibul Somahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan.
Ulama merupakan pewaris para Nabi yang memikul satu amanah yang besar untuk membimbing ummah kepada jalan hidayat yang pernah dilalui oleh para anbiya terdahulu. Ummah di zaman kerosakan ini amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari kalangan ulama al-amilin untuk kejayaan dunia dan akhirat, iaitu kehidupan yang sebenar demi kejayaan dunia akhirat, iaitu kehidupan yang telah dicontohi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.
Zaman kerosakan yang kita lalui sekarang telah membina jurang pemisah antara ulama dan ummah. Ummah berada di satu lembah dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, manakala ulama berada di satu lembah yang lain dengan majlis-majlis ilmu yang hambar dari sambutan ummah. Fenomena ini menyebabkan ummah hidup meraba-raba tanpa tunjukkan, sedangkan ulama pula sudah buntu mencari jalan untuk mendekati ummah yang jauh dari hidayah.
Satu usaha ke arah mendekatkan Ulama dan Ummah haruslah diformulasi dan dilaksanakan secara berterusakan dan bersungguh-sungguh di samping mengharap nusrah dan inayah daripada ALLAH SWT. Justeru itu Majlis Muwaasolah yang julung kali diadakan ini akan jadi satu pencetus dan titik tolak permulaan kepada usaha-usaha berterusan untuk mendekatkan antara ummah dan Ulama sebagai pembimbing agama di masa akan datang. Kepada ALLAH jua kita berserah dan memohon agar segenap usaha mendapat berkat dan rahmatnya seterusnya mendapat keampunan dan keredhaa-Nya di akhirat nanti.
Alhamdulillah ribuan ummah dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Filipina dan Kemboja datang memenuhi ruang Masjid Al-Sultan Ismail Petra untuk bertemu dengan dengan para Ulama Nusantara. Dalam majlis ini dilancarkan juga dua kitab iaitu Kitab Midraj Ul-Fawatih (syarah kitab Misykal) dan Kitab Barokatul Makkiyyah (kitab selawat). Kedua-dua kitab ini boleh dibeli di kedai buku Masjid Seri Petaling. Syukur alhamdululillah juga apabila blog Denaihati dipilih oleh ALLAH menjadi blog rasmi kepada majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah.
Semuga Majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah pada 25 – 26/10/2015 di terima ALLAH dan menjadi asbab turunnya nusrah dan hidayah dari ALLAH keseluruh pelusok alam.
95 Comments
Aktiviti seperti ini perlu banyak dijalankan dan disertai kerana ianya sangat berfaedah untuk kita semua
beruntunglah tuan kerana menjadi insan terpilih ke majlis agama ini
Curahan rasa sohoque @ ..Burung Pun Pandai Pancing Ikan…!
mmg bertuah DH sebab terpilih utk menghadiri majlis ilmu dan jadi blog rasmi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
kita mengerti mengejar akhirat dan dunia akan datang kepada kita demikianlah yang diajarkan guru-guru kita
assalamualaikum
terima kasih atas artikel ni. terimbau kenangan berada dibumi Kelantan, meriah dengan suasana dakwah dan tarbiah.
