Kisah seorang sahabat dari Greece

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, satu dunia sedang kecoh isu muflis negara Greece. Membaca dan menonton kisah kehancuran ekonomi Greece mengingatkan aku kepada seorang sahabat asal dari Greece yang baru aku kenali ketika Kembara London iaitu Mr Hassan.

Mr Hassan London

Di hari akhir Kembara London kami di bawa oleh Mr Hassan singgah di Bicester Village. Mr Hassan adalah sahabat kepada sahabat Haji Yusri yang berasal dari Greece. Mr Hassan dilahirkan dari keluarga Islam yang hanya ada kurang 2% di Greece. Ibunya sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas dan ayahnya masih menetap di Greece. Oleh kerana di Greece tiada sekolah khusus untuk belajar agama Islam jadi ayah beliau telah menghantar Hassan belajar di Turki. Alhamdulillah berkat pengorbanan tersebut sehingga hari ini Mr. Hassan masih berpegang teguh dengan Islam. Beliau offer kalau kami nak kembara ke Greece dia sedia membantu terutama untuk makanan halal di Greece yang sangat sukar.

Mr Hassan Greece

Mr Hassan sudah lama menetap di London untuk mencari rezeki. Beliau sudah berkahwin  dan mempunyai tiga orang anak perempuan. Isterinya berasal dari Turki. Setiap dua tahun beliau akan memandu pulang ke Greece untuk menziarahi ayahnya yang sudah agak tua. Paling best apabila pulang ke Greece beliau akan melalui jalan yang berbeza untuk melihat keindahan alam. Insyaa Allah kalau aku ada rezeki ke London lagi pasti aku akan minta Mr Hassan bawa ke tempat menarik di London yang bukan menjadi tumpuan pelancong.

Hassan London

Perkongsian paling tidak boleh dilupakan apabila beliau mengaku setiap hari beliau akan menelefon ayahnya di Greece untuk bertanya khabar … setiap hari bukan sebulan sekali …beliau sudah lakukan sejak mula menetap di London …. membuatkan kami semua terdiam dan bermuahasabah diri. Teringat kepada entri kisah benar “Marah ayah dan ibu setakat mana” dan “Teguran ibu dijadikan musuh hingga ke mati


Spread the love

62 Comments

  1. Ooo jarang dengar telefon ayah setiap hari, selalunya telefon emak setiap hari, ,,memang itulahh tanggung jawab anak-anak kepada ibubapa. Semoga Allah swt jadikan kita anak yang soleh dan solehah… dan dapat berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada..
    Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Buat Kerja Part Time Cara SuperheroMy Profile

  2. Semoga Greece kembali berdiri. Kita di Malaysia juga kena bersedia hadapi keadaan ekonomi sekarang. Barang-barang serba-serbi mahal. Rakyat masih ramai dalam kesusahan dan kesempitan.

    Mr.Hassan memang luar biasa telefon ayahnya setiap hari. Kita kena ambil pelajaran dari Mr.Hassan. Orang muda sekarang, ada segelintir daripada mereka, baru berjaya sedikit, sudah lupa ibu ayah di kampung.

    Semoga kita belajar dari Greece dan dari Mr.Hassan.

    Selamat berpuasa saudara DH.
    Curahan rasa Faizal Nizam @ ..Jangan Cari Sakit Menjelang Musim PerayaanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!