Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik juga baca entri “Terpisah di KLIA2” kisah Blogger Ariff Shah yang tak lepas imigresen di KLIA2 ketika nak bertolak ke Jepun bersama isterinya gara-gara dokumen tak lengkap. Kekadang memang kita dah bersiap segalanya tetapi bila ALLAH nak uji tak mampu kita nak halang. Teringat kisah aku ditahan di Lapangan Terbang Macau lebih daripada satu jam dan tersangkut lebih empat jam di imigresen sempadan Israel, memang mendebarkan. Apa pun setiap kejadian pasti ada hikmahnya jangan sesekali marah pada takdir walaupun rancangan yang telah dirancang tidak menjadi.
Aku pernah juga ditahan di imigresen di Pekanbaru Indonesia ketika pergi bercuti bersama keluarga. Katanya pasport sudah tamat tempoh sedangkan kalau mengikut tarikh mati ada 7 bulan lagi. Aku beritahu pada pegawai bertugas kalau mengikut undang-undang imigresen dunia pasport hanya bermasalah kalau tarikh tamat tempoh kurang dari enam bulan tetapi pengawai tersebut bertegas tak nak bagi kami masuk. Sebenarnya dia nak benda lain jadi untuk tidak menyusahkan keluarga terutama anak-anak yang masih kecik … jadinya aku bagi sahajalah apa yang dia nak. Pasti pembaca fahamkan apa yang pegawai imgresen itu nak .. habis bersih kocek aku tak tinggal apa. Sekarang ini anak-anak jadi serik kalau nak pergi Indonesia terpaksa pulak pujuk untuk menyakinkan mereka.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Ramai juga kawan-kawan yang terlepas pandang dengan tempoh tamat pasport. Kes terbaru seorang kawan terpaksa berpisah dengan kumpulan yang nak ke Hong Kong gara-gara tarikh tamat pasport tinggal dua bulan. Kepada yang kurang pasti sebenarnya tarikh tamat pasport kita mesti melebih enam bulan kalau kita nak travel keluar negara. Sebab itu apabila kita nak beli tiket pesawat secara online antara data yang diminta ada tarikh tamat pasport. Jadi selepas ini semua pembaca yang nak keluar negara mesti semak tarikh tamat pasport supaya tiada masalah di kaunter imigresen.
Macam-macam sebab kita boleh ditahan atau tidak lepas pemeriksaan imigresen. Terbaru LHDN sudan memberi amaran kepada pembayar cukai pendapatan yang ingkar walaupun hanya RM100 juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara selagi hutang tidak dibayar. Pastikan sebelum terbang ke luar negara kita semak status pasport supaya tidak termasuk dalam senarai blacklist LHDB yang bakal tersangkut di imigresen. Penting sangat kita semak sebab supaya tidak rugi setelah mengeluarkan berbagai belanja untuk travel.
The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.
If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.
Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.
Kalau anda ada kisah tak lepas imigresen di KLIA atau dimana-mana sahaja kaunter imigresen di dunia sila kongsikan di ruangan komen,
638 Comments
kena buat banyak persdiaan kalau nak ke luar negara. takut jadi benda2 mcm ni la
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ya, sebab kalau jadi benda ni kena keluarkan lagi belanja untuk selesaikan masalah ni. Lari bajet nanti.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Susah kalau awal-awal lagi dah sangkut dengan imigresen kat KLIA, kalau kat negara luar pulak macam mana lah pulak ye
Kalau dalam negara okay lagi.. kalau kena kat luar negara pening juga kepala camtuh.. huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Sedangkan dalam negara dah rasa gementar kalau sangkut, apatah lagi di luar negara kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Beringat sebelum terkena, sebelum nak berlepas kemana saja kenalah check semua persiapan dalam keadaan baik supaya tidak ada masalah dengan imigresen nanti
Iya kalau boleh check banyak kali. Buat list siap siap setelah beli tiket. Kena rancang perjalanan sebaiknya.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Catat Sejarah
Kalau boleh periksa seawal yang mungkin sebelum perjalanan seperti sebulan sebelum.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
skrg ni kalau sesiapa ada masalah dgn LHDN, kat airport malaysia lg dah snagkut.
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
kalau sangkut kat Malaysia kira selamat lagi walaupun dah kecut perut dengan pegawai imegresen tapi kalau luar negara..nangis la jawabnya
Curahan rasa ainun @ ..Dapat Surat Dari Jepun
kalau sangkut di luar negara memang cuak habis. tak tahu nak bua apa
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sekarang segala rekod dah dihujung jari..kalau dah tersenarai dalam kategori blacklist tuh memang susah ler jawabnyer..
