Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, politik Selangor yang tenang setelah menyapu bersih pada PRU13 tidak bertahan lama. Kini politiknya bergolak apabila parti politik yang didokong oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sekarang bersungguh-sungguh ingin mengantikan beliau. Kesungguhannya pemimpin parti Keadilan untuk menukar Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia tetapi sudah bermula sejak Pakatan Rakyat menang besar pada PRU13 sehingga Azmin Ali merajuk apabila tidak terpilih.
Berita terkini krisis MB Selangor
9/8/2014 : Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyingkirkan Khalid dari parti berkuat kuasa serta merta.
10/8.2014 : PAS tetap dengan pendirian menyokong Khalid Ibrahim.
11/8/2014 : Sultan Selangor memperkenankan TSKI terus mentadbir Selangor.
11/8/2014 : BN Selangor menyokong Khalid tanpa syarat.
Sebagai rakyat biasa yang beristerikan orang Selangor aku sentiasa mengikuti perkembangan semasa pergolakan kedudukan Menteri Besar Selangor. Betullah kata bijak pandai kekadang kita tewas bukan kerana lawan lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Aku bukanlah peminat setia Menteri Besar Selangor tetapi aku telah mengikut cerita kehebatan beliau dari peristiwa serangan waktu suboh 1981 apabila Malaysia berjaya mengambil alih syarikat Guthrie di Bursa London hasil kecekapan Khalid Ibrahim yang ketika itu menerajui PNB. Walaubagaimanapun beliau akhirnya tersingkir dari Guthrie setelah tidak bersetuju dengan keputusan penggabungan tiga syarikat perladangan milik PNB iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi satu entiti iaitu Sime Darby.
Khalid Ibrahim seorang pakar dalam dunia ekonomi gagal untuk meletakan diri dalam kepimpinan UMNO setelah tewas disemua cubaan pemilihan Cawangan dan Bahagian UMNO yang kemudian beralih angin kepada Parti Keadilan untuk meneruskan cita-cita politik. Rezeki beliau apabila Pakatan Rakyat tanpa diduga menang PRU12 dan Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Besar. Kejujuran dan kecekapan pengurusan tanpa mengira kepentingan politik telah menyebabkan beliau sangat tidak popular di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim tidak mahu berhutang dengan syarikat politik kerana balasannya sudah pasti perlu menyerahkan projek besar Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak tersebut.
Polisi tersebut telah menjerat kerjaya politik apabila bos besar Anwar Ibrahim memulakan “Langkah Kajang” satu gerakan mengulingkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan DS Wan Azizah. Selama ini tiada siapa dari Parti Keadilan yang berjaya melawan Anwar Ibrahim sehingga berpuluh-puluh pemimpin keluar parti. Bagaimana pulak nasib Khalid Ibrahim walaupun dengan jelas mendapat sokongan Tuan Guru Hadi Awang. Mungkinkah pergolakan ini akan juga memberi tempias kepada PAS dengan menyerlahkan pemimpin yang selama ini dikatakan penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi diletak dengan penuh strategi di dalam PAS sehingga ada memimpin PAS tanpa segan silu menentang Presiden kerana menyokong pendirian Anwar Ibrahim. Ada yang kata pengulingan Khalid Ibrahim bermakna berakhirnya perjuangan reformasi Malaysia.
Secara teorinya sangat sukar untuk Khalid Ibrahim bertahan kerana sekutu Parti Keadilan, DAP juga tidak menyokong pemerintahan Khalid Ibrahim kerana tidak mendapat banyak manafaat selain lebih banyak rumah urut dibuka di negeri Selangor. Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah nafsu politik Anwar Ibrahim yang akan berjaya menumbangkan kepimpinan profesional Khalid Ibrahim walaupun mengikut survey Astroawani lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid Kekal. Dalam politik berbagai kejutan boleh berlaku kerana mengikut portan berita Asamboi.my UMNO menyokong “Langkah Khalid” jadi kita tunggu dan lihat.
Siapa pun bakal Menteri Besar Selangor adalah pilihan ALLAH untuk asbab tertentu yang hanya ALLAH sahaja yang tahu.
286 Comments
Sampai kehari ini masih lagi Tan Sri Khalid Ibrahim memegang tampuk Menteri Besar Selangor. Tiada kesudahan kemelut ini….sudah, sudahlah… Tunggu jer la sampai PRU 14 nanti.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
moga krisis di selangor ni akan selesai cepat mungkin dan moga MB Selangor adalah seorang yang layak memimpin negeri selangor sebaiknya.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia
Setakat ini Khalid masih mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugasnya terhadap negerinya sendiri tetapi sampai sekarang masih tidak diketahui punca sebenar perlu menukar menteri besar kepada yang lain.
