Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bergegar juga jantung ini bila lihat banyak blog kena hack atau godam oleh GaySec yang terbaru blog 1Malaysia.com.my. Selain tu blog yang kena godam ohartis dan website nuffnang, adverlets serta banyak lagi. Tujuan GaySec ni memanglah baik sebab nak memberitahu admin blog dan website tersebut bahawa sekuriti blog dan website masih lemah. Blog Amanz.my selalu bagi update terkini blog yang di uji sekuriti oleh GaySec.
Tindakan aku pertama adalah menghubungi Mr. Hosting Serverfreak :
Pertanyaan aku : Sorry ganggu pagi-pagi ni.Recently beberapa top blog kena hack oleh GaySec. Yang terbaru malam tadi blog ohartis.com. Adakah hosting kita cukup kuat untuk menghalang dari di hack oleh GaySec atau perlu tambahan securities. Terima kasih
Jawaban Mr. Sam, Serverfreak hosting terbaik : Masalah kena hack ini faktor utama adalah di sebabkan outdated skrip dan plugin yang membuka peluang untuk attacker attack. Jadi adalah amat penting skrip dan plugin yang digunakan sentiasa di update. Selain itu, sekiranya ada plugin yang telah tidak digunakan, lebih baik remove terus bagi memgurangkan potensi untuk attacker attack. Sebenarnya masalah ini, dari segi protection hosting, walau sesecure kami lakukan, tiada apa yang dapat menghalangnya kerana attacker attack menerusi skrip/ plugin bukan menerusi server. Terima Kasih.
Jawaban Mr. Sam, Serverfreak ini sama dengan nasihat Blogger Eizil dalam entri beliau “Langkah asas keselamatan laman web” maka secepat kilat aku update semua plugin dan delete semua plugin yang tak perlu.
Selain update dan buang plugin untuk menambah sekuriti blog wordpress rakan Blogger Azman Ishak dan Eizil nasihatkan kita menggunakan Cloud Flare. bersama W3 Total Cache dan Amazon S3. Detail boleh baca di link dan link ini. Selain daripada Plugin dan Cloud Flare sila perbetulkan beberapa kelemahan dalam code wordpress terkini seperti tutorial yang telah dibuat oleh Blogger Azman Ishak.
Sekuriti Blog Blogger tak boleh pandang remeh mesti bertindak sebelum terkena. Blog aku pun masih banyak kelemahan tapi nilah bestnya ada hosting sendiri dan guna platform WordPress. Terima kasih kepada blogger Ariffshah yang terus membantu.
86 Comments
itu kan buat wp, kalau buat blogspot bagaimana bro?
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Yunani vs Rusia
Science Business and thought News Infotech
nice blog
Nak cari satu untuk blog lah
Curahan rasa BloggerHowtt @ ..Tarikh lihat anak bulan Syawal ditetap pada 29 Ogos
aduhhhh perit juga jiwa bila berleluasa kegiatan hack ni. 🙁
Curahan rasa shah URL @ ..2 Minggu PageRank Blog Naik
tapikan, aku tak tahu la kenapa kadang2 blog yang pakai cloudflare x dapat load. huhu..
beringat sebelum kena. kalau dah kena tu huh…menyesal laa…meh backup dulu sebelum apa-apa terjadi.
Penting jugak buat backup walaupun percentage kena hack kurang.. satakat ni blog aku backup weekly. harap takde la yang sudi hack blog aku.
bagaimana cara menjaga blog kita agar tidak terkena hacker ya? Ada yang punya pengalaman nggak? Penting banget nich…
Curahan rasa Mukti Effendi @ ..Amalan Yang Baik Dilakukan pada Bulan Ramadhan
pergh makin hot blog2 kena hack ni.
blog aku setakat ni hnya buat weekly backup..mungkin boleh tukar jadi daily backup lak..preparation awal…
Curahan rasa fendidahada @ ..Sakit Kepala
Kalau Blogger camne ek?? cuak pulak dgr
Curahan rasa gamepoint @ ..Artwork Transformers Yang GILA punya AWESOME!
saya pengguna blogspot ni rasa kerdil je. haha
Curahan rasa ub3y @ ..Adakah Anda Penyokong Yang Biadap?
Di mana2 pun ada bahayanya, tak kira di mana, jln raya, internet, di udara, di laut dll. Cuma yg penting kena ada security( sbg keselamat tp tak comform.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..[email protected]
boleh juga attack melalui plugin yg tak digunakan atau tak diupdate ye, baru je tau.
Comments are closed.