Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tak sia-sia buat entri “Peminat kecewa Arsenal bermula perlahan” kerana luahan hati peminat Arsenal didengar oleh pemain-pemain Arsenal. Ketika prestasi Arsenal diragui oleh peminat sehingga tidak memberi harapan yang tinggi ketika turun padang menentang MU yang sedang memuncak prestasi. Bola sepak memang bulat berbagai kemungkinan boleh berlaku terutama dalam Barclays Premier League sebuah liga bole sepak yang penuh dengan kejutan.
Arsenal berjaya menewaskan Manchester United dengan dua jaringan awal minit ke enam dan ke tujuh oleh Alexis Sanches dam Mesut Ozil yang melenyapkan keangkuhan MU. Aku masih teringat cara angkuh Van Persie meraikan jaringan ketika menewaskan Arsenal musim lepas sangat mengores hati peminat. Kali ini bayang Van Persie sudah tiada dalam barisan pemain Manchester United dihumban entah kemana. Pengajaran jangan jadi sombong terutama dengan kelab yang pernah menaikan nama sebagai super star dunia.
Jaringan ke tiga oleh Alexis Sanches membuatkan peminat MU tutup TV pergi minum kopi. Selepas 90 minit pemainan Arsenal mengembirakan peminat dengan menewaskan MU dengan tiga jaringan berbalas kosong. Mungkin betul seperti salah satu komen di entri yang lepas Arsenal akan pulih dan jadi juara BPL 2015/16 memang tidak mustahil ketika Chelsea yang sombong sedang jatuh terceruk di bawah liga.
Terima kasih kepada Alexis Sanches yang sudah kembali kepada prestasi sebenar dengan menjaring gol demi gol dalam tiga perlawan terakhir. Tidak kurang juga prestasi Ozil dengan gerakan-gerakan unik tidak terjangkau fikiran pihak lawan. Kalau begini prestasi baik yang ditunjukan oleh semua tidak mustahil Arsenal akan melakukan keajaiban musim ini.
Untuk melihat keputusan keseluruhan BPL 2015/16 minggu ke lapan sila klik “Keputusan BPL 2015/16“. Arsenal I know you can do it!
72 Comments
Ayat bikin panas aje ni ==> Jaringan ke tiga oleh Alexis Sanches membuatkan peminat MU tutup TV pergi minum kopi – memang win!
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
dulu sy xminat bola-bola ni, tapi semenjak kawen, selalu teman suami, jadi minat. tapi xdelah fanatik.
Curahan rasa kaki pelangi @ ..ADAKAH ANDA MENGHIDAP KANSER SERVIKS?
Kaki pelangi. Okeylah tu buat teman kalau husband boring tengok sorang sorang.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
kan dah kata Arsenal akan meningkat naik punya.
tunggu jelah
Curahan rasa kakisepak @ ..Lelaki Ini Bina Roller Coaster Supaya Orang Boleh Tengok Keadaan Rumah
Kakisepak: Itulah penangan entri denaihati yang lepas. Kalau tiap tiap minggu macam ni habis lah team lain…hah..hah
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
lama tak follow EPL. nampaknya Man U memang dah hilang taringnya, tak macam masa zaman kegemilangannya dulu.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Buang Air Besar yang Salah dan Memudaratkan Kesihatan
Oja Samid : MU masih lagi OK duduk dalam top 5, tapi Chelsea duduk jauh kat bawah tangga tu.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Saya pon bukan peminat bola. Tapi Arsenal menang kali ni memang terasa lainnya sbb kawan2 kat ofis ramai yang kecewa. Hehe.. Kesian diorg..
Curahan rasa Mama Olin @ ..Enfuselle Balancing Moisturizer | Rahsia Kulit Gebu Tanpa Mekap
Mama Olin: Itulah ada permainan ada kalah dan menang. Bola kan bulat kadang-kadang diatas dan kadang kadang dibawah.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Walaupun bukan fans Arsenal, tetapi kemenangan 3-0 keatas Man Utd mencetuskan fenomena sementara di media sosial .. troll berleluasa..
