Kluang Rail Coffee Halal Ke?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, teringat semasa aku sekolah disebuah sekolah asrama penuh di bandar Kluang dimana sebahagian kawan-kawan aku tergila-gila dengan nasi lemak 50sen Kluang Rail Coffee. Berbagai taktik digunakan termasuk menyamar demam supaya dihantar ke hospital demi nak keluar dari sekolah untuk makan nasi lemak yang lokasinya berhampiran dengan Hospital Kluang.

Semalam terbaca berita yang mengemparkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman mengumumkan terdapat cafe yang sudah lebih 70 tahun beroperasi dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi. Apabila membaca berita ini cafe pertama terbayang difikiran sudah tentu Kluang Rail Cafe yang memang sentiasa penuh dengan pelanggan Islam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.  “Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi. Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sangkaan aku tepat apabila bos Kluang Rail Cafe tampil memberi penjelasan. “Dalam tempoh dua hari saja, perniagaan yang ditubuhkan sejak 73 tahun lalu merudum sehingga lebih 50 peratus akibat dakwaan terdapat gelatin babi dalam serbuk kopi yang kami hasilkan,” kata Pengarah Urusan Kluang Rail Coffee Sdn Bhd, Lim Jit Chiang. Yang lebih menarik katanya, “Pada masa sama,kira-kira sebulan lalu, kami sudah memohon mendapatkan sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan proses berkenaan masih berterusan. SETELAH BERPULUH TAHUN BERNIAGA BARU BULAN LEPAS NAK MEMOHON SIJIL HALAL???

[ad#Adsense234x60]

Tambahnya “Bagaimanapun, jika perkara ini terbukti benar, kami akan ambil langkah pembetulan dengan segera untuk memastikan keadaan dapat dipulihkan,” katanya. MACAM DAH MENGAKU SALAH JE NI!!!

SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN NI.

Semak status Halal Jakim online dan SMS @ Halal Jakim

TERKINI

1. TENGOK LAPORAN PENGESAHAN JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR @ ROHAIZAD dot com

2. 19/5 : Tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

3. Kenyataan tuan punya Kluang Rail Coffee seperti tertulis di entri blog Kak Jie.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

72 Comments

  1. br lalu smlm still penuh je tp xnmpk la org melayu..walaupun kate dh samak org melayu dh takut nk g..lg satu reason knp dl org melayu mkn kt kdai 2 sbb sultan johor pn mkn kt ci2 gk…hmm…

  2. Yang melayu ni pulak cam bodo, dah tak de logo halal pegi teguk semua lemak babi yang si cina jahanam ni sediakan. Lagi satu, yang si bodoh Jabatan agama ni bangang keje lepak dalam ofis je bukan nak buat rondaan atau ‘spotcheck’, habis brape puloh ribu orang islam teguk semua lemak babi. jaj memang pemalas baruah!
    Curahan rasa HuruHara @ ..Ads Place Renting InformationMy Profile

  3. banyak university developed rapid kit untuk golong muslim. rapid kit ini boleh mengesan bahan x halal dengan kadar yang sangat cepat.

    khabar angin boleh dibuktikan dengan cara-cara saintifik sama ada hypothesis betul atau salah. tetapi malaysia x menggunakan teknologi untuk bantu kehidupan kita. sedih

    selalu ikut emosi.

  4. wah…dlu ari2 wa mnum kt ctu…..if x mkn kt ctu pn wa tapau je.mne x nyer,sbelah tmpt kje aku je…huhu…..nk kna samak la woi…

  5. Saya 2 kali je ke Kluang Rail Coffee ni
    ye la kan,duk kat johor,dah nama tempat ni glamour,tergerak gak nak mencuba,memang penuh je setiap hari
    tapi sejak kes ni berlaku,mesti beri kesan kepada pengusahanya
    Curahan rasa wazy @ ..Blackrose-PenantianMy Profile

  6. klu sijil halal tidak terpamer di luar kedai, kenape org islam still masok? musykil la.. pelik!

    1. lain kali tak usahlah cucu-cucu masuk kedai yang pemiliknya bukan Islam… bantulah yang seagama … buangkan rasa dengki…iri hati… rasa org lain asyik tak betul… pandang -ve bangsa sendiri

      INSAFLAH

  7. pada pendapat saya lebih baik kita sokong kedai bumiputra yang diyakini halal. walau pekerjanya melayu tapi tokey bukan islam, baik takyah pi coz tak pasti status halalnya. walau dapat status halal, lepas dapat sijil dorang bleh tukar kopi tu dengan kopi yang ada unsur babi tu supaya lebih kaw
    Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Kepentingan penyusuan susu ibuMy Profile

        1. Masalahnya kedai orang Melayu bukan setakat tak berapa sedap tapi service hampas tak boleh lawan mamak n kopitiam … jadi tanggungjawab orang Islam untuk set kedai makan Islam yg bagus n up to date

          1. alamak lu pun masih cari salah org kita jer… bagitahu lah yg sebenarnya kpd tokey kedai tu… barulah dia ubah strategi… kalau tak mahu berdepan berikan surat… barulah boleh berubah… ni baru sekali kena nak kutuk jer… kalau kat kedai mamak tu beberapa kali kena pun tersengih mcm kerang bususk,,, ubahlah sikap… jadilah orang yang sederhana dan jaga tekak sendiri… sebab rasa sedap tu relatif… tak sama antara satu sama lain… janganlah kita rasa tak sedap dah canang semua orang kata kedai makan tu tak sedap… sikap tu tak elok… nenek pesan ni untuk diri nenek dan juga cucu2 nenek…

    1. BETUL TUUU,,, NENEK SETUJU

      TAPI BETUL KER KALAU CAMPUR LEMAK BABI KOPI NYU JADI KAUUUU!?
      cubalah pulak letak lemak lembu ker,, kerbau ker…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!