Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, satu dunia sedang kecoh isu muflis negara Greece. Membaca dan menonton kisah kehancuran ekonomi Greece mengingatkan aku kepada seorang sahabat asal dari Greece yang baru aku kenali ketika Kembara London iaitu Mr Hassan.
Di hari akhir Kembara London kami di bawa oleh Mr Hassan singgah di Bicester Village. Mr Hassan adalah sahabat kepada sahabat Haji Yusri yang berasal dari Greece. Mr Hassan dilahirkan dari keluarga Islam yang hanya ada kurang 2% di Greece. Ibunya sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas dan ayahnya masih menetap di Greece. Oleh kerana di Greece tiada sekolah khusus untuk belajar agama Islam jadi ayah beliau telah menghantar Hassan belajar di Turki. Alhamdulillah berkat pengorbanan tersebut sehingga hari ini Mr. Hassan masih berpegang teguh dengan Islam. Beliau offer kalau kami nak kembara ke Greece dia sedia membantu terutama untuk makanan halal di Greece yang sangat sukar.
Mr Hassan sudah lama menetap di London untuk mencari rezeki. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan. Isterinya berasal dari Turki. Setiap dua tahun beliau akan memandu pulang ke Greece untuk menziarahi ayahnya yang sudah agak tua. Paling best apabila pulang ke Greece beliau akan melalui jalan yang berbeza untuk melihat keindahan alam. Insyaa Allah kalau aku ada rezeki ke London lagi pasti aku akan minta Mr Hassan bawa ke tempat menarik di London yang bukan menjadi tumpuan pelancong.
Perkongsian paling tidak boleh dilupakan apabila beliau mengaku setiap hari beliau akan menelefon ayahnya di Greece untuk bertanya khabar … setiap hari bukan sebulan sekali …beliau sudah lakukan sejak mula menetap di London …. membuatkan kami semua terdiam dan bermuahasabah diri. Teringat kepada entri kisah benar “Marah ayah dan ibu setakat mana” dan “Teguran ibu dijadikan musuh hingga ke mati“
62 Comments
Alhamdullilah, walaupun kecil ajer jumlah orang islam kat Greece, Mr Hassan masih dengan Islam & menjadi seorang anak yang taat..
Curahan rasa SuperNifz @ ..Pentingnya Vitamin Semasa Berhari Raya!
Kadang kadang golongan minoriti lebih kuat pegangan agama mereka..
Boleh kalahkan masyarakat majoriti.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pengalaman Sebulan Guna Alcatel Onetouch
kisah ini membuat saya terharu,seding banget membacanya,ditunggu artikel lanjutannya ya admin
“Best” pergi ke negara org bukan sahaja luas pemandangan tp juga dapat dikongsikan kisah yang mungkin boleh dijadikan tauladan dan pengalaman . 🙂
Curahan rasa M.Syamsid Dhuha @ ..Syamsid Journey : From Malaysia to Japan : Episode 2 ( Akihabara – Tokyo )
seronok apabila dapat mengembara di tempat orang. Banyak perkara yang boleh dipelajari. Sekurangnya kita berukhuwah dengan teman baru.
Curahan rasa rika @ ..5 Kelebihan Senaman Waktu Pagi Menyebabkan Anda Pasti Lakukan Selepas Ini
Assallammualaikum Bang semoga saja makin akrab persahabatannya ya bang dengan sahabat dari Greece..amiin.
Curahan rasa Icah Banjarmasin @ ..Gratis Template Seo Friendly 2015
Assallammualaikum Bang…lama banget saya ga ngumpul disini…hahaa…mudahan sehat slalu ya bang beserta keluarga,asyik nih yang habis jalan2 ke Greece..hiii
Curahan rasa Icah Banjarmasin @ ..Trik Seo Cara Mendapatkan Backlink
Adik saya telefon maknya 3 kali sehari.
Kini dia berada di johor dan emak saya di sarawak..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Separuh Masa Yang Santai
Alhamdulillah bersyukur kita kepada nikmat yang tuhan kurniakan di muka bumi.. insyallah tuhan akan permudahkan urusan kita.. insyallah…
Curahan rasa mohd rawi @ ..Tips Belajar Memandu Kereta
Betul tu bro..bukan mudah untuk hidup dalam masyarakat yang minoriti islam..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Separuh Masa Yang Santai
Pernah ke Istanbul sekali. Pengalaman ke turki yg tidak akan dilupakan. Contoh negara Islam yg berada di tengah2 antara asia dan barat. Berkenaan menghubungi ibubapa setiap hari, satu pengajaran dan iktibar buat saya yg kurang sebulan sekali menghubungi ibubapa. Thanks for sharing.
Curahan rasa safairis @ ..Get Windows 10 Free Upgrade
Untungnya bro kerana berpeluang untuk negara turki…memang best negara timur tengah..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Bina Kehidupan Bebas Kewangan
Satu pengajaran untuk kita semua..telefon ibu ayah setiap hari..
Owh..teringinnya nak jalan-jalan ke negara orang..
Curahan rasa emalin mohd @ ..13 Panduan Dan Posisi Terbaik Untuk Mendapatkan Tidur Lena Bagi Ibu Hamil
Memang seronok kalau dapat berjalan ke luar negara seperti bro denaihati.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Teruja Nak Naik Keretapi Laju ETS
Impressed dgn budaya org islam bukan melayu. Walaupun negara kelahiran bukan lah negara islam dan tidak diajar oleh kerajaan, diorg mampu jd muslim sejati.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Daftar Affiliate Lazada
Ya.. sebenarnya kita patut bersyukur sebab dilahirkan dalam islam.. dan hidup dalam negara yang penuh dengan corak kehidupan berlandaskan islam..
Curahan rasa anuar @ ..Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat
jauh perjalanan luas pemandangan (dan kenalan). first time baca tentang muslim asal greece. rupanya memang sangat sedikit muslim di sana. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Berhenti Merokok dengan Mudah
Ya betul tu.. saya pun baru tahu tentang statistik penduduk islam di Greece.. rupanya terlalu sedikit bilangannya..
Curahan rasa anuar @ ..Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat
mudah mudahan yang sedikit itu berkualiti dan menjadi contoh kepada masyarakat bukan islam di sana.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..7 Kategori Pelanggan Di Internet
terharu baca kisah mr.hassan yang sentiasa mengingati orang tuanya dengan menelefon setiap hari…. semoga ayah mr.hassan sentiasa sihat dan kuat….
Ce kisah best kawan dengan orang putih.Kalau diberi peluang saya pun nak kawan dengan orang putih hihihi.
Curahan rasa faris aiman @ ..Fast Furious 7 menduduki tempat ke-4 pecah panggung
Haahlah.. dengan adanya kemudahan internet.. rasanya tak susah pun kita nak cari kawan dalam kalangan orang puteh ni… cuma takut diaorang je yang tak sudi nak berkawan dgn kita… hehehe..
Curahan rasa anuar @ ..Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat
Saya selalu mendapat pelawaan dari rakan FB yg kononnya dari london..tp tak layan kerana mcm scam sahaja..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Separuh Masa Yang Santai
Terharu pulak rasa mendengar anak lelaki yang prihatin tentang orang tuanya. Alhamdulillah Tuan DH dipertemukan dengan insan yang baik-baik. Tak sabar nak baca kembara tempat yang yang bukan tumpuan pelancong di London nanti. Juga di Greece 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Bagaimana YES Healthy Fitness Pack Membantu Proses Kurus Lebih Berkesan?
Comments are closed.