Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah permulaan tahun baru hijrah 1436 dimulakan dengan Kongres Ulama Nusantara dan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Julung kali dapat mengumpulkan Ulama dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Filipina dan Kemboja dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Sohibul Somahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan.
Ulama merupakan pewaris para Nabi yang memikul satu amanah yang besar untuk membimbing ummah kepada jalan hidayat yang pernah dilalui oleh para anbiya terdahulu. Ummah di zaman kerosakan ini amat memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang ikhlas dari kalangan ulama al-amilin untuk kejayaan dunia dan akhirat, iaitu kehidupan yang sebenar demi kejayaan dunia akhirat, iaitu kehidupan yang telah dicontohi oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a.
Zaman kerosakan yang kita lalui sekarang telah membina jurang pemisah antara ulama dan ummah. Ummah berada di satu lembah dengan kehidupan duniawi yang melalaikan, manakala ulama berada di satu lembah yang lain dengan majlis-majlis ilmu yang hambar dari sambutan ummah. Fenomena ini menyebabkan ummah hidup meraba-raba tanpa tunjukkan, sedangkan ulama pula sudah buntu mencari jalan untuk mendekati ummah yang jauh dari hidayah.
Satu usaha ke arah mendekatkan Ulama dan Ummah haruslah diformulasi dan dilaksanakan secara berterusakan dan bersungguh-sungguh di samping mengharap nusrah dan inayah daripada ALLAH SWT. Justeru itu Majlis Muwaasolah yang julung kali diadakan ini akan jadi satu pencetus dan titik tolak permulaan kepada usaha-usaha berterusan untuk mendekatkan antara ummah dan Ulama sebagai pembimbing agama di masa akan datang. Kepada ALLAH jua kita berserah dan memohon agar segenap usaha mendapat berkat dan rahmatnya seterusnya mendapat keampunan dan keredhaa-Nya di akhirat nanti.
Alhamdulillah ribuan ummah dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Filipina dan Kemboja datang memenuhi ruang Masjid Al-Sultan Ismail Petra untuk bertemu dengan dengan para Ulama Nusantara. Dalam majlis ini dilancarkan juga dua kitab iaitu Kitab Midraj Ul-Fawatih (syarah kitab Misykal) dan Kitab Barokatul Makkiyyah (kitab selawat). Kedua-dua kitab ini boleh dibeli di kedai buku Masjid Seri Petaling. Syukur alhamdululillah juga apabila blog Denaihati dipilih oleh ALLAH menjadi blog rasmi kepada majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah.
Semuga Majlis Kongres Ulama Nusantara dan Ummah pada 25 – 26/10/2015 di terima ALLAH dan menjadi asbab turunnya nusrah dan hidayah dari ALLAH keseluruh pelusok alam.
95 Comments
Semoga usaha murni ini di terima Allah. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar hendaknya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
wah ni dekat rumah saya .. malunya tak perasan ada program besar sedang berlangsung. meriah sangat suasana di sekitar masjid masa lalu baru baru ni.. di dalam nya pasti lebih byk barakah
Curahan rasa Safiya @ ..Kebaikan ESP dan Alfalfa untuk Ibu Menyusu Yang Perlu Diketahui Para Bapa
Semoga di tahun baru islam Muharram 1436 H ini amalan dan kehidupan kita akan lebih baik lagi daripada tahun tahun sebelumnya aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Penetapan Dan Daftar UMP UMK Tahun 2015 Seluruh Indonesia
Selamat tahun baru 1436 hijriah. Semua ditahun baru ini kita semua bolwh bersatu padu tiada perpecahan maupun pergaduhan sesama sendiri. Dibharapkan program-program sebegini diadakan bukan pada setiap permulaan muharram sahaja.
Curahan rasa nila anggraini @ ..Vivix Formula Yang Esklusif Hasil Yang Menakjubkan
Alhamdulillah..program2 sebegini perlu dirancakkan lagi..tahniah tuan semoga blog denaihati terus memberi yang terbaik.
Curahan rasa Shah PK @ ..Selamat Datang ke ProKereta.com!
Semoga kongres ini dapat mencapai matlamatnya agar hubungan ulama dan ummah akan menjadi lebih erat. Ulama lah sahaja warisan yang menjadi rujukan ummah…
Curahan rasa BM @ ..Masalah Pemanasan Global – Global Warming
bagus usaha untuk buat kongres nih.
mesti ramai yang tak tahu pasal kongres ni kan.
Curahan rasa titan @ ..Bro, lu makan itu makan ini..lu tak TAKUT jadi GEMUK ke?
alhamdulillah sambutannya memang sangat bagus dimana peserta yg datang dari seluruh Nusantara.
Curahan rasa denaihati @ ..Bila isteri tak percaya suami berpoligami
Semoga usha abg di terima Allah dan jgn lupa do a utk Ana yg lemah ini
alhamdulillah…sangat seronok bila golongan ulama masih diutamakan..zaman sekarang, bermacam pancaroba yang ada
Curahan rasa tuty mychibibox @ ..Destinasi Percutian Idaman Saya
moga lebih ramai yg menjadikan amalan mengutamakan ulama dalam urusan urusan seharian
kami sayang ulama… ya Allah kau bantu la ulama ulama seluruh alam
alhamdulillah, moga ianya berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT
Semoga kita semua beroleh hidayah dan petunjuk.. Ikut jalan yang betui..
Curahan rasa Weschairs @ ..Pantun Evergreen (terkenang semasa dulu)
mudah mudahan kita semua beroleh petunjuk dan hidayah… moga moga satu hari nanti ulama menjadi satu elemen penting dalam urusan kita setiap hari…
Kalau berkesempatan teringin juga untuk berjumpa ulama di dalam majlis seperti ini.
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Salam Maal Hijrah 1436H
kalau dapat bersama dalam majlis sebegini mesti rasa sejuk dan tenang … seronok duduk dalam majlis ilmu sebegini..
Sejuk mata memandang, ulama berkumpul, pasti tenang kalau berada sekali dalam majlis ini.
Tahniah Denaihati sebagai blog rasmi, suatu penghormatan yang besar. 🙂
Curahan rasa ringantangan @ ..Awal Muharram, Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun
jeles o dengki ooo tengok brother denai hati diberi peluang oleh Allah berada dalam majlis yg sebegini… bila disana nati bila diplayback kembli perbuatan kita beruntung la brother denai hati dapat lihat kembali dia berada dalam majlis sebegini..
Memang benar zaman sekarang ni tak ramai anak2 muda yang mencari jalan mendekati ulama..jgn kata anak2 muda je, bapak2 pun ramai yang tak berusaha nak mendekatkan diri dgn ulama.
Curahan rasa pipoq @ ..Rumah Allah vs Rumah Kita
berdamping dgn ulama sekurang kurangnya kita kena sedikit tempias rahmat Allah dan rahmat nya utk insan insan terpilih ni..
Comments are closed.