Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, politik Selangor yang tenang setelah menyapu bersih pada PRU13 tidak bertahan lama. Kini politiknya bergolak apabila parti politik yang didokong oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sekarang bersungguh-sungguh ingin mengantikan beliau. Kesungguhannya pemimpin parti Keadilan untuk menukar Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia tetapi sudah bermula sejak Pakatan Rakyat menang besar pada PRU13 sehingga Azmin Ali merajuk apabila tidak terpilih.
Berita terkini krisis MB Selangor
9/8/2014 : Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyingkirkan Khalid dari parti berkuat kuasa serta merta.
10/8.2014 : PAS tetap dengan pendirian menyokong Khalid Ibrahim.
11/8/2014 : Sultan Selangor memperkenankan TSKI terus mentadbir Selangor.
11/8/2014 : BN Selangor menyokong Khalid tanpa syarat.
Sebagai rakyat biasa yang beristerikan orang Selangor aku sentiasa mengikuti perkembangan semasa pergolakan kedudukan Menteri Besar Selangor. Betullah kata bijak pandai kekadang kita tewas bukan kerana lawan lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Aku bukanlah peminat setia Menteri Besar Selangor tetapi aku telah mengikut cerita kehebatan beliau dari peristiwa serangan waktu suboh 1981 apabila Malaysia berjaya mengambil alih syarikat Guthrie di Bursa London hasil kecekapan Khalid Ibrahim yang ketika itu menerajui PNB. Walaubagaimanapun beliau akhirnya tersingkir dari Guthrie setelah tidak bersetuju dengan keputusan penggabungan tiga syarikat perladangan milik PNB iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi satu entiti iaitu Sime Darby.
Khalid Ibrahim seorang pakar dalam dunia ekonomi gagal untuk meletakan diri dalam kepimpinan UMNO setelah tewas disemua cubaan pemilihan Cawangan dan Bahagian UMNO yang kemudian beralih angin kepada Parti Keadilan untuk meneruskan cita-cita politik. Rezeki beliau apabila Pakatan Rakyat tanpa diduga menang PRU12 dan Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Besar. Kejujuran dan kecekapan pengurusan tanpa mengira kepentingan politik telah menyebabkan beliau sangat tidak popular di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim tidak mahu berhutang dengan syarikat politik kerana balasannya sudah pasti perlu menyerahkan projek besar Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak tersebut.
Polisi tersebut telah menjerat kerjaya politik apabila bos besar Anwar Ibrahim memulakan “Langkah Kajang” satu gerakan mengulingkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan DS Wan Azizah. Selama ini tiada siapa dari Parti Keadilan yang berjaya melawan Anwar Ibrahim sehingga berpuluh-puluh pemimpin keluar parti. Bagaimana pulak nasib Khalid Ibrahim walaupun dengan jelas mendapat sokongan Tuan Guru Hadi Awang. Mungkinkah pergolakan ini akan juga memberi tempias kepada PAS dengan menyerlahkan pemimpin yang selama ini dikatakan penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi diletak dengan penuh strategi di dalam PAS sehingga ada memimpin PAS tanpa segan silu menentang Presiden kerana menyokong pendirian Anwar Ibrahim. Ada yang kata pengulingan Khalid Ibrahim bermakna berakhirnya perjuangan reformasi Malaysia.
Secara teorinya sangat sukar untuk Khalid Ibrahim bertahan kerana sekutu Parti Keadilan, DAP juga tidak menyokong pemerintahan Khalid Ibrahim kerana tidak mendapat banyak manafaat selain lebih banyak rumah urut dibuka di negeri Selangor. Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah nafsu politik Anwar Ibrahim yang akan berjaya menumbangkan kepimpinan profesional Khalid Ibrahim walaupun mengikut survey Astroawani lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid Kekal. Dalam politik berbagai kejutan boleh berlaku kerana mengikut portan berita Asamboi.my UMNO menyokong “Langkah Khalid” jadi kita tunggu dan lihat.
Siapa pun bakal Menteri Besar Selangor adalah pilihan ALLAH untuk asbab tertentu yang hanya ALLAH sahaja yang tahu.
