Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan kembara musafir europe diteruskan ke destinasi baru lebih 500km meninggalkan Kota Romantis Venice. Belum puas menikmati keindahan Venice tetapi perjalanan mesti diteruskan. Perjalan kali ini lebih mencabar melalui highway dicelah bukit bukau dengan laluan yang curam serta melalui berpuluh-puluh terowong.
Kami berhenti rehat di hentian untuk makan tengahari. Dalam perjalanan kami sempat juga singgah di Valdiciana Brand Outlet Village selepas terlepas pandang Design Outlet Village sebelumnya kerana tak ada signboard masuk. Itu bestnya kembara dengan memandu kereta kerana dapat singgah di branded outlet yang kebanyakan dibina di tepi highway.
Alhamdulillah setelah berada di dalam Skoda lebih 5 jam akhirnya kami sampai di Roma. Perkara pertama yang terlintas dalam minda patutlah syarikat kereta sewa Europcar tidak benarkan kami bawa MPV. Rome bandar yang sibuk dan susah nak cari parking jadi kebanyakan penduduk menggunakan kereta mini yang comel lote.
Kami menetap di homestay di sebuah kodominium yang terletak di depan stesen bus dan berhampiran dengan subway. Terdapat juga kedai pizza halal jadi mudahlah untuk kami makan. Jangan risau di Rome ada berpuluh-puluh restauran halal dan ada beberapa buat masjid. Semua informasi boleh diperolehi melalui aplikasi Zabihah.
Setelah berehat sebentar kami terus ke pusat bandar Rome menaiki metro. Gambaran pertama kami agak negatif Rome tidak sebersih Frunkfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna dan Venice. Subway nampak uzur, dinding penuh dengan contengan dan ramai pendatang yang berkeliaran. Ramai menasihatkan kami berhati-hati terutama dalam subway.
Kami turun di hentian utama dan keluar dengan bingung tanpa peta. Sedang berjalan mundar mandir memikirkan mana nak pergi tiba-tiba aku tersepak peta yang entah datang dari mana. Setelah menunggu seketika tiada yang ambil maka aku pun ambil mungkin Allah beri untuk bantu kami. Dengan peta mudahlah kami menuju ke Colosseum. Tak sempurna lawatan ke Rome kalau melawat Colosseum dan tapak besar tamadun Europe. Kami sampai Colosseum agak lewat jadi tak berapa ramai pelancong yang ada cuma yang ramai mat bangla yang mengejar pelancong untuk menjual cenderahati, rasanya macam tidak sesuai je. Selepas melawat Colosseum sambil menikmati sunset kami membeli cenderahati di kedai berhampiran dan terus pulang menaiki metro untuk berehat.
Hari kedua kami mengelilingi tapak sejarah tamadun Rom dengan menaiki bas city tour. Ramai sungguh pelancong yang datang daripada berbagai negara memang meriah berbanding semalam. Melihat kesan-kesan sejarah dengan bagunan-bagunan yang besar dan unik dengan senibina yang indah membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Setelah penat kami menaiki metro menuju ke Indian Halal Restauran untuk menikmati makan tengahari. Kami terserempak dengan 4 wanita Malaysia yang mengembara dari Rome, Barcelona, Paris dan London. Minta kebenaran nak snap gambar mereka untuk masuk blog tapi salah seorang tidak benarkan jadi aku batalkan je lah niat. Memang ramai terserempak dengan pelancong Indonesia dan Malaysia di Rome tidak seperti di bandar-bandar lain yang telah kami jejaki sebelum ini.
Untuk pelancong yang kaki shopping Rome adalah salah satu tempatnya. Berbagai outlet dengan berbagai jenama yang terkenal dan jenama yang tidak pernah dengan pun ada. Kami pun tumpang cuci mata sambil shopping ole-ole untuk keluarga.
