Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan kembara musafir europe diteruskan ke destinasi baru lebih 500km meninggalkan Kota Romantis Venice. Belum puas menikmati keindahan Venice tetapi perjalanan mesti diteruskan. Perjalan kali ini lebih mencabar melalui highway dicelah bukit bukau dengan laluan yang curam serta melalui berpuluh-puluh terowong.
Kami berhenti rehat di hentian untuk makan tengahari. Dalam perjalanan kami sempat juga singgah di Valdiciana Brand Outlet Village selepas terlepas pandang Design Outlet Village sebelumnya kerana tak ada signboard masuk. Itu bestnya kembara dengan memandu kereta kerana dapat singgah di branded outlet yang kebanyakan dibina di tepi highway.
Alhamdulillah setelah berada di dalam Skoda lebih 5 jam akhirnya kami sampai di Roma. Perkara pertama yang terlintas dalam minda patutlah syarikat kereta sewa Europcar tidak benarkan kami bawa MPV. Rome bandar yang sibuk dan susah nak cari parking jadi kebanyakan penduduk menggunakan kereta mini yang comel lote.
Kami menetap di homestay di sebuah kodominium yang terletak di depan stesen bus dan berhampiran dengan subway. Terdapat juga kedai pizza halal jadi mudahlah untuk kami makan. Jangan risau di Rome ada berpuluh-puluh restauran halal dan ada beberapa buat masjid. Semua informasi boleh diperolehi melalui aplikasi Zabihah.
Setelah berehat sebentar kami terus ke pusat bandar Rome menaiki metro. Gambaran pertama kami agak negatif Rome tidak sebersih Frunkfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna dan Venice. Subway nampak uzur, dinding penuh dengan contengan dan ramai pendatang yang berkeliaran. Ramai menasihatkan kami berhati-hati terutama dalam subway.
Kami turun di hentian utama dan keluar dengan bingung tanpa peta. Sedang berjalan mundar mandir memikirkan mana nak pergi tiba-tiba aku tersepak peta yang entah datang dari mana. Setelah menunggu seketika tiada yang ambil maka aku pun ambil mungkin Allah beri untuk bantu kami. Dengan peta mudahlah kami menuju ke Colosseum. Tak sempurna lawatan ke Rome kalau melawat Colosseum dan tapak besar tamadun Europe. Kami sampai Colosseum agak lewat jadi tak berapa ramai pelancong yang ada cuma yang ramai mat bangla yang mengejar pelancong untuk menjual cenderahati, rasanya macam tidak sesuai je. Selepas melawat Colosseum sambil menikmati sunset kami membeli cenderahati di kedai berhampiran dan terus pulang menaiki metro untuk berehat.
Hari kedua kami mengelilingi tapak sejarah tamadun Rom dengan menaiki bas city tour. Ramai sungguh pelancong yang datang daripada berbagai negara memang meriah berbanding semalam. Melihat kesan-kesan sejarah dengan bagunan-bagunan yang besar dan unik dengan senibina yang indah membuktikan tamadun Rom sangat hebat. Segala kehebatan hancur musnah akibat kerakusan pemerintah yang lebih mementingkan kekuasan daripada rakyat.
Setelah penat kami menaiki metro menuju ke Indian Halal Restauran untuk menikmati makan tengahari. Kami terserempak dengan 4 wanita Malaysia yang mengembara dari Rome, Barcelona, Paris dan London. Minta kebenaran nak snap gambar mereka untuk masuk blog tapi salah seorang tidak benarkan jadi aku batalkan je lah niat. Memang ramai terserempak dengan pelancong Indonesia dan Malaysia di Rome tidak seperti di bandar-bandar lain yang telah kami jejaki sebelum ini.
Untuk pelancong yang kaki shopping Rome adalah salah satu tempatnya. Berbagai outlet dengan berbagai jenama yang terkenal dan jenama yang tidak pernah dengan pun ada. Kami pun tumpang cuci mata sambil shopping ole-ole untuk keluarga.
Setelah menyelusuri kota Rome kami pun bergegas balik menaiki metro sebab dah janji nak pick up kunci kereta sebelum jam 7.30 pm. Kami sibuk mengemas barang kerana awal pagi 3.30 am kami akan ke Ciampino Airport, airport tambang murah Ryanair untuk ke destinasi seterusnya. Ryanair ni lain macam sikit hanya benarkan 20kg untuk bagasi dan 10kg untuk onboard. Walaupun dah beli extra kg kami terpaksa mengubahsuai dua kali isi beg kerana rupanya extra kg mesti dalam beg berasingan. Sibuk angkat beg yang berat sehingga tersentaklah urat pinggang.
Akhir kami berpisah dengan Skoda yang telah memberi khidmat penuh cemerlang mengembara dari Frankfurt, Prague, Cesky Krumlov, Vienna, Venice dan Rome. Alhamdulillah dengan izin Allah tiada kerosakan dan tiada kemalangan sepanjang kembara musafir bersama skoda melebihi 2000 km. Selamat tinggal Europe kami terbang ke Frankfurt transit sehari dan ke Doha transit 2 jam sebelum landing di KLIA. Syukur Allah permudahkan semua dan semuga lancar baki perjalanan kami.
