Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah tamat juga akhirnya PRK DUN N25 Kajang yang tidak sepatutnya ada. Itulah kuasa demokrasi yang boleh digunakan oleh pemimpin politik untuk menaikan rating di mata dunia apabila populariti semakin menurun. Tahniah kepada Datuk Seri Wan Azizah yang telah berjaya menjadi YB baru untuk kawasan Kajang mengantikan bekas YB Lee Chin Cheh menewaskan Datin Paduka Chew Mei Fun. Sekarang masa menepati janji yang sudah dimeterai.
[box type=”shadow”]Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang
Datuk Seri Wan Azizah (PKR) – 16,741
Datin Paduka Chew Mei Fun (BN) – 11,362
Majoriti – 5,379 – sumber [/box]
Bagi aku ada banyak sebab tidak sepatutnya ada pilihan raya kecil dun Kajang melainkan pemimpin politik menggunakan penyokong setia untuk kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan nasional.
1. YB Lee Chin Cheh masih sihat walafiat dan tidak ada pulak kes dengan perempuan simpanan sehingga terpaksa perlu berhenti jadi YB.
2. Prestasi Menteri Besar Selangor sangat cemerlang dengan statistik ekonomi Selangor yang sangat bagus dan berani bertindak kepada pihak yang menggunakan kalimah ALLAH di tempat yang tidak dibenarkan jadi kenapa perlu diganti. Yang paling penting kehebatan MB Khalid Ibrahim berjaya membawa Pakatan Rakyat menyapu hampir semua kerusi DUN Selangor pada PRU ke 13.
3. DUN Kajang adalah kawasan selamat Pakatan Rakyat yang tidak perlu diganti YB nya yang sudah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi PRU 13 dengan majoriti yang banyak iaitu 6,824. Bukankah seandainya PR menang dengan majoriti yang berkurangan akan memberi gambaran negatif kepada PKR.
Mungkinkah tujuan DS Anwar Ibrahim ingin menjadi calon DUN Kajang ada udang sebalik mee yang sebenarnya bukan bertujuan untuk mengantikan Menteri Besar Khalid Ibrahim. Kalau betul Anwar nak ganti Khalid Ibrahim kenapa tidak dia bertanding di DUN N46 Pelabuhan Klang yang merupakan kawasan Khalid Ibrahim. Mungkinkah PRK DUN Kajang sengaja dicipta kerana Anwar sudah nampak pada tarikh tersebut sebutan rayuan kes Anwar – Saiful. Beliau mungkin sudah menjangka keputusan selepas gagal mengeluarkan Peguam Shafee Abdullah dari pasukan pendawa raya. Kalau betul itu sebabnya memang menjadi strategi tersebut apabila rasa simpati pengundi meningkat kepada Dr Wan Azizah yang mengantikan Anwar Ibrahim setelah keputusan rayuan kes Anwar tidak memihak kepadanya.
Kesan dari PRK DUN Kajang lebih banyak buruk daripada baiknya. Jurang antara orang Melayu semakin jauh dan jauh apabila kedua-dua pihak saling menuduh dan mengutuk tanpa ada batasnya. Kekadang bila baca komen-komen fanatik politik terfikir aku adakah mereka tak takut dengan ALLAH. Dalam suasana negara sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 yang masih tiada berita terkini tetapi tanpa malu dan segan fanatik politik menggunakan tragedi ini sebagai umpan politik. Di mana letak hati mereka tetapi itulah politik memang tiada hati dan perasaan. Sekarang siapa yang nak tanggung dosa kutuk mengutuk hina mengina yang berlaku ketika PRK DUN Kajang? Apa sebenarnya faedah PRK DUN Kajang kepada rakyat selain terus berpecah.
