Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, politik Selangor yang tenang setelah menyapu bersih pada PRU13 tidak bertahan lama. Kini politiknya bergolak apabila parti politik yang didokong oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sekarang bersungguh-sungguh ingin mengantikan beliau. Kesungguhannya pemimpin parti Keadilan untuk menukar Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia tetapi sudah bermula sejak Pakatan Rakyat menang besar pada PRU13 sehingga Azmin Ali merajuk apabila tidak terpilih.
Berita terkini krisis MB Selangor
9/8/2014 : Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyingkirkan Khalid dari parti berkuat kuasa serta merta.
10/8.2014 : PAS tetap dengan pendirian menyokong Khalid Ibrahim.
11/8/2014 : Sultan Selangor memperkenankan TSKI terus mentadbir Selangor.
11/8/2014 : BN Selangor menyokong Khalid tanpa syarat.
Sebagai rakyat biasa yang beristerikan orang Selangor aku sentiasa mengikuti perkembangan semasa pergolakan kedudukan Menteri Besar Selangor. Betullah kata bijak pandai kekadang kita tewas bukan kerana lawan lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Aku bukanlah peminat setia Menteri Besar Selangor tetapi aku telah mengikut cerita kehebatan beliau dari peristiwa serangan waktu suboh 1981 apabila Malaysia berjaya mengambil alih syarikat Guthrie di Bursa London hasil kecekapan Khalid Ibrahim yang ketika itu menerajui PNB. Walaubagaimanapun beliau akhirnya tersingkir dari Guthrie setelah tidak bersetuju dengan keputusan penggabungan tiga syarikat perladangan milik PNB iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi satu entiti iaitu Sime Darby.
Khalid Ibrahim seorang pakar dalam dunia ekonomi gagal untuk meletakan diri dalam kepimpinan UMNO setelah tewas disemua cubaan pemilihan Cawangan dan Bahagian UMNO yang kemudian beralih angin kepada Parti Keadilan untuk meneruskan cita-cita politik. Rezeki beliau apabila Pakatan Rakyat tanpa diduga menang PRU12 dan Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Besar. Kejujuran dan kecekapan pengurusan tanpa mengira kepentingan politik telah menyebabkan beliau sangat tidak popular di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim tidak mahu berhutang dengan syarikat politik kerana balasannya sudah pasti perlu menyerahkan projek besar Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak tersebut.
Polisi tersebut telah menjerat kerjaya politik apabila bos besar Anwar Ibrahim memulakan “Langkah Kajang” satu gerakan mengulingkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan DS Wan Azizah. Selama ini tiada siapa dari Parti Keadilan yang berjaya melawan Anwar Ibrahim sehingga berpuluh-puluh pemimpin keluar parti. Bagaimana pulak nasib Khalid Ibrahim walaupun dengan jelas mendapat sokongan Tuan Guru Hadi Awang. Mungkinkah pergolakan ini akan juga memberi tempias kepada PAS dengan menyerlahkan pemimpin yang selama ini dikatakan penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi diletak dengan penuh strategi di dalam PAS sehingga ada memimpin PAS tanpa segan silu menentang Presiden kerana menyokong pendirian Anwar Ibrahim. Ada yang kata pengulingan Khalid Ibrahim bermakna berakhirnya perjuangan reformasi Malaysia.
Secara teorinya sangat sukar untuk Khalid Ibrahim bertahan kerana sekutu Parti Keadilan, DAP juga tidak menyokong pemerintahan Khalid Ibrahim kerana tidak mendapat banyak manafaat selain lebih banyak rumah urut dibuka di negeri Selangor. Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah nafsu politik Anwar Ibrahim yang akan berjaya menumbangkan kepimpinan profesional Khalid Ibrahim walaupun mengikut survey Astroawani lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid Kekal. Dalam politik berbagai kejutan boleh berlaku kerana mengikut portan berita Asamboi.my UMNO menyokong “Langkah Khalid” jadi kita tunggu dan lihat.
