Kisah kekayaan untuk Tahun Baru Cina 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada 16  dan 17 Februari 2018. Bukan ada sambutan makan besar bersama kawan berbangsa cina, tetapi selalu menonton iklan perayaan di televisyen dan media sosial. Kali ini amat tertarik dengan iklan tahun baru cina daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kisah kehidupan sebuah keluarga berbangsa cina yang memaparkan seorang ibu menyara dua orang anaknya dengan bekerja di kedai makan. Lumrah kehidupan manusia bekeluarga, semuanya memerlukan duit. Duit untuk makan minum, pakaian, sewa rumah, yuran sekolah dan pelbagai lagi yang diperlukan dengan duit. Belum lagi duit simpanan jika berlaku kecemasan, sudah pasti duit menjadi keperluan yang sangat tinggi.

Penulis juga sentiasa ingat dan diingatkan dengan kata-kata Robert T. Kiyosaki:

“Meningkatkan pendapatan lebih penting daripada mengurangkan belanja. Meningkatkan semangat lebih penting daripada mengurangkan impian.”

Haiwan pun sentiasa pastikan anak-anaknya tidak lapar

Bantu keluarga dengan pendapatan online

Pada zaman digital ini, tanpa disedari kedua ibu bapa kita semakin berusia. Ada yang masih bekerja sebagai pembantu di kedai-kedai makan mahupun mengambil upah jahit untuk menampung sara hidup. Sedangkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang adakalanya memberikan tekanan lebih-lebih lagi yang tinggal di ibu kota.

Namun begitu anaknya berasa sudah menjadi tanggungjawab juga untuk membantu keluarga. Lantaran itu, beliau ke kafe siber setiap hari untuk melakukan kerja tambahan bagi mencari duit. Zaman teknologi sekarang tidak harus dipersia dan disalahgunakan. Ramai orang membuat duit dengan adanya internet.

Gunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk membuat duit digital sedikit demi sedikit. Bermula dengan bayaran beberapa US Dollar, tidak mustahil boleh menjana pendapatan ratusan mahupun ribuan dollar sebulan.

Ramai yang dah buat duit secara online

Masa untuk mengubah hidup

Persaingan kerja di pejabat sekarang sangat sengit. Ramai yang masih menjadi penganggur dan ramai juga yang telah diberhentikan kerja. Ditambah lagi dengan beban pelbagai belanja seperti tambang perjalanan dan kos-kos lain yang menekan hidup.

Namun begitu, duduk berdiam diri bukan satu penyelesaian. Anak muda itu tidak tahu apa-apa sebelum ini, yang penting sekali dia tidak merungut walaupun dengan kenaikan minyak atau barang. Masa untuk bertindak. Beliau menggunakan kesempatan masa yang terluang setiap hari di kafe siber bukan untuk menjana duit digital dengan program YouCanDuit.

Memang cukup menarik video yang mengisahkan kehidupan keluarga tersebut. Bagi yang ingin menjana pendapatan secara digital, jangan terlepas peluang lagi untuk menyertai eUsahawan atau eRezeki. Masa depan anda, hanya anda yang mengubahnya.

Selamat tahun baru cina kepada yang menyambutnya. Yang pulang ke kampung, pandu kenderaan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju.


Spread the love

53 Comments

  1. Suka lak dengan quote/komen ni, “Meningkatkan pendapatan lebih penting daripada mengurangkan belanja. Meningkatkan semangat lebih penting daripada mengurangkan impian.”

  2. Kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang adakalanya memberikan tekanan lebih-lebih lagi yang tinggal di ibu kota, jadi kena pandai cari pendapatan kedua

  3. Suka lak dengan quote ni, “Meningkatkan pendapatan lebih penting daripada mengurangkan belanja. Meningkatkan semangat lebih penting daripada mengurangkan impian.”

  4. Anak muda dah ada platform untuk bantu keluarga menambah pendapatan melalui online. ramai anak muda yang tahu menggunakan pelbagai aplikasi telefon pintar. Alangkah baiknya jika kemahiran tersebut disalurkan untuk tujuan yang berguna. Kisah kekayaan untuk Tahun BAru Cina 2018 sarat dengan mesej penting.
    Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa AmeerMy Profile

    1. setuju sgt la.. alangkah baiknya jika kemahiran tersebut disalurkan untuk tujuan yang berguna. Kisah kekayaan untuk Tahun BAru Cina 2018 sarat dengan mesej penting

  5. Siapa yang berusaha, dia akan dapat hasilnya. Rajinkan lah diri untuk tambah ilmu & duit. Banyakkan usaha & tawakkal kepada Allah. InsyaAllah, Allah bantu mudahkan urusannya.

    1. Zaman teknologi sekarang tidak harus dipersia dan disalahgunakan. Ramai orang membuat duit dengan adanya internet.

    1. Lumrah kehidupan manusia bekeluarga, semuanya memerlukan duit. Duit untuk makan minum, pakaian, sewa rumah, yuran sekolah dan pelbagai lagi yang diperlukan dengan duit

    1. Dunia sekarang siapa yang bijak mengambil peuluang dia akan berjaya. Hendaklah adanya anjakan paradigma untuk ke arah yang lebih baik dan perlu ubah agar tidak hanya menunggu tetapi mencuba dan cabar diri.

  6. YouCanDoit 🙂 Dunia sekarang siapa yang bijak mengambil peuluang dia akan berjaya. Hendaklah adanya anjakan paradigma untuk ke arah yang lebih baik dan perlu ubah agar tidak hanya menunggu tetapi mencuba dan cabar diri. Ekonomi digital boleh dimanfaatkan dan dapat membantu meningkatkan pendapatan jika diusahakan.
    Curahan rasa pinkbubblegum @ ..Baju Songket Pengantin MalaysiaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!