Bersih 3.0 pulak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selepas Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 kini Bersih 3.0 macam versi aplikasi iOS pulak. Bersih 3.0 memberi ilham kepada aku untuk tiru konsep. Boleh lah tiru untuk Majlis Sepetang Blogger 1.0 dan akan datang Majlis Sepetang Blogger 2.0 yang akan ditaja P1, ada rezeki buat pulak Majlis Sepetang Blogger 3.0 dan 4.0. Macam ok tak idea ni?

Bersih 3.0

Nak komen Bersih 3.0 pun susah yang menyokong pasti akan bermati-matian menyokong tetapi adakah ianya mewakili majoriti Rakyat Malaysia. Polis dah benarkan untuk anjurkan Bersih 3.0 tapi bukan di Dataran Merdeka tapi penganjur nak buat juga kat Dataran Merdeka jadi dah boleh agak apa yang akan berlaku pada 28/4/2012 ni.

PDRM bagi je lah diaorang Duduk Bantah paling ramai pun 100ribu orang tu pun entah. Penganjur lagi suka kalau dihalang jadi keadan akan lebih kecoh dan ini akan jadi bahan untuk disebarkan di FB, Twitter dan Media Barat. Kalau Bersih 3.0 dibenarkan maka tak ada modal nak kecoh-kecoh satu dunia.

Pandangan peribadi akulah PAKATAN salah guna strategi yang akhirnya akan memakan diri sendiri. Memang ada Rakyat Malaysia yang sanggup buat apa untuk mengubah Kerajaan sekarang tetapi rasanyalah lebih ramai yang tak suka kecoh-kecoh dan provokasi yang melampau. Semakin banyak yang dituntut rakyat telah dilaksanakan oleh Kerajaan jadi modal PAKATAN semakin tandus melainkan menaikan kemarahan Rakyat dengan provokasi yang dilakukan satu demi satu.

Pilihan Raya Umum ke 13 dah tak lama lagi pasti Rakyat akan membuat penentuan tetapi yang pasti Malaysia sudah berbeza dan tidak akan sama seperti Malaysia yang dahulu. Islam dan Melayu akan terus berpecah sehingga suatu hari apabila kita terpaksa bersatu tetapi mungkinkah ketika itu sudah terlambat.

Gamber Bersih 3.0 jom klik Teratakarmo.com

Katanya Polis langgar pendemo Bersih. Ni video pelanggaran tersebut.

Tapi ada gambar analisa kejadian mengambarkan pendemo yang menyerang kereta Polis sehingga terbabas. Sumber.

Kejadian sebelum Kereta Polis melanggar pendemo

Video Perjuang Demokrasi .. Ya Ke? (Beza betul sifat dengan Perjuang Kemerdekaan dulu)

Original ke gambar ni – Sumber

Katanya kehadiran Bersih 3.0 seramai ini

Spread the love

444 Comments

  1. Bersih 3.0
    buatlah apa apa untuk sedarkan kerajaan yang sudah tidak lagi dipercayai. Hidup mangkin hari mangkin susah untuk rakyat umumnya, tapi kerajaan masih slogankan 2020 Negara Maju. Malunya di kaca mata dunia. Kita kian ketinggalan berbanding dengan negara2 ASEAN yang lain, apatah lagi nak jadi negara maju…

      1. Dalam dunia politik apapun bisa terjadi! Fenomena yang terjadi saat ini adalah fenomena dimana posisi seorang wakil ingin mengganti atau menghilangkan kata “wakil”. Tentu fenomena ini tidak terjadi pada semua lapisan tetapi kecenderungannya mengarah kesana.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Passing Grade SNMPTN 2012My Profile

            1. Aristoteles melihat politik sebagai kecenderungan alami dan tidak dapat dihindari manusia, misalnya ketika ia mencoba untuk menentukan posisinya dalam masyarakat, ketika ia berusaha meraih kesejahteraan pribadi, dan ketika ia berupaya memengaruhi orang lain agar menerima pandangannya.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Passing Grade SNMPTN 2012My Profile

            2. Kehidupan politik mencakup bermacam-macam kegiatan yang memengaruhi kebijakan dari pihak yang berwenang yang diterima oleh suatu masyarakat dan yang memengaruhi cara untuk melaksanakan kebijakan itu.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Passing Grade SNMPTN 2012My Profile

  2. Aktiviti yg paling memalukan sebagai rakyat Malaysia. Saya tak sokong langsung Bersih. Buat ketenteraman terganggu saja

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!