Siapa pun bakal Menteri Besar Selangor adalah pilihan ALLAH untuk asbab tertentu yang hanya ALLAH sahaja yang tahu.
286 Comments
kalau ikut kan ramai yang mahukan Khalid Ibrahim menajdi MB selangor tapi apakan daya beliau akur dengan apa yang berlaku .. terfikir juga selepas ini apa yang akan di lakukan oleh beliau ya
Curahan rasa namiacinta @ ..Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
tahu takpe..apalah Khalid Ibrahim akan buat selepas jawatan menteri besar pergi ke tangan azmin ali..best duduk selangor ni..bil air tak penah nak kene bayar..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Siapa kata tidak perlu bayar. Semenjak saya tinggal di Selangor ini… setiap bulan kena bayar bil air.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ya benar sekali, walaupun ada yang tidak suka dengan Tan Sri Khalid terhadap beliau apabila krisis air yang melanda negeri Selangor, tetapi kini rasa kasian pula apabila dipecat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
hari ni 23 september kemelut sudah terjawab dengan yb azmin ali yang menjadi menteri besar selangor. Kita doakan beliau dapat memakmurkan selangor dengan jayanya,
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Saya tidak nampak Azmin Ali boleh mengtakbir negeri Selangor. Kita tunggu dan lihat macam mana?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
Ini adalah keputusan Sultan Selangor… kita tidak boleh berbuat apa-apa. Kalau datin Sru Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor lagi parah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Google Street View Untuk Kemudahaan Pengguna
azmin ali sah jadi menteri besar selangor yang baru..semoga beliau dapat mentadbir negeri Selangor dengan adil dan saksama
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
sampai sekarang khalid masih lagi menteri besar selangor. banyak pihak yg nak jatuhkan dia
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
PAS sekarang ni pun sudah memecat ahlinya yang menyokong Datin Sri Wan Aziizah.Kita tahu PAS juga macam lalang, sekejap menyokong PKR dan sekejap sokong tidak. Tidak tahu arah sebenar ke mana nak di tuju, kata orang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
sekarang dah tahu siapa pas sebenar. penyokongnya sendiri pun tak bersetuju dgnnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Jika pemilihan dibuat, saya menentang sebarang pemilihan terhadap Wan Azizah. Walaupun beliau jadi Menteri Besar tetapi yang ada di sebalik tabir lebih menguasai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Konflik MB Selangor ini sudah semakin ke penghujungnya, semoga Allah memberikan kemenangan pada pihak yang benar…
Walaupun saya tidak suka dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, tapi jika dia terpilih oleh Sultan pun saya terima saja. Saya pun bukannya rakyat Selangor. Semenjak krisis air hari tu, kami sekeluarga hidup dengan ketiadaan air.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Semoga perlantikan menteri besar baru dibuat dalam waktu terdekat. Kerana negeri Selangor memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Sepatutnya dari awal lagi wakil daripada PAS yang patut mereka wakili, kerana undi wakil DUN PAS lebih banyak daripada PKR dan DAP.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Pati PKR tidak boleh sewenang-wenangnya memecat Tn Sri Khalid ibrahim. Ini sudah pasti ada konspirasi nak menjatuhkannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Rakyat Selangor memerlukan seorang pemimpin yang bersih, amanah dan menjaga kebajikan rakyat. Apapun ini keputusan Al-Sultan Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Siapa pun menteri besar Selangor saya tidak kisah, asalkan menjaga kebajikan rakyat Selangor.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
moga krisis selangor akan berakhir tapi pada saya .. saya lagi suka Khalid Ibrahim menjadi MB
walaupun dia biasa2 saja tp apa yang dia buat untuk rakyat selangor boleh nampak ..
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
jika ada pemilihan baru untuk MB janganlah bergaduh untuk dapatkan jawatan tersebut tetapi bincanglah dengan baik siapa yang layak untuk jawatan MB.
Curahan rasa iuzira @ ..kenali AL-QASSAM
Comments are closed.