Bajet 2018 antara yang menarik untuk orang bisnis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Kaedah yang betul mempromosi bisnis baru“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi peluang-peluang menarik dalam pembentangan bajet 2018.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pada 27/10/2017, Perdana Menteri DS Najib Razak bergaya kacak berbaju melayu biru, buat kali ke sembilan membentangkan bajet 2018. Antara peluang yang menarik dalam bajet 2018 adalah :

Fokus Kerajaan kepada pelaburan berimpak tinggi terutama dana luar negara sebagai enjin eknomi negara.

SME menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara dengan berbagai kemudahan kewangan antaranya kemudahan kewangan RM500 juta kepada TEKUN dan RM2.7 Billion untuk AIM dan RM80 juta untuk usahawan desa melalui Bank Rakyat. Ramai yang sudah berjaya menggunakan dana-dana ini seperti kejayaan usahawan Wan Azizah Wan Salleh, seorang usahawan ternakan ayam yang bermula dengan modal hanya RM500 dan kini sudah menjadi jutawan.

RM6.5 Billion untuk industri pertanian yang menyediakan peluang untuk menjadi usahawan tani yang berjaya.

RM1 Billion untuk industri pelancongan dan pelancong kesihatan. Pulau Pangkor diistihar Pulau Bebas cukai tapi tidak untuk minuman keras, rokok dan motor.

RM1 Billion untuk venture capital dalam sektor terpilih bagi memudahkan start up berkembang seluruh dunia. Angel investor.

Tabungan permulaan RM200 Amanah Anak Malaysia 2050 (ADAM50) akan diberikan pada setiap anak yang lahir dari 1 Januari 2018 hingga 2022.

Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.

RM555 juta untuk skim usahawan Bumiputera melalui berbagai badan dan bank.

100 juta untuk eRezeki, eDagang dan eLadang melalui MDEC.

Pinjaman mudah RM120j kepada 1000 usahawan Food Truck 1Malaysia, Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bank Rakyat dan BSN, Kerajaan subsidi kadar faedah 4%.

RM25 juta utk Program Motosikal Tiga Roda di bwh FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS.

BR1M yang manfaatkan 7 juta penerima dgn peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu – RM70 ribu. Langkah ini juga bermakna lebih 261 ribu orang kini tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan. Langkah ini akan tingkatkan pendapatan boleh guna rakyat antara RM300-RM1000, RM1.5b lebihan pendapatan boleh guna dapat dibelanja oleh rakyat.

Peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol. KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG.

Mulai 1 Jan 2018, Krjn mansuhkan kutipan tol Batu Tiga, Shah Alam & Sg Rasau, S’gor, Bkt Kayu Hitam, Kedah dan EDL, Johor.

Kerajaan sedar beban ditanggung isi rumah bagi penggajian pembantu rumah asing. kos bawa masuk mencecah setinggi RM12k-RM18k. Sebagai permulaan Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung daripada 9 negara sumber, tanpa lalui ejen. Majikan boleh mohon visa pembantu rumah daripada Jabatan Imigresen secara online dengan bayaran levi & fi pmprosesan seperti kadar sedia ada.

RM50j untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Pesakit bayar RM10 sahaja.

Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bg pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan.

Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 berdasarkan pilihan PBT. Layanan GST berkadar sifar atas bahan bacaan, diseragam dan diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan.

Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.

17,300 unit PPR dan 210 ribu unit PR1MA di bawah harga RM250,000 ke bawah akan dibina.

Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dalam ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j dan 2500 peluang pekerjaan.

Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yang bekerjaKerajaan juga dibenar pulang awal sejam.

RM50 juta kepada GiatMara bagi baik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.

Bagi menyanjung tinggi sifat wala’ & kesetiaan dalam mendokong kemajuan negara, saya umum bayaran khas RM1500 kepada semua penjawat awam.

Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

67 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!