Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam kakak habis periksa PMR sedar-sedar keputusan PMR 2013 dan nak diumumkan. Mengikut kenyataan dari Kementerian Pelajaran Malaysia keputusan PMR 2013 akan diumumkan pada 19/12/2013 dan pelajar boleh mula mengambil keputusan selepas jam 10 am.
Memanglah mendebarkan bila ada anak yang menunggu keputusan PMR tapi bukanlah yang bertama. Alhamdulillah PMR 2011 abang dapat 6A 3B walapun cikgu target abang dapat lebih bagus. Manusia merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah pasti yang terbaik. Keputusan abang yang baik pasti mencari cabaran kepada kakak itu yang sanggup tinggalkan rumah masuk asrama di Simpang Renggam, Johor. Semuga pengorbanan dan usaha kakak dipandang Allah dengan mendapat keputusan yang lebih baik daripada abang.
Kami sekeluarga berada jauh beribu kilometer diperantauan menjejaki sejarah para Nabi terdahulu ketika keputusan PMR 2013 diumumkan. Hanya ada dua cara untuk kamu menyemak keputusan PMR kakak iaitu secara online dan sms.
1. Semak keputusan PMR secara SMS
[box type=”shadow”]
Taipkan
PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888
Contoh
PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888
Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, 19 Dis ini hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013
[/box]
2. Semak keputusan PMR secara Online
- Lawat website : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.
- Masukan nombor kad pengenalan atau no Sijil Surat Beranak pelajar.
Kami sekeluarga akan menerima keputusan PMR kakak dengan penuh redha kerana segala usaha telah dibuat dan kini hanya mampu bertawakal kepada Allah. Apa juga keputusan itulah yang terbaik untuk kakak. Kakak pun sudah menentukan arah tujuan melanjutkan pelajaran untuk tingkatan empat dan lima. Alhamdulillah temuduga sudah pun lulus ini bermakna 2014 bermula cabaran baru yang lebih mencabar.
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun PMR tidak cemerlang.
52 Comments
moga apa yang di idamkan tercapai
amin Ya Allah
Semoga kakak akan dapat keputusan yang cemerlang.. In Syaa Allah..
Semoga berjaya utk semua calon… terutamanya kakak…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ...myBuddies – Rakan Atas Talian Anda
InsyaAllah. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang
Curahan rasa Qashmere @ ..Macarons Chef Dato’ Fazley Yaakob Di Thumbs Cafe Ipoh
Semoga berjaya untuk Kakak
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #82
oh mesti berdebar-debar kakak dan keluarga sekarang nih…apapun PM doa yang terbaik buat keluarga tuan DH…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Wordless Wednesday – Fuuuhhh di Masjid Terapung , Kuala Terengganu
never give up kakak!
Selamat berjaya kakak. Apa-apa pun keputusan kakak, itulah yang terbaik 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..7 Langkah Menghalang Penyakit Jantung
yang penting, never give up..dan teruskan berlari untuk kehidupan yg seterusnya..
Curahan rasa JMR @ ..Hujung minggu DH
semoga berjaya…ini merupakan satu permulaan dalam kelas menengah, jangan kecewa sekiranya keputusan kurang baik……
Curahan rasa sukma @ ..WORDLESS WEDNESDAY # 51
semoga dapat banyak A ye..
Curahan rasa titan @ ..Jobdirumah Payment – Kali ke 87 dan 88
semoga yang menanti keputusan pmr pada tahun sabar menanti dengan apa jua keputusan yang bakal andan terima . kepada yang berjaya taniah di ucapkan , kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa .
Semoga kakak mendapat keputusan yang cemerlang
Curahan rasa hatiputera @ ..Pendaftaran BR1M 2014 Bermula 23 Disember 2013 – 31 Januari 2014
boleh nih semua A, dah boleh start survey mana nak smbg belajar nih
Curahan rasa encikarman @ ..Big Bad Wolf – sempat juga aku pegi
Esok hari pengumumannya, semoga mendapatkan yang terbaik untuk kakak aamiin
Curahan rasa Ferry @ ..Jadwal Pendaftaran SNMPTN Tahun 2014
Comments are closed.