Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “IFTAR 2018 Denaihati Network“. Syukur alhamdulillah, kita telah berjaya menahan nafsu sepanjang bulan penuh keberkatan bulan Ramadan 2018. Jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan dan semuga ALLAH pilih kita lagi dan lagi dan lagi bertemu dengan Ramadan yang akan datang.

Mohon seminit LIKE page kami Denaihati Network yang sudah ada lebih 2.6 juta follower, yang penuh dengan ILMU untuk jadikan top 10 page Malaysia! Klik Sini

Raya Aidilfitri untuk tahun 2018 ditetapkan pada  14/6/2018. Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seluruh dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Peperangan di Palestine, Syria dan Yamman semakin hebat seperti dunia semakin sampai di pengujungnya. Malaysia juga sudah berubah Kerajaan bermakna kita sudah masuk ke era Malaysia baharu yang mana semua rakyat ada sama tiada lagi keutamaan  untuk bangsa Melayu seperti dahalu.

Semperna hari baik bulan baik ini, kami dari Denaihati Network ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, pelajar Akademi Denaihati Network, penaja aktiviti, rakan bisnis, para pengiklan, rakan jemaah Bisnis Denaihati serta semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.


Sekiranya anda akan pulang ke kampung atau melawat saudara mara dan sahabat handai, memandulah berhati-hati dan semoga sentiasa bersabar dengan keadaan trafik yang pastinya sesak di musim perayaan seperti ini. Dapatkan maklumat info trafik terkini melalui Twitter dan Facebook untuk memudahkan perancangan perjalanan anda dan keluarga. Usahlah kita mengikut hawa dan nafsu yang telah berjaya dikawal sepanjang bulan Ramadan dengan melepaskannya pada bulan Syawal. Ulangkaji Tips mengelakan kemalangan jalanraya sebagai peringatan kepada yang lupa.

Sudikan follow semua sosial media kami

  1. Twitter @Denaihati
  2. Instagram @Denaihati Network
  3. Youtube @Denaihati Network
  4. Facebook @Denaihati

Taqaballahu mina waminkum.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network


Spread the love

26 Comments

  1. Saya dengan kesempatan ini ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada pihak Tuan Denaihati dan keluarga serta team yang ohsem ..

    semoga hari raya kali membawa makna yang mendalam dalam kehidupan yang mendatang..
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita 1 Syawal 1439My Profile

      1. sama-sama.

        selagi mampu saya akan menyokong team Denaihati kerana ianya satu perjuangan dalam memartabatkan komuniti blogger itu sendiri..

        mungkin secara langsung dan tidak langsung..

        keep it up…
        Curahan rasa mrhanafi @ ..Ada Apa Dengan Softsell..?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!