286 Comments
Semoga ada kesudahan yang baik di selangor.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Menang Contest SEO Dari Akma Omar
amin… kalau boleh, sila kekalkan mb sekarang.. die hebat.. die layakk
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Bagi saya, beliau di antara pemimpin yang hebat…
Curahan rasa nurul huda @ ..Kalau Penyanyi Rap AS Menentang Kekejaman Israel, Kita Bagaimana?
tugans bukan mudah nak pikul tannggungjawab yang satu ini.
Curahan rasa suri @ ..Buka Kedai Sendiri Pakej Lengkap Resepi Donat Dan Cakoi Hairul
Betul tu. Bukan mudah nak jadi pemimpin yang baik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Panduan Peperiksaan MUET 2014
baru pemimpin negeri kan, kalau pemimpin negara mesti lagi mencabar..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
betul, kondem memang mudah, buat belum tentu mampu, besar tanggungjawabnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
besar amanah yang kene pikul… rakyat tu kena jaga elok, tambah pulak negeri
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
semoga dapat diselesaikan dengan baik.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Tips Beraya Tapi Kekal Slim, Kolestrol Terkawal
Harapnya macam tu lah kan. Semuanya berjalan dengan baik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jimat Elektrik Sempana Musim Raya
amin… harap tak da laa masalah masalah kecil.. terutama yg besar tu haa
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sedar atau tidak..
Ramai orang akan menyesal di akhirat kelak kerana salah memilih pemimpin.
Lebih baik banyak tindakan dari pada banyak bercakap
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Cara Kuruskan Badan | 5 Tips Kurus Cepat Terbukti Berkesan
itu pasti kita redha kalau itu pilihan yang banyak walaupun pilihan kita lain bukan itu.
Curahan rasa suri @ ..Doa Mustajab Dan Cara Mudah Membuang Tabiat Anak-Anak
kena la terima sebab benda macma ni bukan senang nak tukar..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Betul tu. banyak tidakan itu yang terbaik.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Menang Contest SEO Dari Akma Omar
Hmm satu peringatan yang bagus ni. Nak jadi pemimpin perlu ingat perkara ni … bukan mudah, kena pikul tanggungjawab besar tu.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Antara Sebab Aku Benci Politik Malaysia
jadi pemimpin bukan mudah woo, kita yang rakyat biasa ni pun gagal nak pimpin pekerja.. hohoh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
tu la..tapi kadang2 kita tak tao yg kita pilih tu salah..unless lepas dh pilih baru sedar..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
kat dunia pun dah bleh menyesal, ape tah lagi kat sana.. kan
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
dalam vote tu ‘bukan yang di atas’ tu agak2nya sapa yang sesuai ek
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
gua nak khalid stay dulu, tak dapat lagi gua tengok mana yang layak… ramai yang HANYA layak
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Sebenarnya agak kagum dengan peristiwa Serangan Waktu Suboh 1981 tuh..bagaimana syarikat2 besar akhirnya tewas kepada kebijakan orang Malaysia..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pray for Gaza ku iringi Doa untuk mu
tak pasti, peristiwa Serangan Waktu Suboh 1981 ni pasal apa..kena google lebih ni..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
hahaha.. sama la kita dua.. memang aku tak tahu langsung pasal peristiwa nih
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Pasal Guthrie jadi milik Bumiputera kan??
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Rahsia Teknik Menang Contest SEO Duit Raya Casa Ombak
err… gua fail tang sejarah nih.. kena google lu laa jawabnya..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Tengok track record dia, kita dah tahu jawapannya. Masalahnya bila rakyat suka dia tetapi parti sendiri yang tak suka dia, sebab dia mendahulukan kepentingan rakyat berbanding partinya sendiri.
Betul tu bro. Banyak bukti kehebatan dan kemampuan Khalid Ibrahim.. Penulis pun ada sentuh pasal Guthrie kat atas tu. Nampak kematangan beliau dalam menangani masalah sebegitu dengan jayanya.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
Jangan disembelih angsa emas.
Selalunya bila dah terjadi dan teralnjur baru kita nak belajar bersyukur.
