Keputusan PRK DUN Kajang apa faedah pada rakyat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tamat juga akhirnya PRK DUN N25 Kajang yang tidak sepatutnya ada. Itulah kuasa demokrasi yang boleh digunakan oleh pemimpin politik untuk menaikan rating di mata dunia apabila populariti semakin menurun. Tahniah kepada Datuk Seri Wan Azizah yang telah berjaya menjadi YB baru untuk kawasan Kajang mengantikan bekas YB Lee Chin Cheh menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun. Sekarang masa menepati janji yang sudah dimeterai.

[box type=”shadow”]Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang

Datuk Seri Wan Azizah (PKR) – 16,741

Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) – 11,362

Majoriti – 5,379sumber  [/box]

keputusan rasmi PRK DUN Kajang

Bagi aku ada banyak sebab tidak sepatutnya ada pilihan raya kecil dun Kajang melainkan pemimpin politik menggunakan penyokong setia untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan nasional.

1. YB Lee Chin Cheh masih sihat walafiat dan tidak ada pulak kes dengan perempuan simpanan sehingga terpaksa perlu berhenti jadi YB.

2. Prestasi Menteri Besar Selangor sangat cemerlang dengan statistik ekonomi Selangor yang sangat bagus dan berani bertindak kepada pihak yang menggunakan kalimah ALLAH di tempat yang tidak dibenarkan jadi kenapa perlu diganti. Yang paling penting kehebatan MB Khalid Ibrahim berjaya membawa Pakatan Rakyat menyapu hampir semua kerusi DUN Selangor pada PRU ke 13.

3. DUN Kajang adalah kawasan selamat Pakatan Rakyat yang tidak perlu diganti YB nya yang sudah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi PRU 13 dengan majoriti yang banyak iaitu 6,824. Bukankah seandainya PR menang dengan majoriti yang berkurangan akan memberi gambaran negatif kepada PKR.

keputusan rasmi PRK DUN Kajang

Mungkinkah tujuan DS Anwar Ibrahim ingin menjadi calon DUN Kajang ada udang sebalik mee yang sebenarnya bukan bertujuan untuk mengantikan Menteri Besar Khalid Ibrahim. Kalau betul Anwar nak ganti Khalid Ibrahim kenapa tidak dia bertanding di DUN N46 Pelabuhan Klang yang merupakan kawasan Khalid Ibrahim. Mungkinkah PRK DUN Kajang sengaja dicipta kerana Anwar sudah nampak pada tarikh tersebut sebutan rayuan kes Anwar – Saiful. Beliau mungkin sudah menjangka keputusan selepas gagal mengeluarkan Peguam Shafee Abdullah dari pasukan pendawa raya. Kalau betul itu sebabnya memang menjadi strategi tersebut apabila rasa simpati pengundi meningkat kepada Dr Wan Azizah yang mengantikan Anwar Ibrahim setelah keputusan rayuan kes Anwar tidak memihak kepadanya.

keputusan rasmi PRK DUN Kajang

Kesan dari PRK DUN Kajang lebih banyak buruk daripada baiknya. Jurang antara orang Melayu semakin jauh dan jauh apabila kedua-dua pihak saling menuduh dan mengutuk tanpa ada batasnya. Kekadang bila baca komen-komen fanatik politik terfikir aku adakah mereka tak takut dengan ALLAH. Dalam suasana negara sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 yang masih tiada berita terkini tetapi tanpa malu dan segan fanatik politik menggunakan tragedi ini sebagai umpan politik. Di mana letak hati mereka tetapi itulah politik memang tiada hati dan perasaan. Sekarang siapa yang nak tanggung dosa kutuk mengutuk hina mengina yang berlaku ketika PRK DUN Kajang? Apa sebenarnya faedah PRK DUN Kajang kepada rakyat selain terus berpecah.

[box type=”shadow”]Kongsikan doa anda kepada MH370 berulang-ulang kali pun tak pe semuga ALLAH melihat doa kita @ Denaihati.com/mh370 (sedikit sumbangan dari kami Blogger Malaysia). [/box]

Orang ketiga memang menunggu sahaja kehancuran Malaysia dengan mengeluarkan berbagai dakwaan dan tuduhan sehingga kebanyakan dakwaan dan tuduhan sudah meresap dalam hati rakyat. Perpecahan sudah tidak boleh diperbaiki lagi cuma menunggu satu jarum halus untuk dijujuk dalam memecahkan dan menghancurkan kebahagian yang sudah lama kita nikmati di Malaysia. Lihat sahaja seluruh dunia adakah dunai semakin aman dan Malaysia pasti tidak akan terlepas melainkan kita semua bersatu.


Spread the love

47 Comments

    1. Pasti ada rancangan tersembunyi hanya mereka yg merancang sahaja yg tahu. Menang di kawasan yy sudah mereka menang kan pelik tu.

