Peminat kecewa Arsenal bermula perlahan

Spread the love

Assalamulaikum dan Salam 1Dunia, Arsenal tewas lagi pada perlawanan ke dua Champions League 2015 menentang Olympiakos di padang sendiri. Tewas 2 – 3 dengan gol sendiri oleh David Ospina memang sedih. Sebelum ini tewas kepada Dinamo Zagreb di tempat lawan 1  – 2. Semasa undia Champions League diumumkan rasa lega walaupun bersama dengan Bayern Munich. Ketika itu peminat yakin Arsenal akan bersama Bayern ke pusingan kalah mati tetapi nampaknya Arsenal akan melalui jalan sukar untuk Champions Leagu musim ini walaupun masih belum tersingkir.

arsenal-vs-liverpool

Arsenal juga memulakan Premier League 2015 dengan kekalahan apabila tewas kepada giant killer West Ham 0 – 2 di padang sendiri. Selain Arsenal, West Ham juga menewaskan Liverpool dan Manchester City itu yang dikatakan giant killer musim ini. Masalah Arsenal adalah pemain tak dapat menjaringkan gol walaupun peluang banyak. Paling kontroversi ketika tewas kepada Chelsea 0 – 2, dua permain Arsenal kena kad merah. Dah masuk game ke tujuh peminat semakin lega apabil ramai pemain sudah mula menjaringkan gol. Terbaru Alexis Sanchez buat hat trick menewaskan Leicester 2 – 5.

Arsenal memulakan Capital One Cup 2015 dengan langkah kanan menewaskan Tottenham dalam game yang sangat mendebarkan. Memang mendebarkan sebab pusingan ke tiga menentang pasukan besar sedangkan pasukan lain semua lawan dengan pasukan kecil dari liga bawahan. Dari undian yang dikeluarkan next game untuk Arsenal adalah menentang Sheffield Wednesday. Semuga kali ini Arsenal boleh menjulang Capital One Cup.

alexis sanchez score

Peminat boo Arsene Wenger ketika tewas kepada Olymiakos  kerana tidak puas hati Arsenal tidak membeli superstar baru. Hanya satu pembelian sahaja musim ini iaitu penjaga gol Petr Cech. Pemilihan pemain untuk perlawanan Dinamo Zagreb dan Olympiakos juga dipersoalan seperti Arsene Wenger memandang ringan dengan tidak menurunkan pemain utama. Manakala pemain muda yang diberi peluang tidak bermain dengan baik dan membuat banyak kesilapan.

Apakah kesudahan Arsenal dihujung musim. Paling penting bukan prestasi sekarang tetapi diakhir cerita Arsenal mesti menjulang piala dan layak untuk Champion League musim akan datang. Biar peminat kecewa sekarang tapi gembira dihujung musim. Go Go Go Gunners .. aku tetap setia pada mu. Penyokong Chelsea jangan gabra dan penyokong MU jangan suka sangat sebab musim baru bermula.


Spread the love

62 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!