Kisah tak lepas imigresen di KLIA

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik juga baca entri “Terpisah di KLIA2” kisah Blogger Ariff Shah yang tak lepas imigresen di KLIA2 ketika nak bertolak ke Jepun bersama isterinya gara-gara dokumen tak lengkap. Kekadang memang kita dah bersiap segalanya tetapi bila ALLAH nak uji tak mampu kita nak halang. Teringat kisah aku ditahan di Lapangan Terbang Macau lebih daripada satu jam dan  tersangkut lebih empat jam di imigresen sempadan Israel,  memang mendebarkan. Apa pun setiap kejadian pasti ada hikmahnya jangan sesekali marah pada takdir walaupun rancangan yang telah dirancang tidak menjadi.

kaunter imigresen KLIA2

Aku pernah juga ditahan di imigresen di Pekanbaru Indonesia ketika pergi bercuti bersama keluarga. Katanya pasport sudah tamat tempoh sedangkan kalau mengikut tarikh mati ada 7 bulan lagi. Aku beritahu pada pegawai bertugas kalau mengikut undang-undang imigresen dunia pasport hanya bermasalah kalau tarikh tamat tempoh kurang dari enam bulan tetapi pengawai tersebut bertegas tak nak bagi kami masuk. Sebenarnya dia nak benda lain jadi untuk tidak menyusahkan keluarga terutama anak-anak yang masih kecik … jadinya aku bagi sahajalah apa yang dia nak. Pasti pembaca fahamkan apa yang pegawai imgresen itu nak .. habis bersih kocek aku tak tinggal apa. Sekarang ini anak-anak jadi serik kalau nak pergi Indonesia terpaksa pulak pujuk untuk menyakinkan mereka.

[box type=”shadow”]Mohon Bantuan

Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

[/box]

Ramai juga kawan-kawan yang terlepas pandang dengan tempoh tamat pasport. Kes terbaru seorang kawan terpaksa berpisah dengan kumpulan yang nak ke Hong Kong gara-gara tarikh tamat pasport tinggal dua bulan. Kepada yang kurang pasti sebenarnya tarikh tamat pasport kita mesti melebih enam bulan kalau kita nak travel keluar negara. Sebab itu apabila kita nak beli tiket pesawat secara online antara data yang diminta ada tarikh tamat pasport. Jadi selepas ini semua pembaca yang nak keluar negara mesti semak tarikh tamat pasport supaya tiada masalah di kaunter imigresen.

gambar suasana dalam KLIA2

Macam-macam sebab kita boleh ditahan atau tidak lepas pemeriksaan imigresen. Terbaru LHDN sudan memberi amaran kepada pembayar cukai pendapatan yang ingkar walaupun hanya RM100 juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara selagi hutang tidak dibayar. Pastikan sebelum terbang ke luar negara kita semak status pasport supaya tidak termasuk dalam senarai blacklist LHDB yang bakal tersangkut di imigresen. Penting sangat kita semak sebab supaya tidak rugi setelah mengeluarkan berbagai belanja untuk travel.

The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.

If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.

Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.

http://sspi2.imi.gov.my

Kalau anda ada kisah tak lepas imigresen di KLIA atau dimana-mana sahaja kaunter imigresen di dunia sila kongsikan di ruangan komen,


Spread the love

638 Comments

      1. Kalau yang domestik atau dalam negara saja tak selalunya takde masalah sangat. Yang penting jangan lupa tiket dan ic. Yang selalu rumit ni bila ke luar negara. Banyak orang yang bercerita pasal tersekat di airport. So kita kena ambil langkah awal la.

  1. Dulu pernah juga ditahan dekat imegresen coz bawa my niece yang masih kecil tanpa parents dia. Adalah juga disoal siasat dan minta itu ini. Terpaksa tunjukkan semua dokumen pengesahan dari parent dia spy lepas imegresen

  2. Ohh macam tu.. Rara pun dulu kurang pasti pasal tarikh tamat passport. Baru faham pasal passport ni. Rupanya tarikh tamat kena melebihi 6 bulan. Terima kasih atas perkongsiannya Tuan Denaihati 🙂

  3. Ingat lagi masa zaman university..kitorang satu kelas pegi Hatyai..sbb ada group trip…nk kaji budaya kat sana…masa masuk sempadan diorg ok ja..smooth saja….tapi bila nk keluar dari sempadan diorg..macam2 hal…untuk pengetahuan admin..kiorg buat passport group…so, nk dijadikan cerita…yg jaga sempadan sana x mau lepaskan kami sbb passport group…dah kenapa…x pasal2 agent trip tu bayar berapa yg depa mau…

    Agak x bertamadun betol depa ni. Makan duit haram. Bila piker balik..nnti kalo akhirat kelak..apa jadi kat diorg kan..undang2 sebenarnya ok x berat…tapi orang2 yang memutarbelitkan keadaan yang menampakkan benda tu complicated…

    So, macam dah x suka yang jaga sempadan tu…terus cop makan duit haram…tgk…sebab nila setitik rosak susu sebelanga kan…huhuhu
    Curahan rasa TheTiramisuLovers @ ..Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s – iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!