Semak Keputusan PMR 2011 Abang Secara SMS

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hari yang mendebarkan bukan sahaja untuk Abang tetapi juga aku dan isteri. Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22/12/2011 setelah menunggu sekian lama. Calon PMR 2011 seluruh Negara boleh mengambil slip keputusan peperiksaan PMR 2011 di pejabat sekolah selepas jam 10.00am.

Mudir sekolah Abang sudah umumkan di hari akhir persekolahan 2011 yang slip keputusan peperiksaan PMR 2011 hanya boleh diambil pada 26/12/2011 serentak dengan mulanya sekolah untuk sessi 2012. Kami tahu Abang berharap sangat dapat keputusan yang baik supaya dia dapat berpindah ke SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Dengar cerita nak masuk SMKA Maahad Hamidiah ini mesti dapat PMR 8 – 9A. Kami sentiasa berdoa semuga cita-cita Abang tercapai.

Pasti tepat jam 10.00am, 22/12/2011 Abang akan semak keputusan PMR 2011 secara SMS. Sebelum ini Abang dah google cara semak keputusan PMR 2011. Abang kata Kementerian Pelajaran telah menyediakan perkhidmatan semak keputusan PMR 2011 melalui MySMS bermula jam 10.00am 22/12/2011 sehingga jam 12.00pm 28/12/2011. Mudahlah bagi Abang tak perlu nak tunggu 26/12/2011 untuk semak keputusan PMR2011.

Contoh Semak Keputusan PMR 2011 Secara SMS :

  • Taip PMR SEMAK [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : PMR SEMAK 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

Selama 3 tahun Abang berada di Madrasah yang terbaik dan semuga Abang mendapat keputusan yang terbaik. Kepada semua calon PMR 2011 apa juga keputusan yang diperolehi adalah ketentuan daripada ALLAH SWT yang pasti ada hikmahnya. Kepada yang berjaya tingkatan 4 bukan masa untuk honeymoon dan kepada yang kurang berjaya jangan putus asa kerana sudah banyak bukti mereka yang kurang cemerlang PMR boleh menjadi pelajar cemerlang SPM.

Ada kawan SMS katanya boleh semak keputusan PMR 2011 secara online @ Kementerian Pelajaran Malaysia


Spread the love

102 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!