Arsenal musim EPL 2013/14 bermula untuk menjadi juara

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim 2013/14 English Premier League akan membuka tirai pada 17/8/2013 dengan sepak mula pertama antara pasukan Liverpool menentang Stoke City pada jam 7.45 pm waktu Malaysia. Semua pasukan telah membuat persediaan yang rapi termasuk tiga pasukan baru iaitu Cardiff City, Hull City dan Crystal Palace.

Arsenal satu-satunya pasukan top 4 yang tidak ada pertukaran pengurus yang masih mengekalkan Arsene Wenger sebagai teraju utama. EPL 2013/14 menerima beberapa pengurus baru iaitu Jose Mourinho untuk Chelsea dan Manuel Pellegrini untuk Manchester City manakala beberapa kelab menukar pengurus iaitu David Moyes pindah dari Everton ke Manchester United, Roberto Martinez dari Wigan ke Everton dan Mark Hughes ke Stoke City. Watak Alex Ferguson pasti dirindui apabila beliau mengambil keputusan untuk bersara setelah sekian lama mengurus MU.

Jersey away baru Arsenal 2013/14

Jersey baru Arsenal

Ramai penyokong Arsenal tidak gembira walaupun Arsenal telah membuat persiapan rapi dengan menang hampir semua perlawanan persedian awal musim di Asia dan Europe dek kerana sehingga hari ini Arsene Wenger hanya baru membawa seorang pemain baru iaitu Yaya Sanogo. Peminat mengharapkan Arsenal membawa beberapa pemain lima bintang setelah gagal memikat Gonzalo Higuain dan Gustavo. Beberapa pemain Arsenal telah berpindah ke kelab lain iaitu Chamakh, Gervinho, Andre Santos, Squillaci, Eastmond, Martin Angha, Ashavin, Delinson, Ebecillo, Vito Mannone, Sanchez Watt, Jordan Wynter, Jernade Meade dan beberapa pemain dipinjamkan ke kelab lain iaitu Miquel, Coquelin, Djourou.

Barisan Pemain Arsenal untuk EPL 2013/14

Arsenal 2013/14

Sebagai penyokong ketat Arsenal aku yakin tahun ini tahun gembira untuk Arsenal yang bakal menjadi juara salah satu piala yang dipertandingkan. Pemain yang ada sudah semakin serasi dan semakin matang untuk melalui cabaran musim 2013/14 yang sangat mencabar dengan berbagai perlawanan dan berbagai piala untuk dikejar. Percaturan pemain oleh pengurusan pasukan sangat penting untuk mengurangkan kecederaan dan kepenatan terlebih main untuk bersaing dengan pasukan hebat yang lain.

Perlawanan pertama Arsenal untuk musim 2013/14 adalah menentang Aston Villa pada jam 10.00 pm waktu Malaysia di Stadium Emirates.

Live Streaming Arsenal vs Astol Villa @ Goal

 

Keputusan Arsenal vs Aston Villa : 1 – 3

Keputusan EPL 2013/14 Week #1

[box type=”shadow”]Liverpool vs Stoke City : 1 – 0

Sunderland vs Fulham : 0 – 1

West Ham vs Cardiff City : 2- 0

Norwich City vs Everton : 2 – 2

West Brom vs Southamptom : 0 – 1

Swansea vs Manchester United : 1 – 4

Crystale Palace vs Tottenham : 0 – 1

Chelsea vs Hull City : 2 – 0

Manchester City vs Newcastle : 4 – 0[/box]

Kepada semua Pembaca Setia jangan bosan kerana bermula entri ini akan ada banyak lagi entri Arsenal niche sukan blog ini sehingga berakhir musim EPL 2013/13 pada Jun 2014.


Spread the love

32 Comments

  1. senang sekali berkunjung kesini selalu dapat info bermanfaat ….gratis lagi….kalau bisa perbaharui terus informasi seperti ini…biar kita sering berkunjung kesini …

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!