Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam kakak habis periksa PMR sedar-sedar keputusan PMR 2013 dan nak diumumkan. Mengikut kenyataan dari Kementerian Pelajaran Malaysia keputusan PMR 2013 akan diumumkan pada 19/12/2013 dan pelajar boleh mula mengambil keputusan selepas jam 10 am.
Memanglah mendebarkan bila ada anak yang menunggu keputusan PMR tapi bukanlah yang bertama. Alhamdulillah PMR 2011 abang dapat 6A 3B walapun cikgu target abang dapat lebih bagus. Manusia merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah pasti yang terbaik. Keputusan abang yang baik pasti mencari cabaran kepada kakak itu yang sanggup tinggalkan rumah masuk asrama di Simpang Renggam, Johor. Semuga pengorbanan dan usaha kakak dipandang Allah dengan mendapat keputusan yang lebih baik daripada abang.
Kami sekeluarga berada jauh beribu kilometer diperantauan menjejaki sejarah para Nabi terdahulu ketika keputusan PMR 2013 diumumkan. Hanya ada dua cara untuk kamu menyemak keputusan PMR kakak iaitu secara online dan sms.
1. Semak keputusan PMR secara SMS
[box type=”shadow”]
Taipkan
PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888
Contoh
PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888
Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, 19 Dis ini hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013
[/box]
2. Semak keputusan PMR secara Online
- Lawat website : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.
- Masukan nombor kad pengenalan atau no Sijil Surat Beranak pelajar.
Kami sekeluarga akan menerima keputusan PMR kakak dengan penuh redha kerana segala usaha telah dibuat dan kini hanya mampu bertawakal kepada Allah. Apa juga keputusan itulah yang terbaik untuk kakak. Kakak pun sudah menentukan arah tujuan melanjutkan pelajaran untuk tingkatan empat dan lima. Alhamdulillah temuduga sudah pun lulus ini bermakna 2014 bermula cabaran baru yang lebih mencabar.
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun PMR tidak cemerlang.
52 Comments
macam mana keputusan kakak..?? Apapun den doakan yang terbaik buat kakak…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Tempat Menarik di Terengganu
sekarang mudah untuk tahu keputusan./..moga kakak dapat keputusan yg terbaik
Curahan rasa ema @ ..Mereka perlukan bantuan
selamat ya untuk kelulusan kakak
Curahan rasa cara langsing sehat @ ..Agen Herbalife Bandung
Kakak dah lulus temuduga? Masuk kolej vokasional ke? Atau MRSM?
Curahan rasa anuar @ ..Pengalaman Berharga Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia
Alhamdulillah dah lulus untuk masuk Madrasah Tahfiz Akademi tahun depan…
Curahan rasa Denaihati @ ..Keputusan PMR 2013 kakak pada 19 Disember
Sekarang ni dah mudah nak semak keputusan PMR. . Dengan hanya SMS dah boleh tahu keputusan. . Semoga anak Tuan Denaihati berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. .
Semoga berjaya dgn cemerlang untuk semua pelajar yg mengambil peperiksaan PMR baru-bau ini. Tibalahlah masanya anda semua akan tahu keputusannya pagi ini 19 Disenber 2013. Semoga dapat result yg cemerlang. Insya Allah.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Semakan Keputusan Peperiksaan PMR Melalui ONLINE Dan SMS
hebatnya skrg, nak cek pmr pun melalui online..
Arhhh nevesnya, esok my lil bro pun nak amek resultnya, hope semuanya ok..
http://www.ibuzara-corner.blogspot.com/
Curahan rasa mila @ ..Omega 3 kepada ibu hamil
wahhh sekarang semua dah boleh online kan ^_^ terbaik
good luck untuk adik2 semua
Curahan rasa Aku Penghibur @ ..Adakah Sebab Ini Semakin Ramai Lelaki Di Malaysia Curang Dan Main Kayu Tiga ?
Usaha tangga kejayaan…apa pun tahniah saya ucapkan
Curahan rasa weschairs @ ..Garam diperbuat dari airmata
anak saudara gua ada 2,3 orang ambil PMR.
mesti nak pau gua nanti kalau result cemerlang. aduhhaii..
Curahan rasa titan @ ..Rabbit comel.
Semoga dengan usaha yang telah kakak lakukan, Allah memberikan kesuksesan pada hasil PMR.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia U23 vs Malaysia U23 – Semifinal SEA Games 2013
adik eiyra pun dpt result pmr esok. berdebar rasa. kakak dia ni 6A 2 B je dlu haha
Curahan rasa eyra @ ..Khasiat dan Kebaikan Alfalfa & Lecithin Shaklee
Semoga kakak berjaya dapat keputusan yang bagus.
Curahan rasa GreenLava @ ..How to Say Thanks to Social Media Fans
Semoga berjaya untuk kakak, A tak banyak tak pa, janji bagi depa kreatif dgn minatnya 🙂
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 (BR1M 3.0)
semoga keputusan PMR anak tuan cemerlang..
Curahan rasa kakiblog @ ..Jom Kenali SalamMedia.my
Comments are closed.