[box type=”shadow”]Kongsikan doa anda kepada MH370 berulang-ulang kali pun tak pe semuga ALLAH melihat doa kita @ Denaihati.com/mh370 (sedikit sumbangan dari kami Blogger Malaysia). [/box]
Orang ketiga memang menunggu sahaja kehancuran Malaysia dengan mengeluarkan berbagai dakwaan dan tuduhan sehingga kebanyakan dakwaan dan tuduhan sudah meresap dalam hati rakyat. Perpecahan sudah tidak boleh diperbaiki lagi cuma menunggu satu jarum halus untuk dijujuk dalam memecahkan dan menghancurkan kebahagian yang sudah lama kita nikmati di Malaysia. Lihat sahaja seluruh dunia adakah dunai semakin aman dan Malaysia pasti tidak akan terlepas melainkan kita semua bersatu.
47 Comments
Saya tak tertarik langsung tentang isu politik ini. Apapun, tahniah pada yang menang tu. 😉
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
semoga rakyat Malaysia lebih matang dalam berpolitik demi kesejahteraan Malaysia dan kestabilan ekonomi.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Tak begitu ambil tahu dengan keadaan politik di malaysia. Kadang-kadang rasa muak sebab ade certain-certain individu/ahli politik yang cuba mengambil kesempatan.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
dah hampir 3 bulan PRK Kajang berlalu..harap YB yang menang dah mula lakukan sesuatu pembaharuan..
Curahan rasa JMR @ ..KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
Sayang, penduduk Kajang tak pilih calon BN dan undi mengikut sentimen dan parti. Macam mana hendak majukan negara kalau pilihanraya yang merugikan seperti ini pun tidak di protes. PR ada banyak kerusi di Selangor dan tidak terjejas jika hilang satu. Jadi pengundi kalau pun suka PR sekalipun patut gunakan PRK ini untuk berikan mesej kami tidak suka dipolitikan dan kami tidak suka pembaziran.
Curahan rasa Ismail N @ ..Mengapa Guna Thesis?
Salam.
Usai PRU lepas saya tawar hati untuk mengikuti perkembangan politik di Malaysia secara detail. Hanya mengambil tahu sepintas lalu sahaja.
PRK di Kajang baru-baru ini memperlihatkan ‘kematangan’ pencatur-pencatur politik di Malaysia dalam menggunakan ‘loophole’ dalam sistem demokrasi yang kita gunapakai sekarang. Natijahnya, rakyat juga yang tetap merasa tempiasnya. Huhu
Okay majoriti 5,379. Kira banyak juga tu.
Curahan rasa profhariz @ ..Kecewa dengan TIME Fibre dan UniFi
Kalau sentuh bab politik benda nie la yg saya takutkan… Kekadang sampai hilang rasa hormat penyokong2 fanatik disebabkan benda nie je… kita bertelagah sesama kita orang lain bertepuk tangan… 🙁
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Anda bukan gagal, cuma kejayaan tertangguh
isu politik emang merugikan kedua belah pihak !!!!
Curahan rasa intan pratiwi @ ..Radang Paru-paru
Boleh tengok apa yang akan jadi lepas PKR menang. Berjaya “orang yang ciptakan” politik untuk memecah belahkan umat.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Belajar Buat Cupcake Di Rumah
Awal2 lagi saya mmg tak setuju dgn prk kajang…tp apa boleh buat..undang2 demokrasi ttp perlu SPR laksanakan.
Tahniah pd yg menang.
Curahan rasa hafizmd @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41
dah agak dah siapa leh menang.
Tahniah pada yang menang ye!
Curahan rasa titan @ ..Download Contoh Soalan dan Pakej Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
Sebut sahaja kehancuran Malaysia, alahai. Moga dijauhkan. Terlalu banyak selok belok isu politik sekarang, muak dibuatnya. Plus, boleh menimbulkan pelbagai fitnah. Nauzubillah.
Curahan rasa cik lisa @ ..3 Cara Mudah Elakkan Perut Buncit
Kenapa mesti ganti MB sekarang? betul ke isu tue?
Curahan rasa fazrol @ ..Arsenal di rogol Chelsea!
saya lebih tertarik untuk mengetahui kisah mh370 berbanding isu politik sekarang ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Percutian Di Negeri Bawah Bayu (4)
Betul tu.. Hampir bosan dengan permainan politik masing2..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ujian Kehamilan Di Rumah
Comments are closed.