  1. agak terkejut juga… secara tiba-tiba ada pilihanraya kecil. Walaupun semoga yang terbaik buat semua yang terlibat dengan pilihanraya berkenaan. pengalaman baru atau lama tidak menjadi soal yang penting kerjasama dan silaturahim tetap berkekalan.
    Curahan rasa yangbaik @ ..Dia dah pandai buka sendiriMy Profile

  2. selaku pengundi di N25, saya merasakan ia tak lebih kepada taktikal dalaman PKR. Penggal-penggal sebelum ini tiada masalah besar. Secara amnya saya setuju dengan 3 point yang diutarakan dalam artikel ini. Kena faham maksud sebenar apa yang diutarakan dalam entry ini.
    Curahan rasa KiD @ ..Pilihanraya Kecil Kajang N25My Profile

    1. Bila memberi contoh nama seseorang bukan bermakna kita tak suka pada peribadi orang tersebut tetapi kurang senang dengan strategi politik yang digunakan kerana menyusahkan rakyat. Untuk entri ini sebenarnya ada maksud yang lebih besar daripada membenci tokoh tertentu hanya yang faham akan faham apa maksudnya. Tahniah kerana bro faham maksud yg lebih besar dalam entri ini.
      Curahan rasa denaihati @ ..Kesilapan ketika solat JumaatMy Profile

  3. saya ni suka jugak baca artikel denai hati ni tp terkejut pulak kenapa denai hati tiba2 bercakap pasal politik pulak. Macam marah sangat bunyinye pada pkr tapi pada masa sama mengakui kehebatan pkr teraju selangor. Memang masing-masing ada hak untuk bercakap tapi kalau cakap pada benda yg kita tidak pasti, baik kita diam jer. Denai hati selalu bercakap benda yg baik2 selalu dalam artikel sebelum2 ini, tetapi kali ni lain pulak, siap kata perempuan simpanan lagi. Sy ni pun bukan suka sgt kat anwar tu tapi kalau dah tak boleh buktikan kesalahan zina secara hukum islam, tak ada bukti la namanye. Kenapa dalam hal ni, denaihati tidak boleh fikir pulak. Maaf jika tersinggung.

    1. Jangan risau tak tersinggung dengan komen ini sebab semua orang ada hak dengan pandangan masing2 itu namanya demokrasi. Kena faham keseluruhan entri ini dengan hati yg terbuka baru boleh faham maksudnya.

    1. tak turun mengundi mungkin ada beberapa aspek. Malas, tak ambil kisah, ada hal atau balik kampung bercuti. Sampainya saya pada jam 9.30am di tempat pengundian, memang tak perlu beratur. Terus masuk, bagi IC, celup2, then pangkah.. setel.. hehehe.. Terkejut jugak sebab sebelum ni memang beratur panjang dekat sejam.
      Curahan rasa KiD @ ..Otterbox Preserver Series dan Symmetry SeriesMy Profile

  4. Politik untuk para politikus hanyalah untuk memenuhi kepentingan masing-masing. Baik BN mahupun PR, kedua-duanya sama sahaja. Mengeksploitasi rakyat demi mempertahankan agenda masing-masing. Akhirnya, rakyat juga yang rugi bila para pemimpin sibuk bertelagah sesama sendiri. Padahal hutang negara berbilion ni entah siapa pula yang bakal menjadi mangsa untuk melangsaikannya.

    Takkan pula kita wariskan hutang kepada anak cucu cicit kita sendiri?
    Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Televisyen dan Pengaruh KonsumerismeMy Profile

  5. Alasan semata-mata … Kalau BN menang camner lak… semua bende kira baiklah? Nampak sangat macai UMNO. Dah MB Khalid pun Pakatan, tak kira siapalah ahli Pakatan yang ambil alih. Yang macai bersungguh sangat nak penjarakan Anwar tu kenapa… Anwar bunuh orang ker? Sampai 3 tahun lak tuh bicara… sekarang nie MH370 apa citer? Dah jumpa ke belum… takkanlah DNA sekecil mikroskop ley jumpa, kapal terbang sebesar bangunan tak ley jumpa. Haish… blog macai.. alasan banyak. Kalah buat kalah lah.. semua orang dah sedar siapa UMNO-BN nie

    1. Bro ada alasan bro aku ada alasan aku jadi hak masing-masing nak luahkan pendapat. Aku tak marah dengan bro punya alasan jadi bro jangan marah dengan aku punya alasan .. kan Malaysia demokrasi masing-masing ada hak bersuara. Kalau kata semua orang dah sedar mesti PKR menang majoriti 100% tak gitu. Menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua. Ramai yg sayang MLAYSIA lebih dari politik.
      Curahan rasa denaihati @ ..Semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolahMy Profile

    2. Terserlah kemacaian ko hahahaha..

      Penyokong Umno x ngaku macai.

      MACAI = Mesti Angguk Cakap Anwar Ibrahim

      hahahaha angguk lagi

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!