terima kasih
ramai yang sukakan suasana di bumi kelantan..lpeas ni boleh bawa suasana sebegitu kt tempat lain plak kan
bumi kelantan mmg kaya dengan ilmu agama mcm ni. selalu buat majlis ilmu agama
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
orang yang bermajelis menjadi di liputi oleh Malaikat dan mendapat banyak keutamaan
Saya pun kadang terdetik untuk sertai aktiviti seperti ini tetapi memandangkan saya tinggal jauh dengan tempat program. Semoga suatu hari nanti saya akan diberi peluang untuk join.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Samalah kita ni. Insyaallah suatu hari nanti bolehlah sertai aktiviti sebegini jugak. Pasti ada peluang nanti.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Betul tu. InshaAllah jika diizinkan Allah untuk berpeluang menyertai aktiviti seperti ini
mngkin di sekitar afifi ada gak aktiviti sebegini..boleh try tanya jiran-jiran ke
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
insyaallah satu hari nanti kita dapat join majli ilmu agama macam ni.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
bersegeralah kepada Ampunan Allah dan jangan hanya berencana supaya anda menjadi orang yang beruntung
Semoga lebih ramai lagi yang akan terbuka hati untuk menyertai aktiviti aktiviti seperti ini kerana kita mmg tidak akan menyesal.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul tu. Aktiviti sebegini memang terbaik untuk kita sertai kerana iainya bukanlah satu aktiviti yang tidak berfaedah. Banyak manfaatnya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Disebalik ilmu yang perolehi, kita juga dapat menambahkan kenalan yang mana ianya sangat dituntut dalam Islam.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul tu. Banyaknya faedah lain yang boleh kita perolehi melalui aktiviti bermanfaat seperti ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
dapat berkenalan pula dengan bulan calang calang prang. ulama dari negara lain
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Selain daripada ilmu dunia, kita juga dituntut untuk belajar ilmu akhirat sebab dunia ini sementara dan akhirat itu kekal abadi.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul tu. Kita memang dituntut untuk mempelajari ilmu akhirat kerana akhirat itu kekal abadi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
setuju tu..ilmu akhirat dan dunia perlu tahu mana priority nya.barulah hidup lebih diberkati kan
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Memang seronok kalau ada program seperti ini sebab dapat manambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
kan..suka dengan anak muda yang makin cenderung minat dengan event event agama gini..
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
Alhamdulillah..semoga beroleh keberkatan dan segalanya mendapat keredhaan dariNYA..InsyaAllah..aamin aamin aamin..
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Jawatan Kosong Terbaru Di PETRONAS ❤
Keberkatan Allah adalah segala galanya dan kita hendaklah bersama sama mencari redhaNya
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
alhamdulillah..semoga manfaat yang didapati daripada kongres ni dapat disebarkan sejauh mungkin
Curahan rasa JMR23 @ ..Blogger buat duit online
wow ramai juga ya kongresnya, jadi pengen gabung kesana, terima kasih gan informasinya
Curahan rasa sinopsis drama iron man @ ..Sinopsis Lengkap Sweet Secret Episode 1-Terakhir
di indonesia, kongres sebegini mesti selalu diadakan juga kan? mesti seronok ya
Alhamdulillah DH begitu prihatin untuk adakan majlis ilmu seperti ini. Thumbs up DH!
Curahan rasa Farah @ ..5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee
Alhamdulillah ..ilmu dunia dan akhirat perlulah diseimbangkan..baru lah sejahtera hidup
Curahan rasa JMR23 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
istiqomah adakan majlis2 ilmu sebegini..InsyaAllah, ummah yang jauh pun akan makin dekat nanti 🙂
Curahan rasa Rudy @ ..Mana nak cari buku rujukan exam PTD?
“ummah yang jauh pun makin dekat” suka lak ayat ni..mendalam maksud tu
Alhamdullillah…syukurnye ade program macam ni, usaha untuk mencelikkan masyarakat yang semakin jauh dan ego dengan teguran dan kebenaran
Sejarah nusantara yang gah dengan melaksanakan Islam pasti mucul semula aminnnn
Curahan rasa norulhuda @ ..Senarai Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia
Betul tu. Program seperti inilah yang sememangnya akan membentuk peribadi muslim dalam mencari redha Allah.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Alhamdullilahh… sejukk mata memandang enrty kali ini… Moga perhimpunan ini dapat memberi banyak pengajaran yang baik tuk kaum muda mudi masa kini…..Allah Huakbar…
Curahan rasa SuperNifz @ ..10 Tips Harian Untuk Kurus
Anak muda seharusnya sertai program seperti ini daripada melakukan aktiviti yang tidak membawa faedah kepada masa hadapan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Taniah team denaihati, dapat berkumpul dengan para ulamak nusantara ini, moga ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama kita
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen Pertama Pakej Lengkap Rahsia Taufufah
Comments are closed.