Kisah tak lepas imigresen di KLIA

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik juga baca entri “Terpisah di KLIA2” kisah Blogger Ariff Shah yang tak lepas imigresen di KLIA2 ketika nak bertolak ke Jepun bersama isterinya gara-gara dokumen tak lengkap. Kekadang memang kita dah bersiap segalanya tetapi bila ALLAH nak uji tak mampu kita nak halang. Teringat kisah aku ditahan di Lapangan Terbang Macau lebih daripada satu jam dan  tersangkut lebih empat jam di imigresen sempadan Israel,  memang mendebarkan. Apa pun setiap kejadian pasti ada hikmahnya jangan sesekali marah pada takdir walaupun rancangan yang telah dirancang tidak menjadi.

kaunter imigresen KLIA2

Aku pernah juga ditahan di imigresen di Pekanbaru Indonesia ketika pergi bercuti bersama keluarga. Katanya pasport sudah tamat tempoh sedangkan kalau mengikut tarikh mati ada 7 bulan lagi. Aku beritahu pada pegawai bertugas kalau mengikut undang-undang imigresen dunia pasport hanya bermasalah kalau tarikh tamat tempoh kurang dari enam bulan tetapi pengawai tersebut bertegas tak nak bagi kami masuk. Sebenarnya dia nak benda lain jadi untuk tidak menyusahkan keluarga terutama anak-anak yang masih kecik … jadinya aku bagi sahajalah apa yang dia nak. Pasti pembaca fahamkan apa yang pegawai imgresen itu nak .. habis bersih kocek aku tak tinggal apa. Sekarang ini anak-anak jadi serik kalau nak pergi Indonesia terpaksa pulak pujuk untuk menyakinkan mereka.

[box type=”shadow”]Mohon Bantuan

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

[/box]

Ramai juga kawan-kawan yang terlepas pandang dengan tempoh tamat pasport. Kes terbaru seorang kawan terpaksa berpisah dengan kumpulan yang nak ke Hong Kong gara-gara tarikh tamat pasport tinggal dua bulan. Kepada yang kurang pasti sebenarnya tarikh tamat pasport kita mesti melebih enam bulan kalau kita nak travel keluar negara. Sebab itu apabila kita nak beli tiket pesawat secara online antara data yang diminta ada tarikh tamat pasport. Jadi selepas ini semua pembaca yang nak keluar negara mesti semak tarikh tamat pasport supaya tiada masalah di kaunter imigresen.

gambar suasana dalam KLIA2

Macam-macam sebab kita boleh ditahan atau tidak lepas pemeriksaan imigresen. Terbaru LHDN sudan memberi amaran kepada pembayar cukai pendapatan yang ingkar walaupun hanya RM100 juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara selagi hutang tidak dibayar. Pastikan sebelum terbang ke luar negara kita semak status pasport supaya tidak termasuk dalam senarai blacklist LHDB yang bakal tersangkut di imigresen. Penting sangat kita semak sebab supaya tidak rugi setelah mengeluarkan berbagai belanja untuk travel.

The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.

If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.

Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.

http://sspi2.imi.gov.my

Kalau anda ada kisah tak lepas imigresen di KLIA atau dimana-mana sahaja kaunter imigresen di dunia sila kongsikan di ruangan komen,

638 Comments

  1. So far immigration yang paling strict pernah saya kena ialah nak masuk States, especially kalau masuk ikut laluan darat. Habis satu kereta kena geladah. Dia datang serbu dengan one group beruniform siap dengan pistol, suruh kita keluar kereta on the spot. Mcm dlm movie la pulak. Cuak giler bila teringat. Tapi tak pernah serik untuk masuk lagi. hehehehehehe
    Curahan rasa Merlyn Hasshim @ ..Misi Mustahil Minggu 1My Profile

  2. setakat ni belum ada masalah lagi tp ada terjadi pada kawan SA, passport ok semua ok tp memandangkan dia bertudung litup dia ditahan immigration selama 1 jam…semua bag di geledah tp Alhamdulillah semua pun ok…bukan pi jauh pun Vietnam je…dia sorang jer sangkut masa tu…kesian betul…
    Curahan rasa suriaamanda @ ..Workstation Baru….My Profile