Ya, sebab itulah kena settle kan semua benda supaya time di airport tak sangkut. Betul tak?
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
fuuuh. tersngkut di imegresen israel tu.. memang kecut perut lah.. pelbagai benda boleh berlaku tu
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Kalau jadi macam tuh apa yang mampu hanya bertawakal jelah pada Allah..harap tak berlaku perkara yang tak diingini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
Ya, tapi kalau tak salah tak perlu takut kan. Tapi, kalau yang pertama kali alami situasi tu mesti akan rasa kecut.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Belum ada pengalaman lagi ngan pihak imigresen setakat ni ..Harap2 takder la ya kisah ni terjadi kat saya ..Huhuhu saya ni jenis penakut sikit ..dibuatnyer terjadi camtu meraung jugak rasanya …
Curahan rasa Akif Imtiyaz @ ..❤ Maksud Rezeki Yang Berkat ❤
Bagi yang takder pengalaman elok jadikan pengalaman orang macam kes artikel nih sebagai panduan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
artikel ini memang banyak membantu untuk urusan airport. Kita tak tahu apa akan terjadi cuma panduan ini sebagai ilmu persediaan bila terjadi sebegini atau seumpamanya,
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Kadang2 kita tak sangka perkara macam nih pun boleh berlaku..so beringat-ingat jelah..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
Ku sokong statement uprofits ni..sebelum nak pergi mane-mane buat double check dokumen dan sebagainya..nanti susah dan rugi.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Jangan anggap remeh perkara2 macam nih..bila dah terkena baru padan muka nanti..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
mesti cuak habis. sebab tu kena buat banya persediaan utk ke luar negara
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sampai meraung ya. Kalau dalam negara boleh minta bantuan orang terdekat. Tapi kalau luar negara ni susah sikit.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Belum ada pengalaman lagi keluar negara. Harapnya jika terjadi perkara seperti ini suatu hari nanti, Allah pelihara dari terlibat dengan unsur-unsur rasuah di bilik tahanan sementara…
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Belajar Al-Quran Kaedah Al-Jabari ABAHATA
Maybe hanya segelintir jer yang suka cari duit kopi macam nih tapi kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Perkara macam ni kalau yang segelintir tu terus amalkan, akan memburukkan nama negara masing-masing juga. Kalau dah banyak kes, orang nak melancong ke tempat mereka pun jadi tawar hati.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
Kes rasuah macam nih dah semakin berleluasa kat malaysia nih..kalau tak dibendung rosak negara dibuatnya..
Ya, mungkin macam tu lah. Tapi, kalau boleh jangan lah ada penerima rasuah lebih lebih lagi dekat airport.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
apapun aku first time sampai ke KLIA 2 beberapa hari lepas..memang best..dan paling best dapat bersama famili bercuti
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Wah.. mesti seronok. Saya pun plan nak bercuti hujung tahun ni, tapi dalam negara jela. KLIA dua tu serius besar sangat. Dan saya pernah tersesat di dalam ni. Cari car park tak jumpa. Hahaha
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Kalau sampai tersesat tuh memang besar la yer..jenuh juga tuh nak jelajah kompleks tuh nanti kalau dah besar sangat..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
KLIA2 tu memang besar, kalau untuk yang first time tu memang kena datang lebih awal. Lagi awal lagi elok. kalau tersesat ke ape, senang. takdelah nanti gelabah sangat. huhuhu. Tapi ada banyak signboard kat dalam tu
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
Wah, lebih besar dari shopping mall lah tu kan. Mesti banyak kedai dalam lapangan terbang klia2 tu.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Wah..bestnya dapat bercuti bersama keluarga..best juga kan dapat peluang macam tuh..kena plan awal nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Bestnya. Dengar kata KLIA2 memang luas dan cantik. Kemudahan di sana pun sangat canggih kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
setakat ini saya takk ada lagi pengalaman seperti DH, cuma pengalaman kena tahan sebab mesin pengimbas berbunyi memang ngeri, nasib baik kena dengan pegawai perempuan.
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
Berbunyi sebab apa tuh? biasanya sebab aksesori logam seperti jam dan tali pinggang..
Curahan rasa UpProfits @ ..Exam Kastam W41 6 Sept – Ingat 3 Strategi ini!
