Manchester United akhirnya tewas

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini khas kepada pengila bola sepak terutamanya Barclays Premier League (BPL). Panas betul hati tengok anak buah Arsene Wenger yang sudah mendahului Newcastle United 4-0 tetapi akibat terlalu emotional akhirnya Arsenal seri 4-4. Setiap mata sangat berharga untuk menekan Manchester United yang belum tewas dalam 29 perlawanan. Harapan Arsenal untuk menjulang sekurangnya satu piala tahun ini sangat cerah apabila berjaya ke final Carling Cup menentang Birmingham City.

Arsenal vs Mancehster United

Untuk mana-mana pasukan lain memenangi BPL yang diharapkan adalah Manchester United dapat ditewaskan oleh pasukan lain. Berdasar pengalaman musim-musim yang lepas pemain MU mempunyai daya tahan minda yang kuat untuk melalui saingan yang sangat sengit. MU biasanya bermula dengan agak lembap kemudian meningkat prestasinya sehingga penghujung musim. Musim ini MU telah menunjukkan prestasi baik sejak permulaan BPL dan adakah momentum ini dapat dikekalkan sehingga ke penghujung musim?

Perlawanan MU vs Wolves lewat pagi 6/2/11 aku ikuti dengan penuh minat apabila Wolves kelab tercorot mendahului 2-1 sejak dari awal lagi. Ayam tambatan MU, Wayne Rooney dan Berbatov tidak dapat bergerak banyak setelah dikawal rapi oleh pemain Wolves. Setelah 90 minit berakhir Manchester United akhirnya tewas juga kepada kelab kerdil Wolves dan ini membuka pintu untuk kelab lain seperti Arsenal bersaing untuk menjadi juara BPL.

Pertanyaan untuk peminat bola sepak BPL, apa team favorite anda dan team yang mana agaknya bakal menjadi juara BPL untuk musim 2010/2011??

50 Comments

  1. hahaha.., akhirnya MU KO juga.., pdahal lwan tim2 bgus bsa mnang tp lwan tim papan tengah mlah KO tp sayang arsenal kok jg bermain imbang padahal sudah menang 4-0 dulu..,

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!