Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “kembara di merata dunia“. Jauh berjalan luas pandangan dan banyak ilham baru akan menjelma. Kali ini nak kongsi kisah kembara kami ke Langkawi.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Jarang-jarang Abang berkongsi kisah kembara di dalam negara bukanlah tak minat tetapi sudah ramai blogger yang menulis. Tapi kali ini Abang akan menulis kisah kembara ke Langkawi. Kenapa? Sebab ini adalah kali pertama menjejaki kaki ke Langkawi setelah berjalan merata dunia. Adik beradik Abang selalu ketawakan kami sebab tak pernah sampai Langkawi lagi.
Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang belum sampai Langkawi, buktinya apabila Abang buat status di Facebook bertanya siapa lagi yang belum jejak Langkawi, ramai yang beritahu mereka pun belum sampai lagi. Mungkin ada pembaca di sini juga belum sampai Langkawi.
Tempahan Hotel dan Tiket Kapal Terbang ke Langkawi
Kembara ini tidak dirancang, sepatutnya nak ke Trengganu untuk melihat lokasi projek ladang kelulut tetapi Prof Madya Shamsul Bahri outstation ke Kemboja. Cari hotel online di Langkawi mencabar juga sebab nak cari bilik untuk empat orang duduk bersama bukan mudah. Kalau bercuti duduk jauh-jauh pun tak seronok juga.
Guna aplikasi traveloka tak dapat yang ada hotel Westine dan hotel Berjaya yang harganya lebih RM3000 satu malam. Akhirnya dapat bilik yang di cari menggunakan aplikasi Agoda, Hotel Ombak Villa yang terletak di Langkawi Lagoon lebih kurang 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Memang berbaloi harga dua bilik bersambung lebih kurang RM600 semalam. Biasanya hotel yang cantik begini paling tidak pun RM650 sebilik untuk satu malam.
Untuk booking tiket kapal terbang kurang daripada 24 jam sebelum penerbangan, Abang suka guna aplikasi Traveloka sebab masih boleh guna kad kredit atau online banking untuk pembayaran. Mungkin bukan peak season harga tiket Air Asia untuk empat orang pergi balik Kuala Lumpur – Langkawi – Kuala Lumpur hanya RM770 sahaja. Tak sampai RM200 seorang untuk pergi balik.
Kereta Sewa di Langkawi
Seperti kembara-kembara yang lain Abang lebih suka memandu sendiri jadi boleh uruskan masa lebih baik. Oleh kerana tidak pernah jejak Langkawi jadi Abang ambil keputusan untuk tempah kereta sewa Langkawi secara online. Daripada carian di Google banyak sangat syarikat yang menyediakan khidmat kereta sewa di Langkawi.
Harganya pun murah lebih kurang RM120 – 150 sehari. Abang pilih satu syarikat kereta sewa tempatan tetapi apabila nak buat bayaran perlu wassap wakil syarikat. Setelah menunggu lebih 20 minit tiada balasan wassap maka Abang memilih untuk menggunakan Syarikat sewa kereta antarbangsa Europcar yang menggunaka pembayaran secara online. Abang pilih kereta Produa Alza pada kadar RM380 untuk sewa dua hari dan bayaran insuran perlindungan.
Apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi rupanya ada banyak booth kereta sewa yang bagi harga istimewa sebab pelancung tak ramai. Lain kali boleh booking kereta sewa di airport tak perlu booking online.
Keluar daripada airport wakil Europcar sudah menunggu untuk menyerahkan kereta. Prosedur biasa perlu bagi kad pengenalan, lesen dan tanda tangan surat perjanjian tapi yang kurang gembira apabila perlu verify kad kredit sebanyak RM1,000. Ini kali pertama pengalaman menyewa kereta perlu verify kad kredit sebanyak ini.
Biasa kalau syarikat kereta sewa tempatan akan ambil deposit beberapa ratus ringgit sahaja dan pengalaman menyewa masa di luar negara tak pernah ambil deposit sebab mereka sudah ada detail kad kredit jadi kalau ada masalah hanya potong daripada kad kredit.