  3. Salam….sy nak share cerita berkenaan imigresen. bukan imigresen luar negara tapi negara kita sendiri. kes pertama adalah di lapangan terbang kota kinabalu semasa saya nak pulang ke Kuala Lumpur. saya bekerja di Labuan. kebetulan masa itu nak raya. saya terpaksa mengambil flight dari KK sbb kebetulan saya ada urusan di KK. saya memasuki Sabah melalui terminal feri menumbok. semasa di check point imegresen sana, kakitangan imegresen hanya check ic/passport saja tanpa mengeluarkan apa2 dokumen atau cop. mereka hanya menumpukan warga asing. bila ditanya, mereka hanya jawab warganegara teruskan perjalanan dan tiada apa2 masalah. maka saya anggap ia kelaziman, yalah dalam fikiran saya, saya org malaysia bertaraf warganegara. namun besoknya ketika mau berlepas dari airport KK nak pulang KL, semasa checking imigresen, saya ditahan kerana tiada visa sosial kemasukan ke Sabah. saya menjelaskan macam mana saya masuk ke Sabah, perbualan saya dengan imigresen di menumbok juga saya ceritakan. tetapi pegawai imigresen di airport ni bertegas saya tidak dibenarkan menaiki penerbangan melainkan ada surat kebenaran dari imigresen negeri. pada mulanya saya mempersoalkan kenapa imigresen di menumbok hanya melepaskan saya atas alasan warganegara jika benar ada visa harus dikeluarkan/dicop? namun saya dituduh menipu. saya merayu memandangkan saya first time masuk Sabah masa itu dan hari raya tinggal dua hari saja. tak ada masa nak ke imigresen negeri, sementelahan pula saya akan kerugian tiket penerbangan lebih rm300 hanya gara2 tiket feri labuan-menumbok rm7. srayuan saya tidak diendahkan. ketika saya duduk memikirkan jalan, saya dipanggil seorang kakitangan imigresen. dia membenarkan saya berlepas dengan syarat……faham2 lah. saya tiada pilihan terpaksa saya suap walaupun saya tau ia salah disisi agama malah undang2. saya ralat sangat dengan kejadian ini kerana saya masih dimalaysia, bkn oversea. saya x salahkan pegawai imigresen yang tegas itu, namun saya tertanya2 akan keculasan dan kecuaian imigresen di terminal feri menumbok, serta rasuah yang masih berleluasa dikalangan petugas pintu masuk negara. haruskah kakitangan keselamatan negara masih begini di era milinium?

  4. Alhamdulillah…setakat ni blom pernah lagi kene thn imigresen & kene soal mcm2

  5. SAYA SELALU KELUAR NEGARA KETIKA MASEH MENJADI PEGAWAI KERAJAAN..DALAM TAHUN 2005 SY BECUTI DILONDON ATAS URUSAN SENDIRI TEWRBANG DR TURKI .DITURKI ATAS URUSAN KERAJAAN.SAMPAI DILONDN SATYA DITAHAN KERANA TIADA SURAT RASMI DR KERJRAJAAN MALAYSIA..SAYA DISOAL SASAT DIDALAM SEBUAH BILEK..DARI KATA MEREKA SY NI DATANG UTOK MENJADI ORANG GAJI..HAMPIR SEJAM SAYA DISOAL SIASAT KAWAN SAYA MENUNGGU DILUAR ..BERKALI2 SAYA TERANNGKAN SAYA DATANG BERCUTI..MEREKA TIGA ORG PEGAWAI IMIGRESEN MENYOAL SAYA..AKHIR NYA DIA MINTA BUKTI SAMADA SAYA BAWA WANG..SAYA TUNJUKKAN ..KATA NYA X CUKUP UTK TINGGAL DILONDAN WANG SEBANYAK ITU SAYA PUN GERAM JUGA BG DIA KAD KREDIT SAYA …ADA TIDA KAD..BARU DIA LEPASKAN SAYA..RASA NYA SATI PENDERAAN KPB SAYA DISABNA..SEREK DAN X INGIUN SY KENEGARA MEREKA LEPAS ITU..

  6. Sy prnh ke indonesia thailand n vietnam syukur belom terjadi apa2 tp imgrsen indonesia mmg agak poyo

  7. pernah bulan lepas nk g holiday ng anak sulong umur 10 thn, tp pasport dia dh nk tamat tempoh 2 bulan je lg. nk x nak, pagi tu terlepas flight g renew kt putrajaya,beli tiket sehala baru utk 2 org RM 600. minta diskaun x dpt. siap termasuk luggage 30 kg, hot seat bagai dia letak.

    air asia skrg pandai..kita beli tiket dia x minta no paspot ,xpired date mcm dulu. hanya nama n tarikh lahir dh boleh book. so kita x alert bhgian xpired. bila dh nk pergi,baru perasan…. akhirnya ,tambang murah jd tambang mahal.

    so kena lebih alert.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!