Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, rasanya baru semalam kakak habis periksa PMR sedar-sedar keputusan PMR 2013 dan nak diumumkan. Mengikut kenyataan dari Kementerian Pelajaran Malaysia keputusan PMR 2013 akan diumumkan pada 19/12/2013 dan pelajar boleh mula mengambil keputusan selepas jam 10 am.
Memanglah mendebarkan bila ada anak yang menunggu keputusan PMR tapi bukanlah yang bertama. Alhamdulillah PMR 2011 abang dapat 6A 3B walapun cikgu target abang dapat lebih bagus. Manusia merancang, Allah pun merancang dan perancangan Allah pasti yang terbaik. Keputusan abang yang baik pasti mencari cabaran kepada kakak itu yang sanggup tinggalkan rumah masuk asrama di Simpang Renggam, Johor. Semuga pengorbanan dan usaha kakak dipandang Allah dengan mendapat keputusan yang lebih baik daripada abang.
Kami sekeluarga berada jauh beribu kilometer diperantauan menjejaki sejarah para Nabi terdahulu ketika keputusan PMR 2013 diumumkan. Hanya ada dua cara untuk kamu menyemak keputusan PMR kakak iaitu secara online dan sms.
1. Semak keputusan PMR secara SMS
[box type=”shadow”]
Taipkan
PMR (No MyKad) (Angka Giliran) dan sms ke 15888
Contoh
PMR 961021145879 BC001A040 sms ke 15888
Perkhidmatan MySMS akan diaktifkan jam 10 pagi, 19 Dis ini hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013
[/box]
2. Semak keputusan PMR secara Online
- Lawat website : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.
- Masukan nombor kad pengenalan atau no Sijil Surat Beranak pelajar.
Kami sekeluarga akan menerima keputusan PMR kakak dengan penuh redha kerana segala usaha telah dibuat dan kini hanya mampu bertawakal kepada Allah. Apa juga keputusan itulah yang terbaik untuk kakak. Kakak pun sudah menentukan arah tujuan melanjutkan pelajaran untuk tingkatan empat dan lima. Alhamdulillah temuduga sudah pun lulus ini bermakna 2014 bermula cabaran baru yang lebih mencabar.
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun PMR tidak cemerlang.
52 Comments
apa keputisan mpr hari ini?
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Apa keputusannya bro? Apa-apa pun tahniah sebab telah berjaya mengikuti cabaran PMR. Cabaran sebenar ialah bila dah habis belajar nanti. Ada banyak masa utk bersedia pada cabaran tersebut nanti.
Curahan rasa Ismail N @ ..A Few of the World’s Worst Financial Advice
Ibu bapa mana yg tak berdebar…
Curahan rasa hafiz @ ..Komisyen ke 13 dari Panduan Baju Kurung
tahniah yang telah berjaya. alhamdulilah
semoga Kakak dan Abang selalu mendapat hasil yang memuaskan dalam setiap peperiksaan
Curahan rasa munir ardi @ ..Share Instagram terbaik Dari Bumi Palestina (Negeri Para Rasul)
TAHNIAH kakak!
ambil aliran apa lepas ni ya?
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Salam Media sediakan platform pengiklanan mesra syariah
Emm semoga kakak mendapat result yang terbaik..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Pakej Internet Sim Kad ToneExcel
Tahniah kepada semua yang berjaya. Kepada mereka yang tidak berjaya..jangan mudah putus asa..sesungguhnya ianya baru bermula..anggap kegagalan ini sebagai langkah permulaan untuk berjaya dimasa akan datang..
Curahan rasa Mohd Yazed @ ..Tema Program
Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan yang tidak berjaya, jgn berputus asa, kejayaan anda dan kegagalan anda bukan di sini saja.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Keputusan Malaysia vs Indonesia Semi Final Bolasepak Sukan SEA Myanmar 2013
Taniah untuk anak -anak tuan, err nak tanya simpang rengam tu sekolah berasrama mana satu ya
Curahan rasa onlajer @ ..Pengempur Pun Hampir Pupus
Mcm pernah baca ja tajuk resul pmr kakak nie. Ehe, apapun tahniah! SPM ada lagi, itu yg penting. 🙂
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Asal Usul Santa Claus oleh Yahudi untuk Nasrani
dampak yang signifikan teknologi dapat dimaksimalkan dengan membuat website yang dapat diakses kapan saja, dan mempercepat pekerjaan kita dan tentunya sebagai tempat menyimpan data dan dapat dipergunakan jika diperlukan, dan salah satunya PMR yang dapat diakses online,,, mantab
Curahan rasa penowo @ ..Tips Blogging Tahun 2013
Dengan teknologi sekarang yang kian maju… banyak keputusan mengenai sesuai perkara/isu boleh disemak secara online atau sms… namun kalau bab amik keputusan peperiksaan better amik sendiri slip….ada thrill skit
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran Savaro Publika
Terbaiklah tuan DH! Apa jua keputusan, itulah perancangan Allah. Moga kakak anak tuan DH redha dan menerima apa jua keputusan dgn bangga.
Selamat mengembara tuan Dh dan team!
Curahan rasa hafizmd @ ..Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan
Tahniah pada yang berjaya dapat straight A dan tahniah juga pada yang tidak dapat. Kejayaan bukan pada sijil semata-mata 🙂
Curahan rasa Lizz @ ..Mari Sebarkan Tentang Projek Iqra’
Comments are closed.