Kisah kekayaan untuk Tahun Baru Cina 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tarikh Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada 16  dan 17 Februari 2018. Bukan ada sambutan makan besar bersama kawan berbangsa cina, tetapi selalu menonton iklan perayaan di televisyen dan media sosial. Kali ini amat tertarik dengan iklan tahun baru cina daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kisah kehidupan sebuah keluarga berbangsa cina yang memaparkan seorang ibu menyara dua orang anaknya dengan bekerja di kedai makan. Lumrah kehidupan manusia bekeluarga, semuanya memerlukan duit. Duit untuk makan minum, pakaian, sewa rumah, yuran sekolah dan pelbagai lagi yang diperlukan dengan duit. Belum lagi duit simpanan jika berlaku kecemasan, sudah pasti duit menjadi keperluan yang sangat tinggi.

Penulis juga sentiasa ingat dan diingatkan dengan kata-kata Robert T. Kiyosaki:

“Meningkatkan pendapatan lebih penting daripada mengurangkan belanja. Meningkatkan semangat lebih penting daripada mengurangkan impian.”

Haiwan pun sentiasa pastikan anak-anaknya tidak lapar

Bantu keluarga dengan pendapatan online

Pada zaman digital ini, tanpa disedari kedua ibu bapa kita semakin berusia. Ada yang masih bekerja sebagai pembantu di kedai-kedai makan mahupun mengambil upah jahit untuk menampung sara hidup. Sedangkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang adakalanya memberikan tekanan lebih-lebih lagi yang tinggal di ibu kota.

Namun begitu anaknya berasa sudah menjadi tanggungjawab juga untuk membantu keluarga. Lantaran itu, beliau ke kafe siber setiap hari untuk melakukan kerja tambahan bagi mencari duit. Zaman teknologi sekarang tidak harus dipersia dan disalahgunakan. Ramai orang membuat duit dengan adanya internet.

Gunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk membuat duit digital sedikit demi sedikit. Bermula dengan bayaran beberapa US Dollar, tidak mustahil boleh menjana pendapatan ratusan mahupun ribuan dollar sebulan.

Ramai yang dah buat duit secara online

Masa untuk mengubah hidup

Persaingan kerja di pejabat sekarang sangat sengit. Ramai yang masih menjadi penganggur dan ramai juga yang telah diberhentikan kerja. Ditambah lagi dengan beban pelbagai belanja seperti tambang perjalanan dan kos-kos lain yang menekan hidup.

Namun begitu, duduk berdiam diri bukan satu penyelesaian. Anak muda itu tidak tahu apa-apa sebelum ini, yang penting sekali dia tidak merungut walaupun dengan kenaikan minyak atau barang. Masa untuk bertindak. Beliau menggunakan kesempatan masa yang terluang setiap hari di kafe siber bukan untuk menjana duit digital dengan program YouCanDuit.

Memang cukup menarik video yang mengisahkan kehidupan keluarga tersebut. Bagi yang ingin menjana pendapatan secara digital, jangan terlepas peluang lagi untuk menyertai eUsahawan atau eRezeki. Masa depan anda, hanya anda yang mengubahnya.

Selamat tahun baru cina kepada yang menyambutnya. Yang pulang ke kampung, pandu kenderaan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju.


Spread the love

53 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!