Makan sedap di Langkawi
Kami sampai di Langkawi lebih kurang jam 3.30 pm. Pastilah perut dah berkeroncong sebab dalam pesawat memang tak pesan makanan. Kawan-kawan sosial media sudah senaraikan berbagai lokasi makan sedap di Langkawi. Oleh kerana perut sudah lapar kami singgah di sebuah kedai makan nasi campur berhampiran dengan hotel. Terkejut bila bayar dengan RM50 kami dapat makan 5 ekor ikan bakar dan berbagai lauk pauk untuk empat orang, memang murah.
Antara restoran dan kedai makan yang kami singgah sepanjang tiga hari di Langkawi adalah :
- Restoran Seleran Nelayan – seafood memang segar dan masakannya memang boleh bertambah makan.
- Restoran Halim Gulai Panas (GP) – hanya menghidangkan gulai dan goreng seafood sahaja.
- Foodcourt di Padang Matsirat
- Food Truck Laksa Power ada Laksa, Cendol dan Rojak tepi Airport Langkawi
- Gerai Ikan Bakar di Padang Matsirat
Banyak lagi tempat makan sedap di Langkawi yang dicadangkan oleh kawan-kawan tapi tak sempat nak pergi antaranya :
- Restoran Kak Yan Nasi Campur di Ulu Melaka
- Nasi Dagang Pak Malau di jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar
- Restoran Seashell di Laman Padi, Pantai Cenang
- Restoran Wan Thai di Pekan Kuah
- Restoran Haji Ramli di Pantai Cenang
- Restoran Telaga di Pantai Cenang.
Ada rezeki lain kali datang lagi bolehlah menikmati hidangan di restoran yang dicadangkan ini.
Langkawi Islands Hopping
Antara tujuan utama datang ke Langkawi adalah nak menikmati keindahan GeoPark Langkawi. Adakah lebih hebat daripada Krabi Islands Hopping? Nampak dalam online ada syarikat kereta sewa yang offer pakej bersama pada harga sekitar RM40 – 50. Kami beli tiket dengan agen yang ada di lobi hotel Ombak Villa. Ada dua pakej Langkawi Island Hopping
- Pakej 1 melawat pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Harga tiket RM70. Masa 4 – 5 jam, bertolak dari lobi hotel jam 8.45 am dan di jangka sampai hotel jam 2 pm.
- Pakej 2 melawat hutan bakau, tempat ternakan ikan, makan tengahari di restoran tempat ternakan ikan dan singgah pulau beras basah.
Kami pilih pakej pertama untuk menikmati keindahan pulau Langkawi. Alhamdulillah hujan lebat awal pagi berhenti ketika kami bergerak dari hotel Ombak Villa ke Jeti Teluk Baru. Lebih kurang jam 9.30 am bot yang mengisi 15 orang pelancung mula bergerak menuju Pulau Dayang Bunting. Hampir dengan Pulau Dayang Bunting pembawa bot menunjukkan bukit berbentuk seorang wanita bunting sedang berbaring. Kelihatan jelas bentuk wanita bunting tersebut.
Kami sampai di jeti Pulau Dayang Bunting setelah menaiki bot lebih kurang 20 minit. Keistimewaan Pulau Dayang Bunting adalah Tasik Air Tawar yang terletak lebih kurang 500 meter dari pantai. Untuk masuk pelancung tempatan perlu bayar RM2 dan pelancung luar negara RM6.
Di Tasik Air Tawar Dayang Bunting kita boleh mandi, naik bot solar dan berkayak. Kalau nak mandi lebih baik pakai pelampung, sewa hanya RM5 sebab banyak juga kejadian lemas. Katanya kedalaman tasik ini lebih 10 meter dan tak sama dengan berenang di kolam atau laut.
Selepas sejam di Pulau Dayang Bunting kami bergerak lebih kurang 10 minit ke kawasan memberi makan kepada helang. Burung Helang adalah ikon kepada Langkawi. Memang banyak helang yang berebut-rebut nak makan makanan yang dibaling oleh pembawa bot. Lokasi terakhir yang kami tuju adalah Pulau Beras Basah. Di sini kami diberi masa sejam untuk mandi, parasailing dan snokeling.