Curahan rasa adarain @ ..UPSR : Kenapa Boleh Bocor?
saya sokong Khalid Ibrahim, setakat ni nampak beliau telah jalan kan tugas dengan baik, skrg masa bekerja dan bukannya asik berpolitik
Curahan rasa myrujukan @ ..Best Ker Samsung Galaxy Gear Smartwatch
Nampaknya BN sekarang perlu berterima kasih pada Anwar Ibrahim kerana dia berjaya menjatuhkan kerajan pimpinan PR sedangkan BN x mampu buat di selangor. Tahniah Anwar
Curahan rasa myra @ ..Boikot Israel: masih relevankah tindakan kita?
Bilalah agaknya krisis MB Selangor ni nak selesai.
Curahan rasa Ammar @ ..Bila Melayu Tunjuk Pandai Isu Boikot!
Nampak gayanya sudah semakin kritikal sekarang ini….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Daripada pemerhatian beliau sememangnya ikhlas dan amat berkemampuan berkhidmat untuk rakyat Selangor sebagai menteri besar. Yang silapnya adalah kerana beliau berada di bawah PKR.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam
harap mamat MB ni terus jadi MB.. aku sokong.. yeahh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Saya kalau nak pilih pemimpin x pandang dari parti mana.. Tengok kepada keikhlasan dalam membela nasib rakyat itu sudah cukup dan Khalid ibrahim ada ciri2 itu
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
harap PR lantik orang yg betul2 sesuai utk ganti khalid. lagi pun selango buka calang2 negeri
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kajang Move adalah tindakan self-destructing move oleh pemimpin2 PKR yang rakuskan kuasa dan kepentingan peribadi. Sesuatu yang menyedihkan kerana yang suffer adalah rakyat juga.
Curahan rasa Ismail N @ ..Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Tu la pasal. Sangat2 menyedihkan bro. Sampai sekarang saya masih tidak nampak kenapa harus ada pertukaran menteri besar…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
tu ar pasal.. aku pun cam bingung tak bingung ja nih.. napa ? napa ?
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Baca newshub td, masih ramai yang sokong supaya Khalid Ibrahim dikekalkan….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
dunia politik memang sukar diduga dengan minda yang biasa- biasa
Curahan rasa faizal @ ..Promosi Bulan Ogos 2014 – GLA Complex
nampaknya ramai pemimpin dlm PKR yg menyokong MB Khalid letak jawatan ni..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Oh ye ke bro… Tapi rakyat ramai yang nak Khalid Ibrahim kekal….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
ada la ni yang tersembunyi dari rakyat… kepentingan peribadi atau negeri ? hmm
Ini yang menjadi masalah apabila kepentingan peribadi mengatasi tujuan asal…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
Umm dah di beti rahsuah mmng lah dorg sokong…
Isu politik Malaysia ni makin hari makin huru hara. Harap-harap Selangor dapat MB yang terbaik xkisah lah siapa pun.
Curahan rasa TrendMalaya.com @ ..Cara Potong Rambut Bersesuaian Dengan Bentuk Muka
kannn..tak pernah tenang..ada je cari pasal..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Rakyat cuma mengharapkan yang terbaik dan pemimpin yang benar2 ikhlas untuk membela nasib rakyat..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik
ada je kot yang berdengki.. kita yang sebagai rakyat, kene tempias.. huhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Pemimpin atasan bertelinggak kita di bawah menjadi sasarannya nanti… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Ingin menjadi agen Tshirt I Am kami?
politik sekarang cam tak ‘ummpphh’ dah, mana penting mana tak.. adoii
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sebagai anak Selangor, aku suka cara TSKI ini walaupun aku bukan penyokong parti dia. Terbukti dia mmg run the state like a company. Tp itulah, ramai yang dengki, suka hasut. Dulu tunding kata UMNO buat semua tu, kronisme bagai, sekarang ni terkena batang hidung PR sendiri. Macam mana tu. Lagi teruk apa yang selalu diungkap tak sama dengan tindakan. Politikus mmg macam tu la. Jgn taksub sudah. Kawan2 yg taksub dengan PR skrg ni duk senyap je, langsung tak mahu isu ni dibawa sembang. hahaha..
Curahan rasa halif @ ..(Entah Betul Entah Tidak) Potong Astro Dapat 22 Channel Njoi Percuma
biasalah bang, bila nafsu menguasai pemikiran, sesapa saja boleh jadi gitu.bukan kira parti je
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Selangor dah nak elok-elok .. ada je yang dok ngacau … haishh tak boleh tngk orang lain naik la .. apa daaa
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Dua Tiket Percuma Konvensyen The Bidadari 2014
tapi yang dok kacau tu, orangnya sendiri tu..camano tu?
kang tuduh kata fitnah tapi kalo macam ni jadinya, macam nak nama je.. huhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Comments are closed.