Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, saat yang ditunggu-tunggu oleh kakak semakin hampir. 2/10/13 – 9/10/13 tarikh keramat untuk kakak dan calon PMR 2013 yang telah ditunggu sekian lama dengan berbagai persiapan. Kakak terpaksa meninggalkan keluarga masuk asrama di Johor awal tahun 2013 demi untuk membuat persiapan rapi menghadapi PMR 2013. Cita-citanya satu untuk mendapat 9A untuk melayakan diri masuk ke sekolah asrama penuh aliran sains.
Amalan ibubapa ketika anak dalam dewan peperiksaan
Di saat-saat akhir PMR 2013 yang paling penting kakak mesti menjaga kesihatan dengan makan makanan berkhasiat, minum air yang cukup dan tidur yang cukup. Sentiasa pesan kepada kakak untuk tidur sebelum jam 12.00 am dan bangun awal untuk membuat ulangkaji. Sia-sia sahaja usaha selama setahun sekiranya pada hari peperiksaan kakak tidak sihat, sudah pasti tak boleh nak fokus kepada peperiksaan. Bagus juga makan Minda Aktif kerana dengan izin ALLAH in shaa Allah boleh membantu menghilangkan perasaan gemuruh, takut, panik, menambah konsentrasi, menguatkan daya fikir, menghilangkan keletihan dan kelesuan fizikal dan mental.
Klik untuk Minda Aktif menguatkan ingatan dan hafalan untuk calon PMR
Masa untuk membaca buku kurang sesuai yang terbaik fokus menjawab soalan ramalan PMR, soalan percubaan PMR dan soalan PMR tahun-tahun lepas untuk mengasah daya ingatan. Biasanya cikgu akan membuat ramalan soalan yang akan keluar berdasarkan trend jadi jangan abaikan ramalan tersebut.
Persiapan fizikal dan mental untuk kakak dan semua calon PMR 2013 sangat penting ditambah dengan doa dari ibubapa. Kalau atok dulu pasti akan puasa sunat untuk mengiringi anak-anak yang menduduki peperiksaan. Usaha telah dibuat selainnya berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Bagus juga solat sunat istikharah memohon semuga Allah gerakan hati untuk kita membaca bahagia-bahagian yang bakal keluar dalam peperiksaan PMR.
Paling bagus sekarang kena buat jadual ulang kaji mengikut jadual waktu peperiksaan PMR 2013. Berdasar pengalaman ulangkaji di saat akhir sangat membantu terutama kalau terbuat latihan atau terbaca tajuk yang keluar dalam soalan peperiksaan. Dengan jadual ulangkaji calon tidak akan cepat panik dan dapat mengulangkaji dengan bersistematik.
Semuga kakak dan semua calon PMR 2013 dapat menduduki peperiksaan PMR dengan tenang, sihat dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. Semuga kakak mendapat 9A+.
Jom kongsi tips peperiksaan dengan adik-adik calon PMR dan ibubapa calon PMR.
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Biasa
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 Calon Berkeperluan Khas (CBK)
51 Comments
Rindu zaman menduduki PMR beberapa tahun yang lalu. Pastinya kakak dapat keputusan yang cemerlang kan. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Roommate Korean Reality Show
sukses selalu kakak 🙂
Curahan rasa Kumpulan Resep Masakan @ ..Brownies Kentang
adik bongsu saya pun PMR skrg ni..
selamat maju jaya untuk anak denaihati..
Curahan rasa Norfanil @ ..Ninetology U9Z1+ Full Review. Berbaloi dengan harga?
sudah lama tidak berkunjung, tampilannya sudah berubah lagi..
Sekedar berkunjung bos… 😀
Masa saya dulu, PMR 8 subjek je .. so target 8A. Alhamdulillah, walaupun tak dapat 8A, sipi-sipi dah tu . InsyaAllah, kakak boleh. Yakin diri ! All the best untuk Kakak !
Curahan rasa Sujaihah @ ..[Testimoni]: Doktor Terkejut Barah Rahim Hilang !
Good luck & all d best for kakak…
Curahan rasa hani zaha @ ..Bermasker di Malam Minggu Dengan Vitamin C
Ada anak saudara yang PMR tahun ni.. sering beri dia kata semangat dan dorongan,..
Curahan rasa Irwan Alessa @ ..10 Entri Popular September 2013
Good Luck Kakak…
Curahan rasa eyriqazz @ ..Kenapa Anda Perlu Refinance Rumah
Semoga Kakak lulus cemerlang…ameen
tetiba teringat zaman PMR dulu2…oh!
Curahan rasa hafizmd @ ..Segmen – Saya Mahu Ditegur
Selamat berjaya! Berusaha,Berdoa,Bertawakkal!
Curahan rasa Mr.ReVMon @ ..[GEMPAR] SUSULAN KES KEMATIAN AKIBAT MAKANAN KENDURI
selamat menduduki PMR buat adik2 tersayang..berusahalah bersungguh2 untuk masa depan yang cerah.
my new entry –>http://bit.ly/sakitpinggangketikahamil
Comments are closed.