Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.
Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.
Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.
1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.
2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.
3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.
4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.
Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
219 Comments
boleh di katakan blogger sekarang ni manja sangat semua benda dah tersedia tinggal nak guna je .. paling parah dan susah nak daham bila langsung tak boleh di tegur dan terus up entry
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
oh baru tahu rupanya denaihati pernah pakai platform blogspot..apapun..wordpress dan blogspot ada kelebihan masing-masing
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Setuju! Antara WordPress dan Blogspot, pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
wawa masih mentah lagi dalam dunia blogger. Tapi rasa lebih selesa menggunakan blogspot berbnding wordpress. Dan wawa pun teringi juga nak femeskan blog wawa ni dan ada domain sendiri.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
hehehe..takpe..kita majukan blogspot yang sedia ada..macam hasrulhassan..dengan blogspot je dah popular dan jadi pakar seo malaysia lagi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Tak apa yang penting dah selesa. Nak guna domain sendiri boleh. Hosting guna je blogspot. Beli cepat domain wawa tu nanti dah ada orang ambik menyesal nanti…
Samalah wawa. Nak jugak guna domain sendiri kan. Mungkin suatu hari nantilah. Sekarang ini masih banyak perlu saya belajar tentang blog ni lagi.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Saya pun selesa guna blogspot dan tak tahu kebaikan bila guna wordpress ni. nampak sangat yang banyak lagi saya kena belajar.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Terpulanglah kpd blogger tersebut. WP atau B…masing2 ada kelebihan dan kekurangannya. Buat masa ini masih setia dgn B dan dalam pertimbangan untuk menggunakan domain.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Betul tu. Mungkin suatu hari nanti akan bertukar untuk menggunakan wordpress pulak kan. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Betul tu. Masing masing ada kelebihan sendiri. Tinggal kita je nak kaji platform mana yang paling banyak membawa kebaikan.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
setakat ni belum ada niat nak bertukar ke wordpress. tapi nak beli domain satu hari nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
beli je domain dulu kemudian baru tukar ke wp tak jadi masalah pun … lagi pun ikut keselesaan masing-masing kan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Samalah sis. Buat masa sekarang saya hanya tahu guna blogspot saja pun. Nak kena belajar lagi tentang ilmu blog ni. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Ikut citarasa masing-masing. Tapi majoriti blogger memang kebanyakan berasal menggunakan blogspot sebagai platform. Bila dah biasa dengan kerenah blogspot baru berpindah kepada wordpress. WordPress memang terbaik. Alhamdulillah sekarang sudah sebati dan sayang akan wordpress… hehehe
ye tepat sekali memang kebanyak kan blogger guna blogspot asalnya dah tukar kepada domain sdiri dan pindah ke wp tp ada je yang terus guna wp
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Teringin jugak nak bertukar ke wordpress ni. Insyaallah, suatu hari nanti, mungkin. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Sampai sekarang saya masih kekal dengan blogspot lagi ni. Belum bersedia lagi nak bertukar ke wordpress. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
sama. berpuas hati dengan blogspot. so far tak ada masalah. esok2 tak tahu lagi hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
samalah den..pakai la blogspot dulu..nak jadi macam hasrulhassan..pakar blogspot tu..mencanak ranking alexa beliau
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Betul tu. Saya hanya pandai guna blogspot ni. Haraplah blogspot takde masalah esok2 ye. Hee.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..September Giveaway Party hosted by Iola Caviar
Saya ingat lagi masa tahun lepas berpindah dari blogpsot ke wordpress, Mula-mula memang kekok tapi lama-lama rasa much better pula dari blogspot. Dan sampai sekarang masih lagi dengan wordpress dan tidak berpatah balik ke blogspot.Lain orang lain citarasanya. 😀
Curahan rasa Bahrain @ ..Review Movie The Maze Runner
rasanya dah nk dekat setahun kot guna wp dan dah terbiasa dengan wp bila nak guna blogspot jagi janggal pulak macam tak tahu apa nak buat hehehehe
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
hehehe..tak pernah nak godek-godek cara buat blog dengan wordpress…susah tak?ke senang dari blogspot…hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Boleh cuba install wordpress dan godek-godek wordpress. Tapi sebelum tu kena install tu aplikasi xampp dalam komputer. Cara ni mudah untuk belajar wordpress sebelum beralih arah dari blogspot ke wordpress.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengalaman Membeli Belah Di Lazada Malaysia
Bercakap pasal mencanang sikap buruk syarikat hosting, tak perlu dihebahkan. Cukup dengan nasihat.
