Kisah hutang sejuta Ringgit

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “10 video dengan lebih 100 juta views”. Kali nak kongsi kisah hutang untuk kelansungan hidup bukan untuk kemewahan.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 35 Malaysia dengan lebih 2.6 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

1. Dulu beli rumah yang kami duduk sekarang dapat pinjaman islamik dari Public Bank. Masa nak buat pinjaman macam-macam dokumen diteliti sebab jumlah keseluruhan pinjaman termasuk yuran serta bunga adalah RM600 ribu yang perlu dibayar selama 20 tahun. Nak bayar bulanan lebih murah boleh tarik pinjaman sehingga 30 tahun tapi jumlah yang perlu di bayar kembali melebihi RM600 ribu.

2. Selain pinjaman perumahan buat kami buat juga pinjaman untuk beli kereta tapi bukan lah kereta mahal mula dengan kereta Proton Wira supaya mudah ziarah orang tua di kampung dan senang bergerak cari pendapatan kedua dan pendapatan ketiga.

3. Nak bagi rumah tak kosong sangat terpaksa buat pinjaman dengan courts mammoth beli perabut asas untuk keperluan kehidupan keluarga.

4. Fikir masa depan keluarga mesti melabur tapi tak cukup duit jadi  buat pinjaman ASB maksima RM200K yang perlu dibayar selama sepuluh tahun.

Semua pinjaman ini perlukan dokumen yang lengkap dan boleh dapat apabila pihak pemberi pinjam yakin kita boleh membayar pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

selain hutang rumah, kereta, perabut dan ASB, perlu juga bayar hutang peribadi, hutang belajar dan koperasi yang dibuat lebih awal dulu. Hutang tetap hutang mesti kena bayar baru hidup diberkati.

Bila dikira semua jumlah hutang melebihi RM1juta yang perlu dibayar dalam tempoh maksima 20 tahun. Nampak besar tapi insyaallah ikut gaji bulanan boleh bayar setiap bulan dengan syarat tak boleh boros dengan beli barangg-barang yang tak perlu. Hidup mesti ikut kemampuan bukan nak tunjuk kemewahan melebihi daripada kemampuan, sendiri yang susah.

Jumlah hutang RM1 juta bukan bermakna kita hidup muflis. Bank tak akan bagi kita pinjaman kalau mereka yakin yang kita tak mampu bayar tapi kalau kita tipu dokumen kita juga yang tanggung akibat kesusahan kemudian hari melainkan kita yakin kita rajin mencari extra income kedua dan income ketiga. Kita hanya akan muflis apabila tidak membayar hutang seperti yang sudah kita janjikan kepada pihak pemberi pinjaman. Berapa ramai di kalangan kita yang mempunyai jumlah hutang berjuta-juta ringgit tetapi santai kerana mereka mampu membayar.

Hutang kekadang boleh bagi motivasi untuk kita jadi lebih kreatif dan rajin juga alasan untuk tidak memberi berbagai keperluan keluarga.

Apa pendapat kekawan!

Mir Izwan Azhari : Betul tu Tuan Haji Amir Hassan…menjadikan saya lebih berani dan disiplin.

Zaman sekarang semua orang berhutang…samada hutang itu positif atau negatif. Atau hutang baik atau jahat.

Islam sendiri ada cara-cara berhutang yang betul. Apa yang penting, berhutang ikut kemampuan kita dan bukan buat hutang mengikut apa yang bank beritahu kita…

Apabila kita berhutang di luar kemampuan, itulah yang selalu menyebabkan kita terperangkap dengan hutang-hutang lapuk

Sebaik2nya bayar hutang dengan sistematik dan hadapi segalanya dan bukannya lari dari hutang.

Gaji guna bayar bil dan hutang setiap bulan

Muhamad Anuar Marsib : Betul setuju.. bila kita berhutang.. ada komitmen besar kita akan lebih berusaha untuk cari side income…

Cabaran saya dan isteri sekarang ni cari modal beli rumah buat homestay… bila dah ada Homestay cabaran ekonomi lebih besar.

Azura Baharudin : Hutang memberi motivasi utk lebih kreatif dan rajin tu setuju sangat.

Terutama dalam berniaga duit sedia ada walau banyak lebih tertumpu utk perniagaan. Utk besarkan perniaagaan dan berjaga-jaga dalam perniagaan.

Rumah dan kereta memang hutang tak dinafikan. Nak-nak di KL rumah 4 bilik minimum 500k dah sekarang.

Walau kadang orang selalu perli kita peniaga melayu bila maju sikit mula lah buat hutang rumah dan kereta. Kalau tak hutang takkan nak guna semua duit yg ada beli cash pulak.

Dan zaman sekarang ni pun nak loan sangat2 susah. Dokumen mesti lengkap, rekod pembayaran hutang mesti cantik tiada tunggakan dan yg melebihi 100k memerlukan bukti pembayaran cukai pendapatan tahunan serta pendapatan bulanan dilihat mesti boleh menanggung hutang yg dimohon serta hutang2 sedia ada. Kemudian baru boleh lulus. Tiada istilah ada kabel dalam bank boleh lulus dah skrg ni kerana kelulusan dibuat di HQ bukan branch lagi.

Jadi memang dah di kaji seeloknya sama ada si peminjam layak atau tidak. Bukan sewenangnya.

Dan hutang ikut keperluan bukan kehendak semata-mata.

Jadi hakikatnya bukan hutang itu dipandang sesuatu yg negatif dan bebanan sebenar. Yg terbeban sekiranya hutang melebihi kemampuan.

Saya pun bnyak hutang kecuali hutang kredit card je tak de sebab tak berani pakai kerana sedar kelemahan diri sendiri.


Spread the love

48 Comments

  1. hutang yang mampu dibayar akan memudahkan kehidupan..

    sebab itu jika kurang mampu untuk bayar hutang…lebih baik jangan berhutang..

    cara praktikal dan ramai tak percaya ialah…

    Minta sahaja kepada Allah dari perkara sekecil-kecilnya hingga kepada sebesar-besarnya perkara..

    pasti boleh dapat..

    cuma cepat atau lambat

    di dunia atau di akhirat

  2. Hutang ni boleh je… tak salah tapi masalahnya ramai yang tak nak tanya diri sndiri samada mampu ke tidak nak bayar… huhu.. yg pasti hutang mesti kena bayar!

  3. mahu atau tidak kita perlu berhutang. Kalau tidak memang tak dapat nak beli harta. rumah tuan berharga mungkin sekitar 350k, tak ramai orang mampu nak beli cash. Harga kereta buatan Malaysia sekitar 30-50k. Kalau tanpa buat hutang tak banyak kereta kat atas highway tu..
    Curahan rasa olaoli @ ..Lebih baik beli atau sewa rumahMy Profile

  4. hutang tidak semestinya membawa implikasi negatif jika ada kemampuan untuk membayar..

    jika tiada duit dan tidak mampu membayar maka jadikan kita insan yang terhina kerana hutang,

    namun begitu dalam Islam sudah diajar dengan begitu cantik sekali bagaimana untuk mendapatkan kemampuan untuk membayar hutang…

    terpulang kepada diri kita sama untuk beramal dan yakin ataupun tidak sahaja lagi..

    tepuk ada tanya iman la
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Jom Mencari Jodoh Yang Sudi Bersama Ke JannahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!