Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal tahun 2014 berkesempatan minum petang bersama toke Severfreak syarikat yang menyediakan hosting untuk blog Denaihati sejak Disember 2009. Punyalah lama sudah bersama sehingga terlupa bila mula menggunakan khidmat hosting Severfreak. Terima kasih kepada Kak Jie yang telah memperkenalkan aku kepada Serverfreak dan entri “Selamat datang ke rumah baru Denaihati” akan terus tersemat di hati.
Minum bersama Eizil, Anarm, Melasti Bintang dan Sam banyak rahsia permulaan blog Denaihati yang terbongkar. Sebelum berpindah aku menggunakan platform Blogspot jadi ketika berpindah ke domain Denaihati.com aku fikir boleh kekal di platform Blogspot. Terkejut beruk bila Severfreak kata mereka hanya menguruskan blog wordpress tapi alang-alang dah buat keputusan nak pindah teruskan sahaja. Alhamdulillah Severfreak sudi melayan kerenah aku yang lansung tak tahu tentang wordpress walaupun masa tu blog Denaihati belum terkenal.
Aku belajar menggunakan wordpress dari rakan-rakan Blogger yang sudah menggunakan wordpress dan juga mencari informasi di google. Orang tua kata malu bertanya sesat jalan dan bila ada kemahuan semua boleh jadi. Alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan seperti Kak Jie, Ariffshah (baru menamatkan zaman bujangnya), Azman Ishak, Anarm, Eizil dan ramai lagi yang tak tersebut telah meletakan blog Denaihati disatu tempat yang tidak pernah diimpikan. Terima kasih semua jasa kalian akan dibalas oleh ALLAH dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Sambil pekena teh tarik dan jus buah-buahan serverfreak bercerita berbagai kisah dan ragam sepanjang tempoh berurusan dengan blogger. Antara kisah dan ragam blogger yang menarik yang dikongsikan.
1. Ramai juga blogger yang berpindah daripada blogspot kepada wordpress akhir berpindah balik ke blogspot kerana terkejut dengan budaya wordpress dan tak bersedia untuk menerima budaya baru. Blogger wordpress kata wordpress mudah tapi blogger blogspot kata blogspot lagi mudah. Dari pengalaman Eizil katanya ada blogger yang sudah berpindah ke wordpress masih menulis entri baru di blogspot kemudian copy paste ke wordpress. Bagi aku paling penting kena belajar apabila sudah berhijrah dari blogspot ke wordpress tapi kalau minda kita masih minda blogspot setelah berpindah ke wordpress pasti akan berlaku konflik personaliti. Aku yang pernah menggunakan kedua-dua platform lebih suka kepada wordpress.
2. Ada blogger yang berpindak semula kepada blogspot apabila trafik blog bertambah dengan banyak. Mereka tidak bersedia untuk membayar kos hosting dan bandwith yang lebih untuk menampung kenaikan trafik. Mereka kurang faham bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila trafik blog semakin tinggi. Ramai blogger fikir seronoknya beautifulnara collect pendapatan setiap bulan tetapi tak pernah tahu bagaimana beliau bertarung untuk mengekal blog sentiasa dapat dipapar setiap masa walau trafik semasa mencecah sehingga ribuan orang. Cuba klik blog Beautifulnara tengok berapa trafik semasa sekarang dan semua itu ada nilai yang perlu dibayar.
3. Ada blogger yang mengharap syarikat hosting menguruskan semua hal tentang blog mereka termasuk pengurusan sekuriti dan back up dengan menyangka tugas blogger hanya menulis sahaja. Apabila berlaku masalah terus melabel syarikat tersebut tak boleh harap walaupun setelah bertahun memberi khidmat yang baik. Blogger kena faham kenapa mereka beli domain dan hosting bukan sekadar ikut-ikut kawan sahaja, kawan beli kita pun beli tapi tak pernah ambil tahu apa yang sepatutnya dibuat.
4. Paling malang ada blogger yang mencanang kisah buruk syarikat hosting di sosial media setelah berpindah ke syarikat hosting lain hingga terlupa syarikat yang dicerca itulah yang telah memberi khidmat di masa susah mereka. Ibarat bila sudah terkenal terlupa siapa yang membantu semasa belum terkenal dulu. Tak salah berpindah hosting tapi jangan lupa jasa mereka walaupun sesaat masalah dimana pun ada dan tak perlu mencerca bila dapat tawaran yang lebih baik.
Memang ramai yang bersemangat nak buat blog. Bila dah ada blog bersemangat pulak nak menjadikan blogger terkenal dengan pendapatan yang berganda. Semua itu tidak akan berlaku begitu sahaja tanpa ilmu dan usaha yang istiqamah. Untuk menjadi blogger yang berjaya kita kena berani berubah dan berhijrah mengikut perubahan masa. Ada banyak urusan di belakang tabir yang perlu diuruskan oleh blogger apabila blog menjadi terkenal seperti pengurusan domain, pengurusan sekuriti, promosi, komunikasi, sosial media dan sebagainya. Kalau kita tak bijak mengurus itu yang banyak blog tak mampu berkembang dan berada pada takuk yang sama sahaja walaupun sudah bertahun. Tiada kejayaan tanpa usaha yang istiqamah dengan modal ilmu dan wang ringgit.