Tapi kalau dah berbulan tiada reply servis dan ramai rakan-rakan terkena tipu, maka hebahan itu perlu untuk memastikan penyedia hosting kembali membaiki servis dan produk mereka.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
masalahnya kadang2 walaupun pihak hosting lambar reply mesej mereka, mereka dah mengamuk dan up sttaus dekat fb .. tak ke fikit yang mereka juga manusia yang punya kerja lain yang harus di lakukan … memang kita sebagai pengguna dan bayar setiap apa yang di gunakan tp kena fikir rasional jugak dalam sesetenag keadaan
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Nak berazam menjadi blogger hebat, semua orang boleh berazam.
Tapi sejauh mana kita konsisten juga menjadi kaya ukur.
Malah blogger juga kena kreatif untuk menarik populariti, trafik dan dalam menulis sesebuah artikel.
Macam contest 4 iPhone 5s yang dibuat oleh DenaiHati, juga adalah satu contoh contest yang kreatif, dan sentiasa konsisten diadakan setiap tahun. 🙂
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Antara server hosting yang saya tahu adalah (antaranya ada yang saya sendiri guna adalah) :
SempoiHosting
JomHosting
NetKL
HostGator
BlueHost
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
saya cuma guna netkl dan iviperhost je yang lain x pernah guna lagi
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Bagi saya, kunci kejayaan seorang blogger adalah sabar dan konsisten.
Hasil takkan dicapai dalam sebulan. Kadangkala makan masa bertahun lamanya.
Namun selagi mana istiqamah pada penulisan entry, SEO dan network dengan blogger serta hubungan dengan pembaca, mana-mana blogger boleh berjaya.
Cuma nak sabar dan konsisten tu amatlah payah.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
minat juga perlu..sebab tanpa minat kita akan cepat berputus asa apabila yang yang kita nak tak mampu dicapai sebabnya kita buat sebab ikut orang..orang nak buat blog kita pun nak buat juga..
kita mesti ada tujuan dan matlamat kita..kenapa kita buat blog…nampak macam senang je buat blog ni..tetapi jika benar-benar nka berjaya kena banyak belajar dan berusaha..tak boleh hangat-hangat ahi ayam
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Kena Tampar Dengan Cikgu
Dulu pernah juga guna blogspot, nampak mudah juga. Tapi sebenarnya design tidak selari dan sebati dengan jiwa saya, Maaflah kalau ada yang terasa, ini cuma pendapat saya.
Lagipun dengan wordpress, terlalu banyak template yang boleh dipilih sama ada percuma atau berbayar, yang disediakan oleh ramai developer dan programmer dari seluruh dunia.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
blogspot banyak template menari cumanya nk cri yang betul-betul kena dengan citara sendiri tu payah kalau ada pun mesti akan ada kekurangan walaupun kekurangkan tu kecik tp tetap akan buat kita rasa tak puas hati
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
memang banyak template blogspot yang sangat-sangat menarik..lebih-lebih lagi dah ada template valid html5…sangat ringan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Syarikat hosting cuma perantara dan penyedia perkhidmatan server. Yang lain kerja kita adalah menulis, backup, menambah ilmu blogging dan bernetwork dengan blogger lain, juga adalah tanggungjawab seorang penulis blog.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Saya sendiri bermula dengan blog wordpress. Alhamdulillah ia memang menjadi keutamaan saya sampai sekarang. Blog wordpress sebenarnya banyak fungsi yang best dan banyak customization serta tool yang hebat. Kena explore je, anda akan ‘terkejut beruk’ (sebagaimana saya quote kata-kata tuan tanah) dengan banyaknya kemudahan dan kecanggihan tool yang ada di luar sana.
Dari wordpress plugin, wordpress theme sehinggalah kepada teknologi meningkatkan trafik blog wordpress.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Comments are closed.