Renungkanlah bersama
Orang yang pandai berkata kata belum tentu pandai bekerja
Curahan rasa Solehah @ ..Tudung Bawal Ombre Keluaran Julai 2014
kalau nk kena dahulukan parti, takguna wat sistem demokrasi kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
betol… die amik kisah pasal rakyat tapi parti yang die duk, kesian.. huu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Semoga Khalid Ibrahim terus cekal untuk mempertahankan haknya..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
kita tengok apa plan DSAI seterusnya lepas ni..
terus kekal jadi MB lagi bagus… khalid ni bijak, parti sendiri je cam… hmmmm
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Saya rasa, ramai yang suka cara dia..termasuklah saya..walaupun bukan rakyat Selangor..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 33 Dari Jobdirumah
Tu la pasal… Suka cara dia. dari cara beliau memimpin, nampak keikhlasan beliau membangunkan negeri selangor
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
terlalu ramai yang nak dia ni terus jadi MB hingga laa ada yang lebih layak jadi MB nnti.. yang penting, bkn pmpuan…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
ikutkan logik, takde sebab kenapa MB Khalid patut letak jawatan kan..rakyat pun suka dia,
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Tengok sokongan rakyat selangor tu bro.. 60 percent berada dibelakang beliau supaya terus memimpin selangor….
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
kebanyakan rakyat mmg nak khalid terus jadi MB selangor tapi tulahhh.. parti dia..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Kalau ikut carta undian TS Khalid menjadi pilihan lebih 60% pengundi..tapi tak mustahil tangan2 ghaib boleh mengubah keputusan itu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
betul tu..DSAI sanggup buat apa saja untuk nafsu dia katanya hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
aku taknak menuduh mana2 pihak, kang fitnah lak jadinya.. cuma bagi orang2 tertentu, toksah laa jadi bahlol..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Itulah yang dirisaukan bro… Harap Khalid Ibrahim bijak mengani serta berjaya menepis segala cobaan untuk menjatuhkan beliau.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
toyol mengundi mampu ubah kepada benda yg tak diingini berlaku.. huhuhu
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Percaturan politik yg cukup licik di selangor.
Apakah Khalid Ibrahim akan akur dan kariernya berakhir dgn bermaruah?
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 | Exam Online W27
Khalid Ibrahim harus bertahan, Saya pasti ramai yang menyokong perjuangan beliau…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Setakat ini ramai yg menyokong perjuangan beliau..tapi ada juga yg bagai cacing kepanasan gilakan jawatan MB tuh utk terus berkuasa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Mungkin langkah awal mereka untuk mentadbir Malaysia bermula dengan menguasai Selangor…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
bukan bertahan je, kena jugak ada yang sudi bantu… mana la thau kann
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
jangan sebab permainan politik, rakyat selangor terabai lak hmm
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Tu la pasal. pergolakan daripada pihak atasan yang akan jadi mangsanya ialah rakyat itu sndiri…
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
kalau yang gilakan pangkat, mmg naya la rakyat tapi kalo yang bagus dalam memimpin. fuhh
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
pening gk dengan permainan politik..rugi nnt PKR kalau mb khalid keluar parti akibat merajuk hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
aku yakin rmai yang sokong dia.. tapi tulah, kalau ada guna cara kotor.. hampeh gak rasanya
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Saya memang tak setuju kalau orang perempuan mengetuai pentadbiran negeri. tetapi sesiapapun yang memegang jawatan haruslah bersikap adil dan saksama.
