Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali 12 Rabiulawal hati pasti berdetik rasa sayu teringat pesan terakhir Rasulullah SAW yang masih belum dapat aku mulakan terasa lemahnya diri ini kerana terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. Bait-bait terakhir khutbah haji wida’ Rasulullah SAW sangat mencengkam hati kerana belum mampu aku laksanakan semuga sahabat-sahabat tidak seperti aku.
Baru-baru ini ketika mengembara di bumi Syam sudah merancang untuk singgah sebentar di pohon Rasulullah berteduh sebelum bertemu dengan Paderi Nastura tetapi akibat ditahan lebih empat jam rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Terasa sangat rugi tak dapat singgah dan terbayang-bayang gambar pohon tempat Rasulullah SAW berteduh yang dikirimkan oleh seorang sabahat yang berdakwah empat bulan di Jordan.
Setiap kali melihat rumah kelahiran Rasulullah SAW pasti teringat kisah detik-detik terakhir hayat Baginda yang sentiasa ingat kepada umatnya walaupun sedang merintih menuju sakaratul maut. Setiap kali membaca kisah kewafatan Rasulullah SAW pasti tidak dapat menahan mutiara air mata menitis membasahi pipi. Terasa rindu dan terbayang kalaulah dapat bertemu dengan Baginda walaupun sesaat di dalam mimpi-mimpi indah.
Aku mempunyai beberapa teman yang tidak pernah lekang lidah daripada banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari entah berapa ribu tak berani nak tanya. Kehidupan rakan-rakan yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW memang jauh berbeza berbanding aku yang hanya sesekali berselawat setiap hari. Banyak lagi kisah benar kehebatan sahabat-sahabat yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang mungkin sahabat-sahabat pernah berjumpa.
Salah seorang sahabat sudah beberapa kali bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya. Katanya keindahan bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi membuatkan rasa rindu yang teramat sangat sehingga ingin bertemu dan bertemu lagi dan itulah motivasi beliau semakin banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) [/box]
Seorang sahabat yang lain kelihatan muka berseri-seri, hidup bahagia, tenang apabila diuji dengan berbagai ujian dan berkat rezekinya. Apabila ditanya apa rahsianya dengan senyum beliau berkata banyakan selawat kepada Rasulullah SAW. Memang berselawat kepada Rasulullah SAW bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kita tetapi lebih penting boleh menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang bersama Baginda kelak di Padang Mahsyar membawa panji-panji Islam.
[box type=”shadow”]Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda : Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata : Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu Baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah) [/box]
Termenung sejenak memikirkan berapa sangat sunnah Nabi dan selawat yang aku amalkan setiap hari. Amalan harian berselawat seratus pagi dan seratus petang pun susah sangat nak istiqamah tetapi mengharap berbagai keajaiban daripada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT pun berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Tahun baru kena tanam azam untuk lebih banyak berselawat tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW melebih sayang pada diri sendiri.
163 Comments
marilah sama-sama kita bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah SAW…
Curahan rasa papa mifz @ ..Ambil Nombor Beli Keropok Lekor B.T.B 2209
Subhanallah, sempatkanlah salawat di setelah shalat itu baik
Curahan rasa haidar @ ..Tumor Otak Sembuh dengan XAMthone plus
Terima kasih artikelnya mas,
Curahan rasa Sri @ ..Jadwal Pelaksanaan Ujian Nasional (UN) Tahun 2013/2014
Ingatan untuk diriku yang lemah ini juga. Thanks for sharing.
Curahan rasa myliferia @ ..Tangani Demam, Batuk & Selsema Pada Anak
subhanallah gan rasul memang memberi syafaat 🙂
Curahan rasa Obat Penyakit Pilek Menahun Tradisional @ ..Obat Penyakit Stroke Ringan Tradisional
Perkongsian yang bermanafaat. TQVM
terima kasih kerana mengingatkan
insyaAllah akan menjadi amalan
Curahan rasa cikgu naman @ ..Yang Pertama
Terima kasih atas perkongsian ini ya. Sangat bermakna, bertambah ilmu buat hari ini. Alhamdulillah.
Curahan rasa Nia Mk @ ..Bahaya Alfalfa? Mitos yang boleh dipertikaikan
subhanallah..semoga menjadi amalana kita semua
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Siraplimau.com – Segar Lagi Menyegarkan
Mari terapkan dalam KEhidupan Sehari-hari semoga akan memberi kebaikan dan kemaslahatan dunia dan akhirat
Curahan rasa munir ardi @ ..Senam Ringan di Rumah untuk Wanita hamil
marilah kita rajin berselawat setiap hari. 🙂
Curahan rasa guliroket @ ..Selangor menggembirakan hati gua.
Sungguh bersalawat pada Nabi banyak hikmah dan pahalanya
Nabi Muhammad SAW adalah patut dijadikan panutan dalam segala hal . .
w’salam…
(sdikit perkongsian)
hakikat berselawat dengan memahami sekurang2nye maksud kenapa (hikmah) perlu berselawat, dan siapa Rasulullah itu pada kita..
di ringkaskan (kata guru kami):
• Rasulullah s.a.w adalah asbab seluruh alam semesta ini diciptakan
• Nur Muhammad s.a.w adalah yang mula2 sekali dijadikan Allah, dan daripadanya diciptakan pula tiap2 sesuatu di seluruh alam (nyata & ghaib)
• kita yg sangat kerdil (daripada yg kerdil) menumpang sebab penciptaan Rasulullah s.a.w
• maka wajiblah kita mendahulukan Rasulullah s.a.w (selepas Allah), dan selawat itu sangatlah asas bagi kita, kalau kita nak kira tempias penciptaan kita ini dari baginda s.a.w jua.. maka wajiblah kita bersyukur atas (kehidupan) nikmat Islam & Iman..
wallahu’alam…
[reminder utk diri sendiri]
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Curahan rasa NzrYsf @ ..Kisah Wanita Yang Hanya Berkata-Kata Dengan Ayat Al Quran
Dalam mengamalkan selawat ini mula-mula buat 10 kali pagi dan 10 kali petang..setelah istiqamah Allah akan beri kekuatan dan ingatan untuk selawat lebih dari seratus kali..memang memberi kesan pada jiwa
Sama-sama motivasikan diri untuk berselawat kepada Rasulullah S.A.W
Terus saya teringat akan program MARI BERSELAWAT yang kian rancak dilakukan pada masa sekarang
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Malaysia Social Media Week 2014 kembali lagi !!!
Comments are closed.