Kadang-kadang keronsang kat tudung yang wanita pakai pun berbunyi. Gerun je kita sebab masa tu semua duk pandang.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Maybe kerongsang besi kot..memang aksesori diperbuat dari logam akan berbunyi..sebab tuh biasanya diorang minta kita tanggalkan sebelum di’scan’….
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Kadang kadang kalau kita lalu depan pengimbas barang tu, kita akan rasa takut kan walaupun kita tak buat apa apa.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
haru jugak kalau perancangan yang dah lama diatur tiba-tiba terpaksa berhadapan dengan masalah akibat dari kecuaian ‘kecil’ kita sendiri.
Curahan rasa pipoq @ ..Tips : Bagasi dan penerbangan
Tu la pasal..kalau kita seorang diri tak mengapa la juga..tapi kalau ada rakan atau pasangan macam kes bro Ariff tuh pening juga lah camaner nak buat keputusan..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Ya, nak salahkan orang lain pun tak boleh sebab kita tak sedar mungkin semua tu datang dari diri kita juga.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
sebab itu kita perlu untuk berdoa dipermudahkan perjalanan..jika sangkut juga kira nasiblah juga
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Kisah Hero Yang Tak Dilagukan
Kadang2 kita selalu ambil mudah perkara yang remeh temeh macam nih..tapi bila dah terkena tepuk dahi juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
Ya, betul tu. Kena selalu berdoa sebelum memulakan perjalanan supaya dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak baik.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
terima kasih… entri ini memang membauntu saya baru 1st guna passport untuk berjalan…
Terima kasih sangat2..
Curahan rasa fazrol @ ..Baby girl!!!
Sebelum nak berlepas ke mana2..sediakan checklist dulu..boleh juga buat semakan takut ada pula yang tertinggal especially perkara penting seperti passport dan IC..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Tapi, kena ingat, selain pasport, kena juga check dokumen perjalanan yang lain.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Khamis lepas, itu merupakan kali ke-2 saya menjejakkan kaki di KLIA. Suasana kat sana memang sesak dan kalaulah saya keseorang tanpa family mahupun teman, agaknya saya akan sesat di sana berjam-jam. Walaupun keluasan KLIA tidaklah seluas airport yang lain, bagi saya cukup menakutkan kalau ditinggalkan berseorang di sana. Setakat ni, masih belum ada peluang untuk ke luar negara ataupun menaiki kapal terbang. Berdasarkan pengalaman DH, bagi saya situasi di atas amat menguji iman, kesabaran tambah-tambah bila tersangkut di imigresin kat Indonesia tu. Moga dijauhkan lah perkara macam ni berlaku kepada kita semua, amin
Curahan rasa Anies Msletoes @ ..Mencari Rumah Sewa #studentlife
Biasanya memang sesak sebab yang nak berangkatnya seorang..yang menghantarnya pula ramai..camaner tak sesak..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Ya, akalu tersangkut di luar negara memang kecut perut lah dibuatnya. Lebih lebih lagi kalau ada penguasa yang meminta rasuah.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
seronok baca pengalam kawan-kawan yang pelbagai .. boleh menjadi rujukan untuk masa akan datang .. bagus sebenarnya berkongsi ilmu nieh
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
memang banyak ilmu kat blog denaihati..sapa-sapa yang tak baca memang rugilah.terutamanya cabaran iphone 5s
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kadang2 seronok juga baca pengalaman orang lain lebih2 lagi bila kita tak pernah lalui pengalaman macam tuh..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Pengalaman kita tak semestinya sama seperti pengalaman orang lain..mana yang bermanfaat tuh boleh lah dikongsi untuk dijadikan panduan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Indonesia 14 September
sharing is caring. rujukan kita semua untuk masa depan kan? mana tahu next year, sis namia nak holiday kat oversea. hehehe
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..KakiPing.com: Laman Agregator Untuk Blogger Malaysia
Betul tu. Boleh ambil iktibar dari pengalamn mereka ni supaya tak terjadi kat kita kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
pengalaman kawan-kawan boleh di jadikan rujukan untuk kita mana tahu akan datang kita memerlukan info sebegini jadi sudah ada tempat untuk merujuk. sama yang tak suka dapat melancong ke luarkan
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Sekarang nih dunia dah hujung jari..apa2 informasi pun boleh search jer kat internet..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Ya, boleh lagi search di google kalau nak tahu lebih banyak tentang info traveller ni.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Syukurlah ada artikel seperti ini. Boleh dijadikan peringatan kepada mereka yang ingin melancong ke mana mana.
Curahan rasa Vander Good @ ..Hanis Zalikha di Cosmo!
Comments are closed.