Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tarikh Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada 16 dan 17 Februari 2018. Bukan ada sambutan makan besar bersama kawan berbangsa cina, tetapi selalu menonton iklan perayaan di televisyen dan media sosial. Kali ini amat tertarik dengan iklan tahun baru cina daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Kisah kehidupan sebuah keluarga berbangsa cina yang memaparkan seorang ibu menyara dua orang anaknya dengan bekerja di kedai makan. Lumrah kehidupan manusia bekeluarga, semuanya memerlukan duit. Duit untuk makan minum, pakaian, sewa rumah, yuran sekolah dan pelbagai lagi yang diperlukan dengan duit. Belum lagi duit simpanan jika berlaku kecemasan, sudah pasti duit menjadi keperluan yang sangat tinggi.
Penulis juga sentiasa ingat dan diingatkan dengan kata-kata Robert T. Kiyosaki:
“Meningkatkan pendapatan lebih penting daripada mengurangkan belanja. Meningkatkan semangat lebih penting daripada mengurangkan impian.”
Bantu keluarga dengan pendapatan online
Pada zaman digital ini, tanpa disedari kedua ibu bapa kita semakin berusia. Ada yang masih bekerja sebagai pembantu di kedai-kedai makan mahupun mengambil upah jahit untuk menampung sara hidup. Sedangkan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang adakalanya memberikan tekanan lebih-lebih lagi yang tinggal di ibu kota.
Namun begitu anaknya berasa sudah menjadi tanggungjawab juga untuk membantu keluarga. Lantaran itu, beliau ke kafe siber setiap hari untuk melakukan kerja tambahan bagi mencari duit. Zaman teknologi sekarang tidak harus dipersia dan disalahgunakan. Ramai orang membuat duit dengan adanya internet.
Gunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk membuat duit digital sedikit demi sedikit. Bermula dengan bayaran beberapa US Dollar, tidak mustahil boleh menjana pendapatan ratusan mahupun ribuan dollar sebulan.
Masa untuk mengubah hidup
Persaingan kerja di pejabat sekarang sangat sengit. Ramai yang masih menjadi penganggur dan ramai juga yang telah diberhentikan kerja. Ditambah lagi dengan beban pelbagai belanja seperti tambang perjalanan dan kos-kos lain yang menekan hidup.
Namun begitu, duduk berdiam diri bukan satu penyelesaian. Anak muda itu tidak tahu apa-apa sebelum ini, yang penting sekali dia tidak merungut walaupun dengan kenaikan minyak atau barang. Masa untuk bertindak. Beliau menggunakan kesempatan masa yang terluang setiap hari di kafe siber bukan untuk menjana duit digital dengan program YouCanDuit.
Selamat tahun baru cina kepada yang menyambutnya. Yang pulang ke kampung, pandu kenderaan berhati-hati dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju.
53 Comments
merah..limau..emas..
kepercayaan masyarakat cina dalam kekayaan atau prosperity…
bangsa lain pun boleh ikut sifat rajin masyarakat cina dalam memajukan diri
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Perjalanan Hafizh Syahrin El-Pescao Sebagai Pelumba MotoGP Malaysia Pertama
Bangsa yang bersatu adalah bangsa yang berjaya, kalau pecah belah pasti takkan ke mana.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Kejar akhirat, dunia akan kejar kita. Kejar dunia, akhirat akan lari jauh dari kita.
Semoga kita selamat dari fitnah akhir zaman
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..18 Tempat Menarik di Shah Alam untuk Jalan Makan Angin!
Tahun baru cina baru berlalu, dalam ekonomi yang kurang menentu ni semua kena kerja kuat untuk survival
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!
inspirasi daripada denaihati, saya nekad untuk kembali berblog. memang ekonomi digital boleh bantu tambah kekayaan. cuma kena rajin usaha.
doakan saya.
Curahan rasa izwan @ ..Apa Anda Patut Tahu Sewaktu Buat Tuntutan Polisi Motor
Bisnes online sememangnya bisnes terbaik untuk kita jana side income, mahupun sebagai full time income. Ingat lagi kali pertama berjaya buat jual beli secara online, teruja sungguh. Walaupun untungnya tak banyak mana pun untuk 1 transaksi tue, tapi “kejayaan kali pertama” berjaya jual barang online tue, speechless..
Curahan rasa arnie @ ..Cara Mudah Bersihkan Kotoran Di Dinding Kerana Contengan Anak
Kalau dah ceburi bidang perniagaan kita kenalah sentiasa berusaha dan bersemangat dalam apa jua urusan yang kita lakukan.Jangan Mudah Menyerah dan mengalah.Sentiasalah Maju Ke hadapan.
90% bisnes gagal dalam tahun pertama, 10% sahaja yang berjaya. Kita nak jadi golongan yang 10% berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Servis Cuci Karpet Kajang, Puchong, Bangi, Putrajaya, Serdang, Shah Alam, Puncak Alam Dan Balakong
Kita semua perlu buat apa saja dan usaha untuk elak diri dari meminta minta.
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!
Ikat perut usah terlalu lama, bimbang ia akan membataskan keupayaan untuk berkembang ke status kehidupan yang lebih baik.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Perbelanjaan semakin meningkat, jadi pendapatan juga kena ditingkatkan selari dengan permintaan tinggi sekarang ni
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Teknik Pernafasan dan Cara Meneran Sewaktu Bersalin Supaya MidWife Tak Marah-Marah
Bisnes online antara satu-satunya bisnes yang boleh dibuat tanpa menganggu pekerja rasmi sekarang ini. Bos pun tidak akan marah. Tidak boleh lepaskan peluang kerana ilmu bisnes online mudah diakses dan kemudahan untuk berbisnes online pun, rata-rata orang ada di tangan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Gunakan 10 Petua Untuk Berjaya Ini Dalam Kerjaya Dan Kehidupan
Selama pgi sabtu semua, usaha tangga kejayaan
selagi kita buat alasan tak akan ke mana mana
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Jerawat Batu Di Dagu & Dahi? Apa Badan Kita Cuba Beritahu!
In Sha Allah
doakan rezeki saya untuk tahun 2018 nih semakin banyak dan berkembang dan bertambah
amin
semangat-semangat semoga bisa dapat banyak lagi tahun ini terimakasih atas semangatnya Tuan
Curahan rasa jalan dan makan @ ..5 Cara Agar Berhasil Belajar Otodidak
Selamat tahun baru. Sekarang zaman telah menuju ke ekonomi digital. Teman beli washing machine dari Lazada. Jauh lebih murah berbanding dengan kedai.
Nak berniaga pun, perlu semangat yang tinggi. Baik berniaga online atau offline. Kena rajin timba ilmu jugak kan..
Comments are closed.