Kisah dan Ragam Blogger sekarang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.

Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.

Sepetang Bersama Blogger 2013
Majlis pertemuan blogger tempat berkongsi ilmu dan pengalaman

Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.

1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.

beautifulnara blogger no satu Malaysia
Beautifulnara masih kekal blogger no satu Malaysia

2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.

3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.

4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.

Blogger Ensem
Aman Firdaus blogger gajet yang tak pernah berhenti belajar

Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.


Spread the love

219 Comments

  1. Menarik! Sy baru shj berkecimpung dlm dunia blog ni. Sila beri tunjuk ajar dan silalah follow blog sy yg tak seberapa di bwh ini:

    portberita.blogspot.com
    ceritakaw.blogspot.com
    fishyummies.blogspot.com
    gadgeturtle.blogspot.com

    1. terdapat banyak free resources di internet berkaitan dengan blogging tips.
      saudara mungkin boleh rujuk sumber-sumber tersebut.

    1. tanpa was-was, saya setuju dengan point saudara.
      tetapi blogspot juga boleh dioptimasikan SEO dengan baik .
      kena belajar secara mendalam dan pratikkan…

  2. banyak lagi yang nad kene belajar…dalam pemikiran sekarang nad nak tukar domain..

  3. saya juga sependapat dengan poin nomor satu bahwa blogspot atau wordpress itu sama – sama platform CMS terbaik saat ini….,
    jadi masalah kenyamanan itu tergantung dari diri kita masing…..
    saya juga sebelumnya menggunakan platform blogspot
    tetapi karena ingin mencoba sesuatu yang baru saya pindah menggunakan wordpresss dengan self hosting dan ternyata kedua platform ini sama – sama bagus

  4. assalam..

    biasanye diorg yg baru masuk selfhosted wordpress (WP) ni shocked dekat ‘editor’ tu..

    • blogspot guna xml, sedangkan WP guna php…

    • antara yg paling konfiuskan newbie, WP ni dia pecah2 kan tiap satu ‘Template’, Header template di asingkan dari Body & Footer, pastu banyk lg template2 lain – Main Index template, CSS, Sidebar, Comment, Search, sume dipecah2 kan jadi asing2.. kalo diorg cuba study environment WP sebenarnya mmg lagi memudahkan user.. berbanding dgn blogspot yg combine ‘semua dlm 1’ template (pening nak cari 1 script)..

    • lagi satu mungkin diorg imagine ‘Layout’ (utk add / delete widgets) spt dlm blogspot takde dlm WP.. sedangkan kita cuma perlu pergi ker (menu) ‘Widget’ saja… pastu widget dlm WP ada yg ‘active’ & ‘inactive’..

    jadi, slalunye bila diorg bersemangat nak buat 1st post guna WP, terus hilang mood, ada yg tak sabar, fedup, tu yg balik ke blogspot..

    • tips bagi yg baru nak usha2 WP atau berhajat nak pindah dgn domain.. try, test, experiment, ujikaji, godek2 guna → wordpress.com (free mcm blogspot, cuma bukan selfhosted jer)… mungkin boleh menyusuaikan diri sebelum invest & pindah ke selfhosted WP
    wallahu’alam..
    Curahan rasa mindload @ ..Ke Masjid Walaupun Dalam Keadaan Merangkak !My Profile

  5. Bila baca entri nih, teringat kisah masa saya mula² berjinak dengan domain dan hosting sendiri. Memang banyak sangat cabaran yang menyebabkan saya sedikit angin dengan syarikat hosting.

    Alhamdulillah sekarang dah banyak belajar selepas join kelas WordPress Akademi Denaihati 😀
    Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..3 eBook Menarik Untuk Internet MarketerMy Profile

  6. terus terang ema tukar dari blog bllogspot ke blog wordpress selepas baca entri blog dari papamifz.com ..memang pengetahuan tentang wp zero…tp melalui google, ema belajar dan belajar.. walaupun blog tak dikenali tp bersyukur ada yang datang baca dan tinggalkan komen pada entri..sekrang dah rasa seronok menggunakan wp ni..
    Curahan rasa ema @ ..Mandi di LA Hot SpringMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!