Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.
Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.
Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.
1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.
2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.
3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.
4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.
Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
219 Comments
sebelum bertukar ke wp saya memang ada blog wp percuma lah dari situ saya belajar macam mana nak guna kan blog wp sepenuhnya .. walaupun saya ambik masa yang lama untuk bertukar ke wp tapi apa yang saya belajar belum memandai masih banyak yang saya harus belajar![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – Siapa, Bagaimana Saya 10 Tahun Akan Datang
setakat ada semangat tapi tak ada ilmu susah juga tu…jangan malu dan kedekut untuk belajar…setiap orang ada kelebihan dan kekurangan…antara blogspot dan wordpress juga tak perlu ada diskriminasi hu3…setiap orang selesa dengan cara masing-masing…jadilah diri sendiri..sebab hanya kita tahu keupayaan diri…buat apa yang kita terdaya dahulu..jangan buat sebab ikut orang.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Mitos Tentang Alexa Traffic Rank
Huhu..teringat pulak ketika baru mula berblog. Bukan main semangat wan. BW hari-hari.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Tulis entry kerap juga. Niat nak femes ja time tu. Lama-lama ubah sikit-sikit niat. Sebab tujuan utama nak jadi penulis. Bukan nak cari nama.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
mula kenal blog tahun 2009 , ketika zaman blog tumbuh bagai cendawan. Namun sehingga kita masih kekal dengan blogspot. alhamdulillah rezeki ada dimana-mana. Dari blogging secara personal dan hanya 1-10 je pengunjung sehari, belajar serba sedikit tentang SEO , kita trafik boleh dikira boleh cari makan jika setakat mahu pasang adsense. Saya banyak belajar dari rakan-rakan blogger. bertanya dan membaca, insyaallah ilmu itu ada dimana-mana![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Aku lebih selesa dengan WP. Sejak kenal dengan dunia blogging lagi mmg terus guna platform WP. Blogspot pun aku guna juga, khas utk adsense.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Saya selesa dengan dua-dua platform — Blgspot dan WordPress. Sebabnya? Blogspot lebih santai dan mudah diuruskan. Dengan mengeluarkan sebarang kos, boleh tambah iklan dan macam-macam. WordPress pulak lebih kepada professionalism. Pernah bekerja sebagai web developer dulu dan menggunakan wordpress sebagai CMS. Mudah dan sangat mudah untuk diuruskan.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..CPUV Ketiga Bulan Julai – uMobile Prepaid Free Meal
setuju dengan point yang blogspot mudah diuruskan.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Zuan @ ..Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football
kalau guna blogspot . tak payah pening-pening quota nak habis la, itulah inilah. hehe
papepun WP mempunyai kelebihan juga… terutamanya dari segi SEO dan PLUGIN
itu hak masing-masing, tentang platform mana yang mereka nak gunakan untuk berblogging.
students especially suka blogspot sebab ia percuma.
blogspot juga boleh bersaing dalam Google Ranking dan mengalahkan blog WP jika kena caranya
hmm curious nak tau macam mana caranya. sudi kongsi?![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Zuan @ ..Ramadhan is Coming, Jauhi Perkara Makhruh Ketika Berpuasa dan…
bukan saya tak mahu berkongsi, cuma ianya sangat teknikal.
bro guna blogspot ke WP?
kena belajar SEO.. ambil masa untuk belajar dan apply
banyak kan membaca dari situ akan tambah ilmu lagi pun ramai je yang menulis tentang wp dan blog kan tinggal rajin cari je![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Teransang nasfu berblog bila baca artikel ni. Terima kasih tuan atas perkongsian ini.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Arman @ ..Selamat Hari Gawai, Keamatan Dan Toneplus
ish ish lain macam pulak saya baca komen ni…
hehe bergurau je Arman..
Ha..ha..ha..maksudny nak berblog makin bersemangat..![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Terima kasih tuan.terinspirasi untuk seketika..betul tu..bila dah masuk bidang baru ni, kena belajar dan teruskan belajar…mana leh capai semua tu dengan ilmu yang kosong…mana leh capai semua tu kalau tak ada istikomah..hehe![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 32 Dari Jobdirumah
bro jangan belajar jer.. apply sekali okay ?
good luck and semoga berjaya dalam bidang ni 🙂
Nak berjaya memang kena belajar menambah ilmu dan elakkan selesa dengan apa yang ada![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
yup.. perlu keluar daripada comfort zone
barulah orang kata boleh mencapai kejayaan yang lebih besar daripada yang sebelum!
btol..pd permulaan memang rasa susah, tp bila dh biasa n hari2 dok main ngn wordpress, mmg rasa wpress ni user friendly giler kan..![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa JMR @ ..Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
agree 100%! alah bisa tegal biasa..
bila dah selalu sangat dengan sesuatu, insyaallah semuanya celah jari jer 😀
Jika serius berblogging platform wordpress memang recommended untuk anda membina jenama sendiri..platform percuma nih tak selamanya ianya akan kekal percuma..bila2 masa saja keistimewaan tuh boleh ditarikbalik..![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa UpProfits @ ..Jorge Pereyra Diaz Wira Baru JDT
saya pengguna blogspot selama beberapa tahun dan saya setuju dengan statement saudara.
kelebihan guna percuma ni banyak… tetapi…. setiap yang baik, ada buruknya
saya dari dulu sampai sekarang wordpress sentiasa di hati, memang tak reti langsung dengan blogspot, blur terus..sekarang ni baru berjinak2 dengan domai,jakun habis![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa Qider @ ..Pancake Lembut Perasa Coklat Tanpa Telur
Qider better belajar dua-dua platform sebagai backup.
mungkin suatu hari nanti Qider akan terjebak juga dengan blogspot.. mana tahu?
Just saying
saya masih tetap bertahan dengan blog cc. kalau ikut cc dah berkubur sebab sepanjang tahun ia sering di hack, timbullah pula masalah dengan hosting, hilang dari medan google dan sebagainya.
susahnya untuk saya dapatkan kembali atau melupakan entri pertama yang saya terbitkan 2009 semakin mencecah seribu lebih tak dapat di kembali.. ia tergantung tanpa bertali.
syukur saya bangit dan membina entri kembali pada tahun 2013 dah masih menggunakan jenama cahayacinta.walaupun agak terkilan tapi bangkit dan tak toleh ke belakang untuk gagal.tapi seronok dalam masa saya on menulis 2013 dengan entri pertama saya terus sambar hosting baru lagi. saya harap blog itu akan pergi lebih jauh. wordpress memang banyak perkara yang perlu di pelajari itulah cabaran dan ilmu namanyakan.![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa suri @ ..Kasih Tercampak Pada Sepasang Baju Melayu Dan Baju Kurung Moden Kain Kipas Belakang
info yang menarik. aku dah cuba dua-dua. Masing-masing ada lebih, ada kurang![My Profile](data:image/svg+xml,%3Csvg%20xmlns='http://www.w3.org/2000/svg'%20viewBox='0%200%2030%2020'%3E%3C/svg%3E)
Curahan rasa brohantu @ ..Teknik Pancing Pantai Terbaik
exactly bro ! masing-masing ada kurang dan lebih.
bro guna apa? WordPress? bLogspot?
Comments are closed.