Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali 12 Rabiulawal hati pasti berdetik rasa sayu teringat pesan terakhir Rasulullah SAW yang masih belum dapat aku mulakan terasa lemahnya diri ini kerana terlalu mengutamakan dunia dari akhirat. Bait-bait terakhir khutbah haji wida’ Rasulullah SAW sangat mencengkam hati kerana belum mampu aku laksanakan semuga sahabat-sahabat tidak seperti aku.
Baru-baru ini ketika mengembara di bumi Syam sudah merancang untuk singgah sebentar di pohon Rasulullah berteduh sebelum bertemu dengan Paderi Nastura tetapi akibat ditahan lebih empat jam rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Terasa sangat rugi tak dapat singgah dan terbayang-bayang gambar pohon tempat Rasulullah SAW berteduh yang dikirimkan oleh seorang sabahat yang berdakwah empat bulan di Jordan.
Setiap kali melihat rumah kelahiran Rasulullah SAW pasti teringat kisah detik-detik terakhir hayat Baginda yang sentiasa ingat kepada umatnya walaupun sedang merintih menuju sakaratul maut. Setiap kali membaca kisah kewafatan Rasulullah SAW pasti tidak dapat menahan mutiara air mata menitis membasahi pipi. Terasa rindu dan terbayang kalaulah dapat bertemu dengan Baginda walaupun sesaat di dalam mimpi-mimpi indah.
Aku mempunyai beberapa teman yang tidak pernah lekang lidah daripada banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari entah berapa ribu tak berani nak tanya. Kehidupan rakan-rakan yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW memang jauh berbeza berbanding aku yang hanya sesekali berselawat setiap hari. Banyak lagi kisah benar kehebatan sahabat-sahabat yang banyak berselawat kepada Rasulullah SAW yang mungkin sahabat-sahabat pernah berjumpa.
Salah seorang sahabat sudah beberapa kali bertemu dengan Rasulullah SAW di dalam mimpinya. Katanya keindahan bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi membuatkan rasa rindu yang teramat sangat sehingga ingin bertemu dan bertemu lagi dan itulah motivasi beliau semakin banyak berselawat kepada Rasulullah SAW setiap hari.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Al-Ahzab: 56) [/box]
Seorang sahabat yang lain kelihatan muka berseri-seri, hidup bahagia, tenang apabila diuji dengan berbagai ujian dan berkat rezekinya. Apabila ditanya apa rahsianya dengan senyum beliau berkata banyakan selawat kepada Rasulullah SAW. Memang berselawat kepada Rasulullah SAW bukan sahaja membuka pintu rezeki kepada kita tetapi lebih penting boleh menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang bersama Baginda kelak di Padang Mahsyar membawa panji-panji Islam.
[box type=”shadow”]Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda : Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata : Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi : Amin. Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu Baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah) [/box]
Termenung sejenak memikirkan berapa sangat sunnah Nabi dan selawat yang aku amalkan setiap hari. Amalan harian berselawat seratus pagi dan seratus petang pun susah sangat nak istiqamah tetapi mengharap berbagai keajaiban daripada ALLAH SWT sedangkan ALLAH SWT pun berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Tahun baru kena tanam azam untuk lebih banyak berselawat tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW melebih sayang pada diri sendiri.
163 Comments
selalunya slps waktu solat je berselawat…kalau teringat atas motor pi keje pun dok selawat…tp kalau masa keje ke jalan ke lagsug lupe….
wah beruntungnya sahabat tuan Denaihati yang sudah banyak kali bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW. Saya ni sekali entah dapat atau tidak… semoga Allah permudahkan. Amin 🙂
ber Sholawat atas nabi adalah sunat, tetapi kehidupan sehari-hari juga harus sesuai sunah rosul.
Curahan rasa wono @ ..Bahaya Keputihan Bagi Wanita
jadi, rajin-rajinlah berselawat setiap hari.
Curahan rasa titan @ ..MSMW 2014 – Antara kenangan dan realiti masa depan.
Terima kasih sedarkan saya yang terleka ni..insyaAllah..tahun ni buka buku baru..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 26 Dari Jobdirumah
Terima kasih atas perkongsian ni tuan.. Sangat bermanfaat untuk semua umat.. 🙂
Curahan rasa Kimi Jamai @ ..Sembang2: Cash Out, Entri Otot Dan Iklan.
kerajaan Brunei beli sehelai rambut Rasulullah s.a.w. dengan harga 4 juta, bertuah rakyat negara itu, hanya orang2 tertentu yg dapat melihat dan menyentuhnya.
berselawat memang banyak faedahnya.. insyallah akan diberi keberkatan oleh Allah.
Curahan rasa zool @ ..Kenapa susah nak pandai Bahasa Inggeris
Subhaanallaah…
Semoga kita senantiasa menjadi ummat Rosulullaah SAW. yang menjalankan ajaran dan sunnahnya, aamiin..
Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan nabi yang membawa dunia ini dari kegelapan ke dunia yang terang benderang. dengan akhlaq beliau dunia ini terasa indah dan nyaman. maka perbanyaklah sholawat kepada junjungan Nabi Kita Nabi Muhammad SAW. dimana orang yang banyak-banyak bersholawat akan mendapatkan pahala yang tidak akan bisa dihitung, malaikat bisa menghitung berapa banyak air hujan yang turun tetapi malaikat tidak bisa menghitung berapa banyak pahala bagi yang banyak bersholawat kepa Nabi Muhammad.
Curahan rasa set kursi makan @ ..Meja Belajar Anak Perempuan
rasa malu tak dpt ikut sunnah sepenuhnya… bagaimana nak berhadapan dgn Baginda nanti…
mmg sedih sebak baca kisah Nabi dlm sakaratulmaut.. “ummati… ummati…” tak putus2 dr lidah baginda
ya Allah jadikanlah kami semua umat nabi Muhammad yg mengikut sunnah dan Baginda akan kenal utk beri syafaat di akhirat nanti… aminnn
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday 79: Manisan dari Palestine
Memang banyak faedah berselawat. Saya berselawat dekat 2000 kali sehari waktu mengandung dulu tiap tiap hari. Walaupun sedih sedih tapi anak keluar tak banyak meragam. Hehehe Syukur
Curahan rasa Qashmere @ ..Resipi Nasi Beriyani Ayam Yang Sedap Dan Mudah
terima kasih banyak atas informasi yang telah disajikan salam kenal dan sukses selalu dalam menghasilakn tulisan yang bermutu
subahanallah….. besarnya ganjaran kpd mereka yang byk berselawat ke atas Rasulullah SAW.. Terima kasih kerana berkongsi cerita…
Curahan rasa zie fauzi @ ..Petua Halau Nyamuk
sangat besar ganjaran jika kita berselawat. malah mendekatkan lagi diri kita dengan Rasulullah SAW.
Curahan rasa fyna @ ..Jadual Liga Super Malaysia 2014
Comments are closed.