Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Promosi menarik seperti tahun lepas kini kembali lagi. #MYCYBERSALE2015 untuk tahun 2015 kini kembali dengan acara jualan dalam talian yang terbesar di Malaysia. Seperti #MYCyberSale tahun 2014 yang lalu, ia menarik minat lebih kurang 227,000 urus niaga yang menjana RM67 juta dan peningkatan 200% trafik dalam talian bagi e-tailers yang mengambil bahagian.
#MYCyberSALE2015 disahkan dan dikawal oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan pengawal selia seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyelia Akta e-dagang, peraturan dan pembeli perlindungan keseluruhan; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), yang menyelia peraturan sekitar komunikasi dan multimedia; SMECorp yang mengawal penyertaan PKS Malaysia; dan CyberSecurity Malaysia yang memantau e-dagang dan ruang siber keselamatan.
Anda semua boleh melihat pelbagai jenis kategori yang terdapat di Laman Web MyCyberSale seperti pakaian dan aksesori, kanak-kanak dan bayi, buku dan media, kesihatan dan kecantikan, elektronik, pelancongan dan banyak lagi. Banyak etailers yang menawarkan promosi hebat dan potongan menarik sehingga 90%.
Berbanding dengan tahun lepas yang hanya berlangsung hanya 3 hari, #MYCYBERSALE2015 ini berlangsung dari 28 September – 2 Oktober 2015. Penyertaan dan sokongan dari etailers jugaertambah 40% seperti Lazada, Zalora, Lelong.MY, Rakuten, 11street.my, GEMFIVE, Go Shop, Qoo10, Agrobazaar dan pelbagai lagi yang menawarkan promosi hebat ini.
Kepada semua yang membeli secara dalam talian ini juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan seperti Samsung A8 dan banyak lagi hadiah bagi menghangatkan suasana dan penghargaan yang bernilai lebih RM50,000. Ini juga adalah salah satu cara ganjaran yang diberikan oleh etailers yang membeli-belah semasa #MYCYBERSALE2015 ini. Daftar segera di http://bit.ly/mycyber2015
Lihat sahaja kepada lebih daripada 400 etailers yang hebat dan menarik perhatian orang ramai kali ini. Bagi yang ingin membeli pakaian sebagai contoh, boleh ke bahagian fesyen dan pilihlah pelbagai etailers yang menawarkan promosi hebat untuk keperluan anda. Ada cermin mata, beg tangan, chiffon maxi dress, aksesori wanita dan pelbagai lagi yang boleh dipilih.
Promosi #MYCyberSALE akan berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan perdagangan elektronik (e-dagang) dan memupuk budaya membeli-belah secara talian di kalangan rakyat. Sokongan dan penyeliaan dari KKMM, KPDNKK, SKMM, SME Corp dan CyberSecurity Malaysia menguatkan lagi keyakinan para pembeli untuk meneruskan pembelian secara dalam talian ini. Kepercayaan yang diwujudkan dalam #MYCYBERSALE2015 ini akan memberikan impak positif yang besar dan memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.
Dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan kemudahan peningkatan jumlah pembeli mudah alih, MDeC juga memperkenalkan #MYCyberSALE App, yang boleh didapati untuk muat turun di Google Play Store dan Apple iStore bermula dari 21 September 2015.
Sila layari laman web MYCYBERSALE2105 untuk status terkini tentang jualan hebat besar-besaran ini.
Follow MYCYBERSALE di
134 Comments
Memang bisnis online skrng ini sdh mulai ramai di minati setiap orang
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Perjalanan Terberat Itu Adalah ke Mesjid, Benarkah ??? –
shopping online ni memang leka tambah2 kalo murah, dalam hati nak stop tapi tangan asik scroll je…
Curahan rasa huda @ ..Cara Beli Produk Shaklee Dengan Paypal, Kredit atau Debit Kad
Huhu..best la sebab ada app..boleh shopping kot telefon naaaa…haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Cara Buat Affiliates Amazon Melalui Nichify
Wow.. tetapi MyCybeSale hanya untuk produk fizikal. Mungkin kita perlu ketengahkan produk digital untuk zaman yang cyber ini.
