3-4 hari ni aku mengabiskan masa buat blog walking ke blog politik Malaysia. Woow punyalah banyaknya dari blog yang penyokong Barisan, Blog penyokong Pakatan, Blog penyokong UMNO, Blog penyokong PKR, blog penyokong PAS, blog penyokong DAP dan ada juga blog politik yang bebas dan sukakan keamanan.
Blog politik yang paling tinggi trafiknya sekarang adalah chedet, 1Malaysia, AnwarIbrahim dan banyak lagi blog politik yang high ranking dan kritis. Setiap kumpulan bermati-matian menegakkan pendirian dan kepercayaan masing-masing. Aku tak pernah mengkelaskan blog aku sebagai blog politik tetapi sesekali sebagai warga negara yang peka aku suka juga nak tulis cerita politik dari pandangan mata hati aku.
Tapi aku yakin walauapapun yang aku tulis tak akan merubah pefikiran penyokong-penyokong parti politik sebab aku orang kecil. Titah Sultan Perak yang inginkan jangan berpolitik berlebihan pun belum tentu di hormati inikan pulak aku. Cuma aku pelik bin ajaib dalam dunia bebas berintenet ni ada dikalangan penulis menggunakan bahasa kesat dan menukar nama pemimpin seperti Najib kepada Najis dan sebagainya. Adakah internet ini bermakna kita juga bebas membelakangkan ajaran Islam? Salah satu sifat Rasul yang berjaya mengembangkan Islam keseluruh dunia adalah Iqrom Muslimin iaitu berbuat baik bukan sahaja kepada Islam tetapi juga kepada bukan Islam.
Firman Allah Surah Al-Imran ayat 26 yang sebahagian ertinya “Allah berikan kekuasaan kepada sesiapa pun yang Allah kehendaki dan Allah cabut kekuasaan dari sesiapa pun yang Allah kehendaki. Allah muliakan siapa pun yang Allah kehendaki dan Allah hinakan siapa yang Allah kehendaki. Ditangan Allahlah segala kebajikan. Sesungguh, Allah Mahakuasa atas segalanya sesuatu“.
Membaca ayat ini menjadikan aku lebih suka bersederhana dalam hidup. Berpolitik tidak salah tetapi batasan Islam jangan dilupakan. Akhirnya penentuan Qada dan Qadar adalah daripada Allah SWT dan kita wajib beriman padanya jangan yang dikejar tak dapat yang dijinjing perceceran. Musuh-musuh Islam menunggu sahaja keruntuhan sebuah lagi negara Islam.
24 Comments
saya suka pendapat yang punya blog. kita perlu balik kepada ajaran islam supaya apa yang kita luahkan tidak menyinggung sesama kita.
Lebih baik bersikap neutral, tetapi kdg2 bila isu sensetif dimainkan mmg mengelegak jugak darah ni utk komen ttg politik.
aku stuju dgn kau denaihati dan Mohd Rohaizad,, susah bia nak seimbangkan balik pengikut2 yg ekstrim nih…
Hantar mesej anda kepada YB ADUN Ahli Parlimen seluruh Malaysia di mesej2yb.sijimall.com
Hantar mesej anda kepada YB ADUN Ahli Parlimen seluruh Malaysia
Melalui web ni jer pun dah boleh hantar message kepada YB?
Curahan rasa Steward John @ ..Contest- Few days left to win Acer Aspire One
medium meraih undian yang banyak.
takut golongan muda tertipu pula.
Curahan rasa Ali ridha @ ..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
Maksud Ali tu macam mana pulak ni? tak faham sangat.
Apapun baik masuk parti BEBAS..puas hati…
aku ingat nak buat parti baru lah…ha ha ha
Wa.. kalau buat parti sendiri, boleh juga sokong2 kalau ada cawangan dekat sini.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Stompin Sabah 2010 was truly a blast
Haha.. malas nak fikir, bagus duduk diam2 jer dekat rumah
alamak! blog politik pun hangat skrg? sy x minat sgt politik selalunya ambik jalan tengah jer… hee
Curahan rasa NICK IRFAN @ ..NICK DAN HANTU-HANTU 1 MALAM DI HOSPITAL siri 10episod 94
Yer la.. kita duduk jer la tengok dorang ni berpolitik.
Mencuba untuk jenguk Blog Politik itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HIDUP SEORANG BLOGGER sebagai Pe eR Te
Apa lagi Bang Iwan.. segera menyusur melawat blog tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Stompin Sabah 2010 was truly a blast
setakat ini blog politik yang aku selalu pergi biasanya :
rockybru.com
beritasemasa.com
susanloone.com
jeffoii.com
ok daripada baca blog gosip yang takde pekdah tu
Terima Kasih atas link tu.. boleh la jenguk2 sikit..
Curahan rasa Steward John @ ..Webhosting Promotion- Get free Domain
yup…bersedrhanalah dr segala aspek…itu membuatkan hidup kita lg terjamin
.-= farahaznil´s last blog ..Alexa Ranking 3- Pergh…Turun ! =-.
Saya suka komen Farah tu.. dalam segala hal pun kita kena la bersederhana kan.
Yang baik jadi ikutan.. yang buruk jadikan panduan…
@yunusasri, buang yg keruh ambil yg jernih..hahaha..main peribahasa sudeh
.-= farahaznil´s last blog ..Alexa Ranking 3- Pergh…Turun ! =-.
Ni memang orang sastera ni sampai main peribahasa pulak.
Curahan rasa Steward John @ ..KPLI Semakan Panggilan Temuduga KPLI 2011
Setuju sangat tu.. Yang keruh tu kita buang.. yang jernih tu kita ambil.
Curahan rasa Steward John @ ..Stompin Sabah 2010 was truly a blast
Comments are closed.