Kesimpulan islands hopping di Langkawi tidak sehebat islands hopping di Krabi. Khabarnya kalau nak pergi pulau-pulau yang cantik perlu menyewa bot sendiri yang boleh dibuat secara berkumpulan.
Shopping di Langkawi
Tak sempurna pergi Langkawi kalau tak shopping. Ada lebih 30 kedai bebas cukai yang terdapat di Langkawi. Kebanyakkan kedai bebas cukai berada di bandar Kuah dan Pantai Cenang. Coklat dan pinggan mangkuk berjenama antara barang yang menjadi tumpuan pelnacung. Kami sempat singgah di semua kedai bebas cukai di Pantai Cenang dan Brand Outlet di Bandar Kuah berdekatan dengan jeti kuah.
Aktiviti menarik di Langkawi
Banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang tak sempat kami terokai antaranya
- Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang
- Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi
- Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau
- Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village
- Berhibur di 6D Cinemotion
- Berkayak di Sungai Kubang Badak
- BBQ sunset dinner di atas bot
Tiga hari dua malam memang tak cukup nak bercuti di Langkawi. Insyaa Allah rezeki kami akan datang lagi bersama semua ahli keluarga. Paling penting next visit mesti beli berat kg pesawat yang lebih untuk bawa balik banyak tangkapan shopping di Langkawi.
Kepada rakan-rakan yang belum sampai Langkawi apa lagi jom lah pergi menjelajahi pulau-pulau dan menikmati makanan terutama seafood yang segar.
Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
113 Comments
menarik lihat foto dua sejoli paling atas meski tanpa kata namun mengandung sejuta makna yang tersampaikan
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Tu lah… kagum.. hubungan tuan haji Amir dengan “mem” makin lama nampak semakin romantik.. boleh dijadikan contoh kepada golongan “belia” seperti kami..
Curahan rasa anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
langkawi memang popular dengan tempat yang menarik dan awesome..
teringin la nak pergi..
mudah-mudahan diberi rezeki yang melimpah ruah nanti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kerja Dari Rumah Yang Paling Mudah
In Shaa Allah.. Mudah-mudahan ada rezeki tuan Hanafi sekeluarga untuk menjejakkan kaki ke Langkawi…
Curahan rasa Anuar @ ..Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
jom berangkat bersama bro hanafi lalu ke Indonesia setelah itu destinasi dua negara
Curahan rasa Bujang @ ..Ada sesiapa lagi belum join Facebook Grup Denaihati Network?
Wuuu bestnyaaa. Dulu pernah pegi sekali. Teringin nak pergi lagi. Best sgt sgt dulu.
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Kepentingan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung Elakkan Kecacatan Saraf Bayi
Pergi langkawi ni setakat oergi sekali memang tak puas.. ada terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
saya pernah pergi sekali jer, tu pun 2 hari 1 malam, x puas, terasa nak pi lagi nanti
Curahan rasa rujukan @ ..Untung 38% Dalam Sebulan Dengan Pelaburan Saham
Kalau pergi dengan berjemaah, lagi banyak aktiviti yang boleh buat macam island hoping, memancing dan berenang di pulau dayang bunting.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
Harap Tim Infokerjaya boleh aturkan gathering dkt Langkawi pulak tahun ni..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Mungkin lepas selesai exam online PTD nanti.. masa tu pun dah dekat nak cuti sekolah..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
pernah sampai langkawi tapi tak buat aktiviti best mcm ni. dulu pegi rumah mahsuri je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kawal Penggunaan Gajet Anak dengan Aplikasi Plano
Rumah mahsuri tu memang rumah melayu yang asli, nampak tradisionalnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Sepanjang saya pergi ke Langkawi, saya belum pernah pergi ke rumah Mahsuri..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Kali pertama pergi masa isteri sedang mengandung anak sulung… ada kursus di sana selama 2 minggu.. masa tu byk pergi.ke tempat-tempat shopping jer dan aquaria..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Pergi untuk kali yg seterusnya.. kalau tak silap dua kali… atas urusan mesyuarat..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Masa tu pun tak pergi juga ke rumah Mahsuri.. pergi pantai, pergi pulau, naik cable car.. ikut suara majoriti.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Bercuti ke Langkawi 3 hari 2 malam memang tak puas.. kena pergi lagi lepas ni..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Tapi jangan lupa ajak kami sekali.. boleh buat family dah untuk blogger dekat Langkawi.. 😉
Ikan keli banyak2 dekat Tasik Dayang bunting ada lagi ke?
