Kisah tak lepas imigresen di KLIA

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik juga baca entri “Terpisah di KLIA2” kisah Blogger Ariff Shah yang tak lepas imigresen di KLIA2 ketika nak bertolak ke Jepun bersama isterinya gara-gara dokumen tak lengkap. Kekadang memang kita dah bersiap segalanya tetapi bila ALLAH nak uji tak mampu kita nak halang. Teringat kisah aku ditahan di Lapangan Terbang Macau lebih daripada satu jam dan  tersangkut lebih empat jam di imigresen sempadan Israel,  memang mendebarkan. Apa pun setiap kejadian pasti ada hikmahnya jangan sesekali marah pada takdir walaupun rancangan yang telah dirancang tidak menjadi.

kaunter imigresen KLIA2

Aku pernah juga ditahan di imigresen di Pekanbaru Indonesia ketika pergi bercuti bersama keluarga. Katanya pasport sudah tamat tempoh sedangkan kalau mengikut tarikh mati ada 7 bulan lagi. Aku beritahu pada pegawai bertugas kalau mengikut undang-undang imigresen dunia pasport hanya bermasalah kalau tarikh tamat tempoh kurang dari enam bulan tetapi pengawai tersebut bertegas tak nak bagi kami masuk. Sebenarnya dia nak benda lain jadi untuk tidak menyusahkan keluarga terutama anak-anak yang masih kecik … jadinya aku bagi sahajalah apa yang dia nak. Pasti pembaca fahamkan apa yang pegawai imgresen itu nak .. habis bersih kocek aku tak tinggal apa. Sekarang ini anak-anak jadi serik kalau nak pergi Indonesia terpaksa pulak pujuk untuk menyakinkan mereka.

[box type=”shadow”]Mohon Bantuan

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

[/box]

Ramai juga kawan-kawan yang terlepas pandang dengan tempoh tamat pasport. Kes terbaru seorang kawan terpaksa berpisah dengan kumpulan yang nak ke Hong Kong gara-gara tarikh tamat pasport tinggal dua bulan. Kepada yang kurang pasti sebenarnya tarikh tamat pasport kita mesti melebih enam bulan kalau kita nak travel keluar negara. Sebab itu apabila kita nak beli tiket pesawat secara online antara data yang diminta ada tarikh tamat pasport. Jadi selepas ini semua pembaca yang nak keluar negara mesti semak tarikh tamat pasport supaya tiada masalah di kaunter imigresen.

gambar suasana dalam KLIA2

Macam-macam sebab kita boleh ditahan atau tidak lepas pemeriksaan imigresen. Terbaru LHDN sudan memberi amaran kepada pembayar cukai pendapatan yang ingkar walaupun hanya RM100 juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara selagi hutang tidak dibayar. Pastikan sebelum terbang ke luar negara kita semak status pasport supaya tidak termasuk dalam senarai blacklist LHDB yang bakal tersangkut di imigresen. Penting sangat kita semak sebab supaya tidak rugi setelah mengeluarkan berbagai belanja untuk travel.

The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.

If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.

Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.

http://sspi2.imi.gov.my

Kalau anda ada kisah tak lepas imigresen di KLIA atau dimana-mana sahaja kaunter imigresen di dunia sila kongsikan di ruangan komen,


Spread the love

638 Comments

  1. Pernah kena tahan dgn Imigresen kat Charles De Gaulle Airport Paris, my friends dua org sekejap aje kena check passport, bila my turn pegawai tu siap belek2, tgk my face dua tiga kali, siap tanya either my passport or not. Dia still x puas hati siap amik kanta utk scan ketulenan passport tu. That time aku dh cuak sbb diorg still x puas hati and aku boleh ditahan kalo diaorg nk siasat my passport. Sbb once kena tahan ianya akan menjadi leceh. Kita tau cara Imigresen negara tu and negara barat lain layan org asia. One thing, kalo notice passport Malaysia yang baru pun x mcm pass lama. Dh mcm pass China. And kebetulan plak pass aku bru renew.. So jd kosong balik. Smpai wujud soalan either my pass or not. Nasib baik dia lepas and dia cop dgn x ikhlas… Hihi. That time mood cuti spoil sikit dh. 🙂

  2. Saya frequent traveller ke hk semenjak tahun 2000 lagi. Tapi setiap kali kesana mesti lama berdiri didepan kaunter imigresen hk. Pernah sampai sejam didepan kaunter. Saya pun x tahu apa yg mereka check saya lama sangat. X pernah pulak ada masalah dengan negara lain yang pernah saya pergi.

  3. Pengajarannya, kena make sure passport valid untuk keluar Negara, serta nama x blacklist baru boleh melancong dgn aman dan tenteram tanpa rasa takot2 kena tahan dgn imigresen…tapi kalo takdir dah kata kena tahan…so, kena guna communication skill la…budi bicara ka..apa ka…janji bleh lepas… 🙂
    Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Atasi Rambut Gugur dgn DoveMy Profile

  4. hi. if kita nak balik malaysia dr luar negara with pasport less than 6 months validity mcm mana plak ye?

    1. Kalau macam tuh kena semak dulu dengan pihak bertanggungjawab.. bukan apa, letih juga kalau ada masalah bila tiba hari nak balik malaysia tuh nanti..

  5. err…gi luar negara pun baru sekali…hehehe…
    jadi belum ada pengalaman tak lepas imegresen. cuma time pergi dulu tu risau jgk sebab kuit anak macam naik bintik2..takut dorang ingat penyakit berjangkit. punyalah cover pakai baju sejuk ada hood…
    alhamdulillah..lepas je. hehehe
    Curahan rasa sekilass @ ..Sudah seminggu berlalu. Rindu pula rasanya.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!