Kisah benar kehebatan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali 12 Rabiulawal hati pasti berdetik rasa sayu teringat pesan terakhir Rasulullah SAW yang masih belum dapat aku mulakan terasa lemahnya diri ini kerana terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. Bait-bait terakhir khutbah haji wida’ Rasulullah SAW sangat mencengkam hati kerana belum mampu aku laksanakan semuga sahabat-sahabat tidak seperti aku.

Baru-baru ini ketika mengembara di bumi Syam sudah merancang untuk singgah sebentar di pohon Rasulullah berteduh sebelum bertemu dengan Paderi Nastura tetapi akibat ditahan lebih empat jam rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Terasa sangat rugi tak dapat singgah dan terbayang-bayang gambar pohon tempat Rasulullah SAW berteduh yang dikirimkan oleh seorang sabahat yang berdakwah empat bulan di Jordan.

pohon Rasulullah berteduh sebelum berjumpa paderi nastura
Pohon Rasulullah berteduh sebelum berjumpa paderi nastura

Setiap kali melihat rumah kelahiran Rasulullah SAW pasti teringat kisah detik-detik terakhir hayat Baginda yang sentiasa ingat kepada umatnya walaupun sedang merintih menuju sakaratul maut. Setiap kali membaca kisah kewafatan Rasulullah SAW pasti tidak dapat menahan mutiara air mata menitis membasahi pipi. Terasa rindu dan terbayang kalaulah dapat bertemu dengan Baginda walaupun sesaat di dalam mimpi-mimpi indah.

rumah kelahiran Rasulullah SAW
Rumah kelahiran Rasulullah SAW

Aku mempunyai beberapa teman yang tidak pernah lekang lidah daripada banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari entah berapa ribu tak berani nak tanya. Kehidupan rakan-rakan yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW memang jauh berbeza berbanding aku yang hanya sesekali berselawat setiap hari. Banyak lagi kisah benar kehebatan sahabat-sahabat yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang mungkin sahabat-sahabat pernah berjumpa.

Salah seorang sahabat sudah beberapa kali bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya. Katanya keindahan bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi membuatkan rasa rindu yang teramat sangat sehingga ingin bertemu dan bertemu lagi dan itulah motivasi beliau semakin banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari.

[box type=”shadow”]“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) [/box]

Seorang sahabat yang lain kelihatan muka berseri-seri, hidup bahagia, tenang apabila diuji dengan berbagai ujian dan berkat rezekinya. Apabila ditanya apa rahsianya dengan senyum beliau berkata banyakan selawat kepada Rasulullah SAW. Memang berselawat kepada Rasulullah SAW bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kita tetapi lebih penting boleh menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang bersama Baginda kelak di Padang Mahsyar membawa panji-panji Islam.

[box type=”shadow”]Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda : Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata : Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu Baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)  [/box]

Termenung sejenak memikirkan berapa sangat sunnah Nabi dan selawat yang aku amalkan setiap hari. Amalan harian berselawat seratus pagi dan seratus petang pun susah sangat nak istiqamah tetapi mengharap berbagai keajaiban daripada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT pun berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Tahun baru kena tanam azam untuk lebih banyak berselawat tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW melebih sayang pada diri sendiri.


Spread the love

163 Comments

  1. Sholawat itu ibarat air. Jika kita selalu membaca Shalawat kepada Nabi, maka kebaikan itu akan tumpah. Nah, tumpahan sholawat dan kebaikan dari Allah itu akan kita peroleh untuk diri kita sendiri. Itulah yang disebut berkah. Dan ini juga hakikatnya mengapa kita perlu bersholawat kepada Nabi Muhammad SAW.

  2. عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
    Allah mengetahui rahsia sulit
    مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
    Dialah menyahut semua seruan
    رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
    Wahai Tuhan Rahmatilah kami
    بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
    Dengan segala amalan soleh
    Curahan rasa Obat Jantung Koroner @ ..Obat Jantung KoronerMy Profile

  3. Jom Sama² kita selawat ke Atas Nabi junjungan Kita. Nabi Muhammad S.A.W

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    Selawat salam dipohon lagi

    يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    Wahai Nabi salam atasmu
    يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    Wahai Rasul, salam atasmu
    يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
    Wahai kekasih, salam atasmu
    صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
    Selawat Allah ke atasmu

    أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
    Bulan purnama menyinari kita
    فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
    Hilang segala cahaya
    مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
    Indah menawan tak pernah dilihat
    قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
    Wajah gembira sepanjang hayat

    أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
    Kaulah matahari, kaulah bulan
    أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
    Kaulah cahaya mengatasi cahaya
    أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
    Kaulah rahsia hidup mulia
    أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
    Kaulah menyuluhi jiwa

    يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
    Wahai kekasihku, ya Muhammad
    يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
    Wahai pendamping indah sejagat
    يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
    Wahai Nabi dijulang dipuja
    يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
    Wahai imam 2 kiblat

    مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
    Bahagialah orang memandang wajahmu
    يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
    Wahai penghulu keturunan mulia
    حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
    Kolam airmu sejuk jernih
    وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
    Kunjungi kami pada hari akhirat

    مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
    Sepanjang malam unta berjalan
    بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
    Tiada berhenti rindukanmu
    وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
    Engkau dipayungi awan putih
    وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
    Dan Malaikat sama berselawat

    عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
    Allah mengetahui rahsia sulit
    مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
    Dialah menyahut semua seruan
    رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
    Wahai Tuhan Rahmatilah kami
    بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
    Dengan segala amalan soleh

    وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
    Selawat Allah ke atas Muhammad
    عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
    Sebanyak baris kertas ditulis
    أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
    Ahmad Muhammad petunjuk jalan
    صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
    Empunya wajah berseri menawan

    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    Selawat salam dipohon lagi
    صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
    Selawat Allah ke atas Muhammad
    صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    Selawat salam dipohon lagi

    اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
    Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
    Curahan rasa Suheilfazri Suhaimi @ ..Facebook Pusat Perniagaan Sosial Paling PopularMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!