Curahan rasa Hati Putera @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam
Betul tu. Tapi bukan takat adil dan saksama, kena jujur dan ikhlas dalam mentadbir dan membela nasib rakyat.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
Nama pun wakil rakyat..kalau tak membela nasib rakyat bukan wakil rakyat namanya..tapi perebutan jawatan MB di selangor nih kadang2 nampak macam hanya nak rebut kuasa semata2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Ada agenda tersembunyi yang kita tidak tahu bro.. Kalau semata-mata untuk kepentingan peribadi sebaiknya lupakanlah…. 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
betol tu.. bukan senang2 macam tu jaa.. harap semuanya baik2 ja..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
pendek kata, biar ada ciri-ciri pemimpin yang betull..jangan sekadar boneka
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk kepentingan peribadi semata itu pun perlu diambil kira.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
betul tu..rakyat perlu didahulukan sebelum parti sepatutnya kan
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
tapi kalau dah ada yang ideologi gilakan nama ngan pangkat, yang naya nya rakyat..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
dan jugak jangan hanya sekadar dpn mata ja, tapi belakang kira lain.. parah woo
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
wakil rakyat.. banyak benda kena pegang.. kena ingat, jadi pemimpin dah letak sebelah kaki kita ke nereka..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Rasanya memang lebih molek tugas memimpin negeri ini tidak diserahkan kepada perempuan..apa dah tak der lagi calon lelaki yg layak di Selangor? Jika begituh tersangat ler memalukan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Tak yah cari calon lain… kekal kan je Khalid Ibrahim… Dah terbukti beliau telah membawa perubahan baik kepada ekonomi selangor kenapa nak tukar plak…. hmmm
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
dalam memimpin, laki la lagi elok tapi kalau dah ramai laki yang HANYA layak, cari pompuan yang betol2 layak walaupun aku tak setuju pompuan memimpin
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
tak salah pun kalau wanita jadi MB, tapi yang salahnya, keputusan apa2 bukan wanita tu yang buat takutnya..
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Itulah seperti yang saya selalu tegaskan… Dikhuatiri ada agenda tersembunyi pihak tertentu yang kelak rakyat juga yang menjadi mangsanya.
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
Apa pun tetap tak setuju wanita jadi imam (ketua)..cukup lah wanita jadi orang disebalik tabir kejayaan seorang lelaki..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pray for Gaza ku iringi Doa untuk mu
yg ni terbalik la nanti, di sebalik kejayaan pemimpin pompuan, ada lelaki di belakangnya..hehe
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
tu la pasal… kalo pompuan tu komited, lain citer tapi kalau boleh, cari ja laki…
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
pompuan lembut.. kang kena hentam sikit, terus majok, hehe.. tapi aku mmg taknak pompuan yang pegang pangkat tinggi macam nih..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Gua tak leh terima mb selangor orang pempuan.
Kalau nak tukar gak..sila cari orang lelaki dan pastikan rekodnya lagi bersih dari khalid ibrahim dan pandai urus pentadbiran. Bukan dok kaki politik dan pandai bercakap aje.
Perempuan is the great helper. Not as great leader.
Curahan rasa titan @ ..Hari Raya tahun ini memang Best.
Setakat ini tiada lagi menteri besar Selangor yang saya ble respect mentadbir Selangor lebih daripada Khalid Ibrahim. Tengok menteri2 sebelum ini? apa jadi dengan Selangor? Mungkin saya bukan orang yang layak untuk bercakap pasal politik di Selangor tapi apa yang saya lihat Khalid Ibrahim adalah seorang pemimpin yang amanah dalam menjalankan tugas..
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Fotografi: Tips terbaik tangkap gambar hari raya.
siapa pun berhak kuarkan komen masing2 dan haruslah hormat kan.. hehe..
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Setuju dengan pandangan bro titan..apa dah tak der calon lelaki lagi kah yg layak di Selangor? Politik politik juga..tapi jangan kerana kejarkan kuasa sampai tujuan membela nasib rakyat selangor terabai..
Curahan rasa UpProfits @ ..Pakej Rujukan Exam Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
Itulah sebenarnya matlamat utama menjadi MB. Membela nasib rakyat.. Kalau nasib rakyat tak dapat dibela, serahkan saja pada yang berkemampuan. yang baik dah terbukti nak tukar buat apa?
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
aku suka term ‘Perempuan is the great helper. Not as great leader.”betul gak tu
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
Itulah sebenarnya matlamat utama menjadi MB. Membela nasib rakyat.. Kalau nasib rakyat tak dapat dibela, serahkan saja pada yang berkemampuan. yang baik dah terbukti nak tukar buat apa?
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Jawapan kenapa saya selfie?
itu yang ramai tak faham..dah elok2 nak disuruhnya turun
Curahan rasa JMR @ ..Mimik muka nakal
kalau tengok skrg, ada je yang boleh ganti tapi ramai yang nak ganti khalid ni, suam suam kuku ja.. adoiii
Curahan rasa farzli @ ..Aku gagahkan juga untuk menulis blog
Comments are closed.