Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan kembara musafir europe diteruskan ke destinasi baru lebih 500km meninggalkan Kota Romantis Venice. Belum puas menikmati keindahan Venice tetapi perjalanan mesti diteruskan. Perjalan kali ini lebih mencabar melalui highway dicelah bukit bukau dengan laluan yang curam serta melalui berpuluh-puluh terowong.
Kami berhenti rehat di hentian untuk makan tengahari. Dalam perjalanan kami sempat juga singgah di Valdiciana Brand Outlet Village selepas terlepas pandang Design Outlet Village sebelumnya kerana tak ada signboard masuk. Itu bestnya kembara dengan memandu kereta kerana dapat singgah di branded outlet yang kebanyakan dibina di tepi highway.
Alhamdulillah setelah berada di dalam Skoda lebih 5 jam akhirnya kami sampai di Roma. Perkara pertama yang terlintas dalam minda patutlah syarikat kereta sewa Europcar tidak benarkan kami bawa MPV. Rome bandar yang sibuk dan susah nak cari parking jadi kebanyakan penduduk menggunakan kereta mini yang comel lote.
Kami menetap di homestay di sebuah kodominium yang terletak di depan stesen bus dan berhampiran dengan subway. Terdapat juga kedai pizza halal jadi mudahlah untuk kami makan. Jangan risau di Rome ada berpuluh-puluh restauran halal dan ada beberapa buat masjid. Semua informasi boleh diperolehi melalui aplikasi Zabihah.
Setelah berehat sebentar kami terus ke pusat bandar Rome menaiki metro. Gambaran pertama kami agak negatif Rome tidak sebersih Frunkfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna dan Venice. Subway nampak uzur, dinding penuh dengan contengan dan ramai pendatang yang berkeliaran. Ramai menasihatkan kami berhati-hati terutama dalam subway.
Kami turun di hentian utama dan keluar dengan bingung tanpa peta. Sedang berjalan mundar mandir memikirkan mana nak pergi tiba-tiba aku tersepak peta yang entah datang dari mana. Setelah menunggu seketika tiada yang ambil maka aku pun ambil mungkin Allah beri untuk bantu kami. Dengan peta mudahlah kami menuju ke Colosseum. Tak sempurna lawatan ke Rome kalau melawat Colosseum dan tapak besar tamadun Europe. Kami sampai Colosseum agak lewat jadi tak berapa ramai pelancong yang ada cuma yang ramai mat bangla yang mengejar pelancong untuk menjual cenderahati, rasanya macam tidak sesuai je. Selepas melawat Colosseum sambil menikmati sunset kami membeli cenderahati di kedai berhampiran dan terus pulang menaiki metro untuk berehat.
Hari kedua kami mengelilingi tapak sejarah tamadun Rom dengan menaiki bas city tour. Ramai sungguh pelancong yang datang daripada berbagai negara memang meriah berbanding semalam. Melihat kesan-kesan sejarah dengan bagunan-bagunan yang besar dan unik dengan senibina yang indah membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Setelah penat kami menaiki metro menuju ke Indian Halal Restauran untuk menikmati makan tengahari. Kami terserempak dengan 4 wanita Malaysia yang mengembara dari Rome, Barcelona, Paris dan London. Minta kebenaran nak snap gambar mereka untuk masuk blog tapi salah seorang tidak benarkan jadi aku batalkan je lah niat. Memang ramai terserempak dengan pelancong Indonesia dan Malaysia di Rome tidak seperti di bandar-bandar lain yang telah kami jejaki sebelum ini.
Untuk pelancong yang kaki shopping Rome adalah salah satu tempatnya. Berbagai outlet dengan berbagai jenama yang terkenal dan jenama yang tidak pernah dengan pun ada. Kami pun tumpang cuci mata sambil shopping ole-ole untuk keluarga.