Arsenal terbaik
My Sensasi: Dah jadi macam budaya lah pulak ya.. terutamanya kalau ada pasukan yang hebat hebat yang kalah..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
tahniah fan Arsenal. Sebenarnya saya rasa liga EPL lebih terbuka, tiada lagi team yang konsisten, Semua team boleh dikalahkan. Berbeza dengan la liga dan liga Jerman.
Sekadar info tambahan, RVP sekarang bermain dengan Fenerbache, di Liga Turki.
Curahan rasa AzlanRaof @ ..Kuasai Cpanel | Cara Nak Add On Domain
Kesian suami saya malam tadi.. beriya-iya tengok kat kedai tapi kalah… hehehe
Nursimatun: Nasib tak baik tu! Dah tentu kena boo dengan penyokong arsenal masa kat kedai mamak tu…Cian dia..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Hahaha…jadi trending terus bila MU kalah hari tu…Kecewa lah…
Curahan rasa Vander Good @ ..Air vs Elektrik
Vander Good: Jangan kecewa, nanti boleh cuba lagi dalam permainan seterusnya.. Siapa tahu , bola kan bulat..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Berita baik untuk para penyokong arsenal…tapi biasanya bola adalah bulat..apa apa boleh berlaku dikenudiaan hari nanti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Punca Kepada Sindrom Kurang Idea
Mr Hanafi: Kita tunggu dan lihat pada game yang seterusnya siapa yang kena !
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
berita gembira ni.. hahaha… tak kisahlah Arsenal atau team lain… asalkan MU kalah dah cukup buat saya senyum lebar (sambil jeling penyokong MU kat kedai mamak yang pakai Jersi MU yg slow2 pakai jaket nak cover jersi Merah tu)
ekekekekeek (gelak mcm penjenayah..)
Curahan rasa Blogger2u @ ..Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Mau kalah atau menang, saya tetep seorang United Indonesia!!!
Glory glory glory Manchester United (y)
Curahan rasa Wijaya Raya @ ..Obat Nyeri Punggung Bawah
sekarang puak moronchester tidak lagi boleh bercakap besar yang sememangnya sudah menjadi darah daging puak ini hahaha…1 minit dua gol adalah sesuatu yang hina…namun giroud tetap kayu…terbaik adalah trio walcott, ozil dan man of the match sanchez
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Punca, Anatomi dan Teori Nahas Malaysia Airlines MH17 Ditembak Jatuh Rusia atau Ukraine
arsenal bermain dengan baik, tak mustahil bolehjadi juara dan mengecewakan kelab lain
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Promosi Berganda Minyak Ikan Omega Guard
Raihanah Ahmad. Machester City tu tak boleh dipandang sepi. Prestasi mereka juga agak konsisten jika dibandingkan dengan Chelsea..
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Cara Buat Blog WordPress Dalam Masa 24 Jam
Tahniah! Kalau arsenal mengekalkan mementum begini permainannya, tidak mustahil kejuaraan pada musim ini menjadi milik The Gunners. Tapi fan menyu tidak mengaku kekalahan ini dengan mengeluarkan cerita-cerita sejarah yang lampau contohnya dalam 8 tahun arsenal berjaya menewaskan menyu sebanyak 2 kali dan lagi keluar lah cerita menyu membelasah arsenar 8-2. begitu lah fan menyu terlalu ego dengan kejayaan yang lalu.
Curahan rasa Teratakerapung @ ..Aku Ingin Kembara Lagi
Zaman itu sudah berlalu sekarang MU sama macam Chelsea dan MC guna duit utk beli piala .. tak gitu??
Curahan rasa denaihati @ ..Peminat kecewa Arsenal bermula perlahan
Comments are closed.