Setelah menyelusuri kota Rome kami pun bergegas balik menaiki metro sebab dah janji nak pick up kunci kereta sebelum jam 7.30 pm. Kami sibuk mengemas barang kerana awal pagi 3.30 am kami akan ke Ciampino Airport, airport tambang murah Ryanair untuk ke destinasi seterusnya. Ryanair ni lain macam sikit hanya benarkan 20kg untuk bagasi dan 10kg untuk onboard. Walaupun dah beli extra kg kami terpaksa mengubahsuai dua kali isi beg kerana rupanya extra kg mesti dalam beg berasingan. Sibuk angkat beg yang berat sehingga tersentaklah urat pinggang.
Akhir kami berpisah dengan Skoda yang telah memberi khidmat penuh cemerlang mengembara dari Frankfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna, Venice dan Rome. Alhamdulillah dengan izin Allah tiada kerosakan dan tiada kemalangan sepanjang kembara musafir bersama skoda melebihi 2000 km. Selamat tinggal Europe kami terbang ke Frankfurt transit sehari dan ke Doha transit 2 jam sebelum landing di KLIA. Syukur Allah permudahkan semua dan semuga lancar baki perjalanan kami.
225 Comments
bestnya jadi musafir………….teringin berjalan jauh..
Curahan rasa liyana @ ..Vote Untuk EqbalZack
Boleh sesiapapun nak berjalan yang penting $$$ kena cukup 😉
Curahan rasa Myra Jay @ ..WW: Firas Vs Ilhan
wah…indah sungguh tempat mereka…
terasa nak pijak kaki ke sana andai ada rezeki suatu hari nanti….
Curahan rasa daddydee @ ..Juara EPL
semestinya penagalaman yg jarang dimiliki oleh setiap org
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..Tora Datang Lagi Bersama Ding Dang
alahai seronoknya , bila buleh jd musafir lagi ni…
Curahan rasa puanbee @ ..HOT ! SHORT BRA TERBAIK DI JUAL ONLINE , TERBAIK DI PASARAN.
jalan jalan terus,,ternyata indah suasana di Italy banyak bangunan bersejarah
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen Herbalife Denpasar
hahaha..tak berjaya ambil gambar perempuan dari Malaysia ye..kenapa tu?
Takpelah janji banyak gambar view ada..tu lebih penting
Curahan rasa cikgu naman @ ..Pen Parker Hadiah Untuk Cikgu Tuisyen
wow colleseuom boleh tahan , tempat gladiator
Curahan rasa munir ardi @ ..Writing the Resource Box so it Makes People click
oh x pergi tengok game lazio vs inter kat sana? hehe Colosseum kena pergi 🙂
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Barnes vs Fowler: Gambar Ketika Kempen Seeing is Believing
italy mmg idaman hatiku…kalaulah dapat pergi ke sana
mana tahu ada rezeki lebih, dapatlah gono ker sana…
Curahan rasa Nana @ ..Nak menang cabutan bertuah? Jom join sekaki…
italy memang bestlah bagi aku…sebab kat situ banyak tinggalan tamadun Rome..satu negara yang best aku rasa ialah greece, banyak tinggalan sejarah di sana
Curahan rasa segalabenda @ ..Harga barang naik
Bestkan kembara di negara orang.. luas pemandangan dan banyak ilmu kita dapat belajar..
Curahan rasa Nurul @ ..Preview Filem: Man Sewel datang KL
Salam DH, agaknya Outlet Village tu sama konsepnya dgn RnR kt highway kita kot..harap dpt peluang kembara mcm ni..
Curahan rasa dinar @ ..Sekarang!.. masa paling sesuai membeli EMAS
wah di roma, ko ga aja-ajak… ekekek
Curahan rasa Agus Herlambang @ ..Pengobatan Tradisional Darah Tinggi
kapan saya dapat ke roma bertemu dengan Totti…. hehehe
Curahan rasa Agus Herlambang @ ..Pengobatan Tradisional Darah Tinggi
wah seronoknya pergi rome..
Curahan rasa cik tom @ ..Lelaki Kacak vs Wanita Cantik
Comments are closed.