Setelah menyelusuri kota Rome kami pun bergegas balik menaiki metro sebab dah janji nak pick up kunci kereta sebelum jam 7.30 pm. Kami sibuk mengemas barang kerana awal pagi 3.30 am kami akan ke Ciampino Airport, airport tambang murah Ryanair untuk ke destinasi seterusnya. Ryanair ni lain macam sikit hanya benarkan 20kg untuk bagasi dan 10kg untuk onboard. Walaupun dah beli extra kg kami terpaksa mengubahsuai dua kali isi beg kerana rupanya extra kg mesti dalam beg berasingan. Sibuk angkat beg yang berat sehingga tersentaklah urat pinggang.
Akhir kami berpisah dengan Skoda yang telah memberi khidmat penuh cemerlang mengembara dari Frankfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna, Venice dan Rome. Alhamdulillah dengan izin Allah tiada kerosakan dan tiada kemalangan sepanjang kembara musafir bersama skoda melebihi 2000 km. Selamat tinggal Europe kami terbang ke Frankfurt transit sehari dan ke Doha transit 2 jam sebelum landing di KLIA. Syukur Allah permudahkan semua dan semuga lancar baki perjalanan kami.
225 Comments
indah nya kota ini…
kapan kesana ya ?
salam dari Obat Kuat
semoga perjalanan selamat ok!
Curahan rasa semudah itu @ ..2 MAUT 3 PARAH AKIBAT MOTOSIKAL BERTEMBUNG
Assalam, salam kenal. senang rasanya bisa berada disini. dan ijin numpang baca-baba. happy bloging
Curahan rasa Sepeda Motor Injeksi Irit @ ..Toko Jual Beli Laptop Bekas
Wah seronoknya..xtaulah bila boleh ke sana.
Curahan rasa MK Amin @ ..Forum CariCyber.com memang terbaik!
Bila mahu balik Malaysia ni bro DH
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
bestnya!!!!!!! tak sampai lagi ke Italy. insyaAllah kalau ada rezeki, terkawen dengan orang kaya raya..nak pow lah ke sana.hahahaha
Curahan rasa Lizz @ ..Kesan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta – Ramai Wanita Bakal Bekerja?
wah, teringin sgt nak pergi colosseum tuh. comelnye kete2 kat sana.kecik je
Curahan rasa rozuan @ ..HAPPY 22TH BIRTHDAY MY BEST FRIEND, HAFIZ
Semua Rakan Blogger tentunya ingin kesana…termasuk saya…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Tanda-tanda Kecanduan Facebook
Dapat pergi sana, macam berada dalam filem pula
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
Setelah ini DH ada rencana kembara lagi ga ya…?
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Pelita Jaya
Kira2 ke negara mana kembaranya…?
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Pelita Jaya
Cuba senaraikan negara
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
Antara bandar tertua di dunia.
Patutla tak menten.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..SELAMAT HARI IBU
Saya doakan sifu selamat sampai ke tanah air bersama rakan-rakan.
Curahan rasa halif @ ..Australia- Here I Come
Untuk separuh masa kedua tahun ini, Bro bercadang untuk melancong ke luar negara.
Nak buka minda dan pandangan kepada dunia luar. Luar dari imaginasi sendiri.
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Makan Tengahari Bersama Blogger Yang Comel – Isabellakuan
Hari ini mungkin DH dah tiba di Tanah Air tercinta ya….
Curahan rasa Dadan @ ..Hamba Allah Yang Baik
Oh yeke, dah habiske tempoh musafir di perantauan
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
bro, semoga semuanya selamat sampai ke negara Malaysia.
Curahan rasa donnyien @ ..Cara Buat Blog Header yang simple
bro, xnk buat contest menang dpt melancong ker..hahaha
Curahan rasa faizfakhirin @ ..#Motorcycle Bertayar Satu Yang Menakjubkan.
wahhhh.. faiz memberikan satu idea yang menarik! hehehee.. hadiah dalam negeri pun okay gak kan. =)
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
betul, bagus tu idenya…
Curahan rasa Dadan @ ..Persib Bandung vs Pelita Jaya
Wah nice Idea, kalau buat, memang aku join contest tu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
pergh.sedap melancong nak juga
Curahan rasa Ikhtiar Shah @ ..Dugaan Orang Bertunang
sedap melancong.. sedap juga poketnya.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
Dua-dua kena kenyang. Kalau yak lapar je semasa melancong
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Uncle Usin
Comments are closed.