219 Comments
orang akan anggap blogger ni pekerjaan mudah tapi sebenarnya kita ada ilmu jugak. mana yg kurang ilmu part itu ini, kena rajin buat research. blogging sekarang dah tak macam dulu. makin meluas chance untuk buat networking dan boleh buat duit macam2 cara dengan blog
Curahan rasa Lizz @ ..Kerja Sambilan Buat Duit Dengan Menulis
Saya setuju bab tidak memburukkan tu .. yelah, walaupun seminit kita guna … mereka yang terlibat dalam hosting dan domain tu bukannya senang nak handle semua…. benda manusia buat ni …. ada kekurangannya
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Baru Ada Apa?
sebaiknya tak perlu lah nak buruk-burukan sedangkan mereka dah pun cuba buat yang terbaik ikut kemampuan mereka
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Saya ada blog WP, tapi masih lagi terbiar sepi tak tahu nak menulis niche apa ..
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Custom Made Sticker Kereta
assalamualaikum….. dulu saya lebih suka platform blogspot dengan tanpa hosting berbayar dan optimasipun menurut saya lebih mudah tetapi blog saya kena banned jadi sy harus hijrah ke wordpres dan alhamdulilah sampai sekarang saya lebih suka dengan platform wordpres dikarenakan lebih aman dari algoritma google hummingbird………
salam kunjungan good luck
Curahan rasa abdul aris @ ..ALAT BANTU SEKSUALITAS WANITA PENIS IKAT PINGGANG
Info yang baik. Memang ini yang selalu dialami oleh saya juga.
Curahan rasa halif @ ..Tanah Lot Untuk Dijual – Mukim Melaka Pindah
saya mulai ngeblog tahun 2009, akhir 2011 pertengahan september migrasi ke wordpress, semula pakai hosting gratisan beberapa hari kemudian dapat tawaran untuk guna hostingnya gratis dengan syarat pasang banner dan link sahaja, saya terima dan berdirilah Rizkyzone.com bermesin wordpress sampai sekarang, saya migrasi ke wordpress juga kera blog blogspot saya kena hack, rizky2009.blogspot.com dan saya tahu denaihati dari salah satu soba narablog indonesia yang aktive di denai hati pak amriawan owner fatamorgana.blogspot.com yang saat iu denai hati mengadakan kontes tentang member, saya lupa
Curahan rasa Rizkyzone.com @ ..Jasa Pembuatan Blog Toko Online Termurah
memang berblogging perlukan ilmu bukan setakat ilmu menulis..
sesiapa yang dapat hadapi cabarannya insyaAllah berjaya
Curahan rasa cikgu naman @ ..Hari Terakhir Pencalonan #MSMW2014
sekarang saya pakai blogspot
pakai blogspot pun tp kalau kena gayanya org tak akan daat beza itu blogspot atau wp … asalkan kita ada usaha nak tambahkan ilmu dua2 platform sama je sebenarnya
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
saya masih menggunakan kedua-dua platform untuk mempelajari ilmu keduanya. tahap wordpress masih berada di takuk kosong, banyak lagi yang perlu saya belajar walhal tau yang wordpress memang bagus, tetapi persediaannya juga perlu mantap dari segi penulisan, seo dan sebagainya kerana tidak mahu membazir pada peringkat awal.
Curahan rasa khairul asrol @ ..CUSTOM MADE STICKER KERETA
Sayala salah seorg yg sedang berfikir2 utk tukar ke blogspot semula sb gara2 ada mslh ngan robot.txt (pun x brp nak faham apa tu robot). Tapi stlh bertanya 2-3 org yg pakar termasuk bro eizil….trs semangat baluk…hihihi…byk benda kena belajar lg…
Curahan rasa alin marlini @ ..PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JUBLI PERAK 25 TAHUN PPZ
sama lah kita hari tu masa ada masalah dgn robot tu dah rasa down tapi bila dah dapat betul kan balik rasa lega sangat …
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
rasa bersalah lak dengan satu pembekal domain yang dulu,,, mm,, lepas ni tak buat dah,, insya ALLAH 🙂
Curahan rasa muja @ ..Geniee SSP, Syarikat Pengiklanan Dari Jepun Untuk Semua Blogger.
wahhh… artikelnya menginspirasi sekali bang… izin baca nih.. hehe 🙂
Terimakasih.
Curahan rasa faithfellow @ ..Profiting from internet home based businesses
sokong dengan entri ni. mmg ramai yg tahu buat blog dan tulis artikel tapi ramai yg tanak amik tahu mengenai pengurusan blog.
Curahan rasa iluvtour @ ..Malaysia Social Media Week 2014 dan Undilah iLuvTour
macam2 kerenah..mungkin gabra sbb ianya masih baru bg mereka..
yumida masih guna blogspot free..insha Allah…jika ada rezeki nak ada domain sendiri
Curahan rasa yumida @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
kembali berkunjung, dan belajar ttg blogger.
Curahan rasa wawan @ ..Mendengarkan Kemudian Belajar
Comments are closed.