Jadual Peperiksaan PMR 2010 dan Tips untuk ibubapa

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Peperiksaan UPSR sudah beberapa minggu tamat tiba pula giliran Peperiksaan PMR yang akan berlansung pada 5 – 12 Oktober 2010. Majoriti pelajar sudah bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan yang bakal menentukan aliran dan mungkin kerjaya yang bakal mereka tempohi kelak. Seperti biasa anak yang periksa relaks je tapi cikgu dan ibubapa yang cemas dan tak boleh tidur. Begitulah sistem pelajaran Malaysia yang begitu fokus kepada peperiksaan telah menyebabkan semua terlalu mementingkan keputusan peperiksaan dari kualiti hidup yang lain.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Penilain Menengah Rendah (PMR) 2010. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peringatan untuk calon peperiksaan :

1. Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.

2. Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan PMR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

3. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

Bila peperiksaan besar sebegini selalunya ibubapa lebih panik daripada anak-anak. Jangan panik tetapi cuba usaha sesuatu bagi membantu anak jadi lebih tenang antaranya. Berikut tips persediaan ibubapa untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR.

1. Solat hajat kerana doa ibubapa lebih afdal berbanding doa iman, bilal dan guru-guru.

2. Baca Yassin setelah solat suboh dan hadiahkan untuk anak kita yang akanmenghadapi peperiksaa.

3. Puasa sunat untuk mengiringi anak yang sedang menjawap peperiksaan.

4. Banyakan infaq dan sedekah walau sedikit mana sekali pun setiap hari berjalannya peperiksaan PMR tersebut.

5. Pastikan anak-anak tidur awal sebelum jam 11.00 pm.

6. Hantar anak lebih awal ke sekolah bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan jalanraya.

Selamat menduduki peperiksaan PMR untuk semua calon  dan semuga berjaya mendapat 5A dengan izin Allah. Doa aku untuk Kakak semuga Allah permudahkan dan berjaya mendapat yang terbaik. Seandainya ada yang gagal menjawap jangan kecewa kerana ini bukan akhir kehidupan tetapi permulaan suatu perjalanan yang jauh.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

23 Comments

  1. Pingback: IMCurtain.com
  2. Tips yang menarik untuk dikongsikan bersama..
    Aku pun nak ucap selamat menduduki peperiksaan PMR kepada adik-adik kita..
    Masa ni lah menggunakan input yang dah diperoleh selama belajar.. dan yang penting jangan melanggar peraturan yang dah ditetapkan 😀

    1. Dulu memang macam tu.. kalau PMR dengan SPM tu, risau jer.. lepas habis satu paper, mesti berdiscuss dengan kawan lain, takut2 kalau jawapan kita tu salah.. haha

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!