Seronok rendam kaki dalam tasik tu..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Kalau pergi Langkawi, teringin nak bawa anak2 naik cable car dan mandi pantai..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Untuk puan isteri pula memang wajiblah bershopping.. itu memang aim semua wanita bila menjejakkan kaki ke Langkawi
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Bestnya dapat bercuti bersama keluarga ke Langkawi..
Teringin juga nak ke sana, tapi kena tunggu masa yg sesuai..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Langkawi ni pergi banyak kali pun tak jemu. Boleh pergi setiap 10 tahun sekali 😀
Pulau Dayang Bunting tu memang luar biasa. Ada kakak ipar saya yang usaha untuk hamil, minum air tasik tu lepas tu berjaya hamil lepas lebih sebulan 😀
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Kursus Usahawan Spa Untuk Home Spa / Mobile Spa “The Walking Beauty”
Orang perempuan memang suka sangat kalau dapat pergi ke Langkawi.. sama macam isteri saya.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
rasa teringin pulak nak pergi Langkawi..
pergh…
memang best dan menarik la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cabar Mencabar dalam Cabaran SEO WCB
Kalau ada masa jemputlah tuan datang ke Langkawi.. memang best!! Sekali sekala datang bercuti ke semenanjung apa salahnya..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
tempat percutian yang menarik tuan banyak sekali ya destinasi menarik di Malaysia semoga satu hari bisa kesana lagi
Curahan rasa Bujang @ ..Lelaki Kacak
Ya.. welcome to Malaysia.. kalau ada kelapangan masa jemputlah datang bercuti ke Malaysia..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Akhirnya sampai juga Tuan Amir ke Langkawi Bumi Mahsu, sekali jalan jalan banyak tempat Tuan singgah 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Selalu pergi melancong ke luar negara dapat sekali sekala pergi melancong dalam negara apa salahnya…
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Lama da plan nak pergi Langkawi ni. Tapi asyik tak jadi je. Padahal kalau naik feri dari Jeti Kuala Perlis (bila balik Perlis masa cuti) dekat je sebenarnya… Kalau Qiya jadi blogger dari belasan tahun lagi (tahun 2000 ke) mesti banyak da entry travel ni sebab dulu selalu ikut rombongan sekolah…hehe…
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Hada Labo Skincare Review
Alhamdulillah saya dah sampai ke sini, masa tu isteri dah hamil 4 bulan, jalan jalan sambil bawa isteri mabuk 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Dah lama tak jejak kaki kebumi langkawi. Kali terakhir pun 15 tahun yang lalu, seingat abang. Mungkin banyak dah perubahan dan pertambahan tempat-tempat yang menarik diLangkawi. Kena buat perancangan untuk lawatan kali kedua ni.
Curahan rasa Sani @ ..16 Fakta Pemasaran Instagram Yang And Patut Tahu Untuk Berjaya Dalam Bisnes Instagram
Kalau pergi sini, pergi bawa 2 beg, balik 4 beg sebab beli banyak coklat.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Itu dah confirm hahaha..
Siap kena beli beg tambahan lagi.. tu yang tak tahan tu..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Pergi pula naik kapal terbang Air Asia.. kena tambah duit sebab lebih muatan.. masa tu sekilo kena tambah RM15.00.. rasa nak menangis masa nak bayar..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Sudahnya bila dikira-kira balik.. jadi mahal pula perbelanjaan kami shopping di Langkawi.. pada asalnya memang murah… bila termasuk dgn kos melebihi berat muatan jadi tak berbaloi..
Curahan rasa anuar @ ..#MyCyberSale2017 Ramai Yang Kecewa??
Comments are closed.