Bahaya Sihir Tanda Rosaknya Hati dan Akidah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apabila bercerita tentang sihir, kebanyakan orang terutamanya kaum perempuan amat takut dengannya. Tidak terkecuali dengan orang lelaki dan kanak-kanak yang mungkin tidak sedar tentang bahayanya sihir itu.

Kebiasaannya adalah berpunca daripada perasaan cemburu, dengki, iri hati, cinta dan kasih serta sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk mengupas pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu banyak cabangnya untuk dikupas.

Dikisahkan di dalam Al Quran bahawa ajaran sihir itu bermula pada zaman Nabi Sulaiman A.S. seperti yang termaktub pada surah Al Baqarah, ayat 102.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).
Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 102)

Antara alat dan barangan yang biasa digunakan untuk tujuan sihir

Pelbagai jenis sihir yang menyeksakan

Sihir-sihir pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu sihir pemisah, sihir percintaan, sihir mengikat nafsu syahwat, sihir pukau, sihir darah, sihir gila, sihir santau, sihir penutup mata dan beberapa lagi jenis sihir. Kebiasaanya orang meminta bantuan penyihir untuk melakukan perkara tersebut.

Kesemua ini telah merosakkan akidah di mana mereka menggunakan perantara dan memohon pertolongan selain daripada Allah SWT.

Kebanyakan mereka yang membuat sihir dengan menggunakan beberapa cara seperti :
  • Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar ramuan sihir masuk ke dalam badan.
  • Melalui perantaraan barang yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Sekiranya orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir tersebut.
  • Melalui rambut, kuku, darah haid, baju orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh digunakan dengan patung sebagai perantara.
  • Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

Sihir buat manusia hilang pedoman

Memang menderita jiwa dan raga bagi mereka yang terkena sihir itu. Apatah lagi jika sihir itu ditujukan kepada satu keluarga. Cukup busuk hati dan di sinilah hilangnya akidah dan iman seseorang itu. Apabila sanggup mengenepikan soal kepercayaan yakni Rukun Iman yang pertama iaitu percaya kepada Allah SWT.

Sihir bukan sahaja ditujukan bagi yang punyai dendam percintaan atau perkahwinan tetapi juga di dalam perniagaan. Seringkali juga ada berlaku di kedai-kedai makan yang berpunca dari timbul rasa tidak puas hati dengan larisnya perniagaan tersebut. Maka sihir penutup perniagaan sering digunakan yang menyebabkan beberapa perkara terjadi.

Ada kisah di mana pelanggan kebiasaannya nampak kedai tutup, pekerja sering bergaduh, juadah cepat basi dan lebih teruk lagi ada yang nampak lembaga di kedai tersebut.

Sihir dendam sampai mati

7 Cara lindungi diri daripada gangguan sihir

Yakin dan percayalah bahawa semuanya yang berlaku hanya dengan izin Allah SWT. Ada beberapa cara untuk melindungi diri dan keluarga daripada disihir seperti :

  • Membaca surah al-Baqarah setiap hari. Sekiranya tidak mampu untuk melakukannya, bacalah ayat Kursi setiap pagi dan malam.
  • Bacakan zikir kepada anak setiap pagi dan juga di waktu petang.
  • Baca Surah al-Falaq dan an-Nas sebanyak tiga kali, tiup pada tapak tangan, dan kemudian sapukan pada tubuh badan sebelum tidur.
  • Bacakan bismillah sebelum melakukan apa jua pekerjaan
  • Ajarkan kepada anak anda supaya membaca ayat kursi sebelum mereka hendak tidur.
  • Ajarlah mereka tentang sunnah iaitu jangan kencing di bawah pokok, atau di dalam lubang, atau di bahu-bahu jalan. Dan membaca doa masuk tandas.
  • Ajarkan kepada anak-anak anda supaya jangan mengamalkan sikap pemarah.

Mungkin ramai orang pada zaman sekarang kurang percayakan tentang sihir ini namun Nabi Muhammad SAW juga pernah disihir oleh Labid al-A’sam. Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi bagi meleraikan sihir tersebut. Dua surah tersebut adalah Surah Al Falaq dan Surah An Nas.

Allah berfirman dalam surat an-Nahl ayat 98-99:

“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang- orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” (QS. An-Nahl: 98-99).

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT serta mengamalkan ajaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah.


Spread the love

69 Comments

  1. Dikisahkan di dalam Al Quran bahawa ajaran sihir itu bermula pada zaman Nabi Sulaiman A.S. seperti yang termaktub pada surah Al Baqarah, ayat 102.

  2. Untuk mengupas pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu banyak cabangnya untuk dikupas

  3. Ada dua pilihan utk amalan pertam, membaca surah al-Baqarah setiap hari. Sekiranya tidak mampu untuk melakukannya, bacalah ayat Kursi setiap pagi dan malam.

  4. juga, ajarlah mereka tentang sunnah iaitu jangan kencing di bawah pokok, atau di dalam lubang, atau di bahu-bahu jalan. Dan membaca doa masuk tandas

  5. kena sentiasa amalkan, baca Surah al-Falaq dan an-Nas sebanyak tiga kali, tiup pada tapak tangan, dan kemudian sapukan pada tubuh badan sebelum tidur.

    1. sihir Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir, dlm jangka masa pendek, boleh tamtkan riwayat si mangsa

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!