Curahan rasa Bob kreatif @ ..Malaysia Kreatif
elok juga tu, tapi kesedaran org nak beli produk digital ni tak berapa meriah.org lagi suka produk yang boleh dipegang
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
sekarang ni semua orang sudah mula bergerak ke arah online bisnes, Malaysia tengah nak berkembang, kena cepat-cepat join rebut peluang business tanpa sempadan ni. Saya pun baru nak join. 🙂
Curahan rasa azrin @ ..Penapis Air Alkali Coway
banyak yang ke belakang sebenarnya..amat tak setuju apabila kos pos dinaikkan, sangat tak relevan untuk dunia online, kalau di China, online bisnes dapat diskaun hebat lagi tu nak pos barang
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
lepas ni kalau nak shopping kena tunggu ada sale besar besaran mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..I Got Beme Shirt!
Baru lah kita boleh berjimat berkali-kali ganda. Dapa jugak beli lebih dari biasa,
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
tak sempat nak shopping time cybersale aritu, sebab macam tiada apa yang diperlukan untuk dibeli
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
yang tak bestnya, date tu kekadang tak kena dengan masa, time sesak la baru dia nak buat sale..masalah betui
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
terima kasih atas info. mmg betul2 ketinggalan zaman sy ni. sllu beli kt mudah & nile.com sahaja
Curahan rasa MDHAFiZ.NET @ ..Harga Tambang LRT & Monorel Naik Mulai 1 November 2015
saya pun sama ketinggalan. kena tunggu next time la nampaknya haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..I Got Beme Shirt!
Ramai yang tak tahu pasai mycybersale nih,pihak penganjur nak kena banyakkan promosi nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
tempat kegemaran saya adalah Lelong.com.my je, kekadang tu Mudah
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
mmg sllau kene alert la..kdg2 bleh terlpas begitu shja, nyesal x guna nnt..
Curahan rasa bdak_cenang @ ..Cenang Plaza Beach Hotel
Nak kena rajin2 bace blog2 DH nih… baru leh dapat tau pasai bende2 cyber nih.Saya pun tak pernah tau pasai nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
biasanya orang kaki shopping ni memang sentiasa alert, 24hours duk tengok phone je kot
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Ala..dah terlepas. baru tahu, tu la bahana tak online beberapa hari,
Senang beli online sebab klik klik aje, dah siap 🙂
Curahan rasa Nurul Syuhaida @ ..Hati kita sangat istimewa
Itu lahnya… abih dah pun tempoh promosinya, memang senang kalau berbelanja camnih kan.. klik2 ajerkk…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
kekadang takut salah beli lak,ada sekali dulu, tersilap beli..redha je la..pasal laju sangat tekan-tekan..ahaha
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
shopping sakan la melalui mycybersale ni…jangan berlebihan sgt bila berbelanja…ekonomi skrg ni lebih baik jika kita berjimat dan berbelanja secara berhemah…
Curahan rasa norehan saad @ ..KHASIAT ALOE VERA GEL FOREVER
Betul tuh… jangan kita terlalu sonok dengan semua promosi2nya, sampai tak perasan wallet dah kempis…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Masa Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan.
beli sekali sampai tak sedar duit dalam akaun pun dah bape sen tinggal, ok itu memang over
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
tak pernah join lagi setakat ni.
In shaa ALlah tahun depan boleh take part…
Curahan rasa maria @ ..Tips Berpantang Sendiri. Pasti Boleh!!
sama la..kot ada tetiap bulan kan ke best, ye tak?
Curahan rasa reezluv @ ..Cara Buat Bisnes Aiskrim Yang Menguntungkan
Kalau dapat murah beli je dan bagusnya kalau benda tu memang kita nak guna. Kalau saja-saja beli time ekonomi merosot ni rugi pulak rasanya.
Curahan rasa rahimah @ ..Panduan Pakaian Musim Sejuk Mengikut Suhu Negara 4 Musim
kena mula buat tabungan dari sekarang, event macam ni ada setiap tahun.
Curahan rasa yangbaik @ ..Penyeri dan Pewangi
kena start menabung dah la tu, err..tapi at last..nak beli apa?hahaha..simpan je le
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.