225 Comments
rome..bandaraya penuh sejarah=)
Curahan rasa sadiq @ ..Find The Right Treatment
peninggalan sejarah dari tamadun terdahulu yang kini jadi kenangan..
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
hmmm…
perjalanan yang sangat mengasyikkan… 🙂
dan juga perjalanan yang mengujakan.. =)
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
wah Italy DH
yeaaahhh.. its a Rome!
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
2000km??..jauh perjalanan..luas pemandangan.. 🙂
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Lelaki Kacak Labur ASB
2000 km.. kalau dari perlis ke johor brape km yea?
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
perjalanan yang sangat menarik bagi yang minat mengembara…selamat kembali ke pangkuan keluarga…
sama sama kita tunggu kepulangan DH
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
Alhamdulillah dengan izin Allah semua lancar. Masalah sana sini sikit tu perencah ke indahan mengembara.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kembara Musafir Venice, Italy
Flight DH dari Doha tiba di Malaysia jam 1.30pm 13 may ke?
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
gambar di Collaseum tu sgt menjeleskan sha ok!
anyway boss saya ada di Italy juga ni….dia join trafalgar tour
Curahan rasa sha @ ..Trudy & Teddy Opening Special at Pavillion KL
bergambar di collaseum tu memang idaman ramai pelancong
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
Italy memang memiliki banyak objek wisata.Mulai dari perfilman, arsitektur, sejarah Romawi kuno, Koloseum, menara Pisa, fashion di kota Milan, situs kota Pompeii, wisata agama di Vatikan,
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
tentunya tidak akan cukup waktu bila tinggal seminggu untuk kembara disana.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
bahkan pernah saya baca bahwa 50 persen dari warisan budaya seni dunia berada di Italy
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
Mungkin itulah yang menyebabkan sehingga penduduk asli Italy jarang memutuskan bepergian keluar negeri untuk berlibur.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
karena mereka punya obyek wisata sendiri yang luar biasa banyaknya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
sebetulnya negara kita juga punya banyak obyek wisata…
Curahan rasa Dadan @ ..Ultrabook dan Sleekbooks Terbaru dari HP
bang dadan dan bang iwan.. wisata tu apa ya?
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
teringin juga seperti dh dapat melancong kesana-kemari
Curahan rasa onlajer @ ..GAJI MINIMUM BERCANGGAH DENGAN ISLAM ?
DH ni selalu mengembara,, kan?
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
iehhhhh looking around nya seruu ya????
looking around and around europe
Curahan rasa KiD @ ..Giveaway HAZMAN VS FOOD | FINAL DAY
wah,Mas2 semua sangat beruntung bisa menyaksikan Colosseum dan tempat2 indah lainnya.Sedangkan saya baru menyaksikan semua itu lewat media saja. Semoga perjalanannya sukses ya…
perjalanan kalian sungguh mengujakan.
sudah semestinya mengujan para rakan blogger
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
Comel sungguh kereta parking di sebelah motorsikal tu 🙂
Curahan rasa Yan @ ..5 Set Ikon Social Networks Sketch Lukisan Tangan
kereta tu muat dua prang je kan? hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
keunikkan bangunan rome sentiasa menjadi pilihan…
harapa akan ke sana suatu hari nanti..
hehehee
Curahan rasa mie @ ..Saphai Pae Hostel Terbaik Di Bangkok
semoga impian mie nak kesana akan tcapai…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
nana ada impian ke sana??
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
masih utuh lagi colosseum tu kan..memang power pembinaan orang dulu.
Curahan rasa sukacuka @ ..Belanja Tidak Membeli
kekuatan dan teknologi orang terdahulu
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
Piza tu rasa die sama x dengan pizza Malaysia nie 😀
Curahan rasa Izzuddin Fauzi @ ..Hilangkan Jerawat dan Parutnya Tanpa Photoshop
Kalau saya belum pernah makan yang namanya pizza…maklum orang kampung
Curahan rasa Dadan @ ..Focus 2 Ponsel Windows dari Samsung
yakah…enak lagi mee bakso mas….
yummmy…
Curahan rasa Nana @ ..Senyum, tak perlu kata apa2…
nah…kalau mie bakso memang uenaak…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Focus 2 Ponsel Windows dari Samsung
saya juga sering makan bakso Kang….
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
Tapi sejak adanya beberapa kasus pemakaianzat adiktif, sekarang jadi tidak doyan lagi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Bayern Muenchen Vs Chelsea | Final Liga Champions 2012
bakso memang sedap.. fuuuhh.. lagi lagi kalau bebolanya besar
Curahan rasa KiD @ ..Untuk Giveaway HAZMAN VS FOOD | Siri 8
itulah sebabnya, saya kalau mau beli bakso tidak jauh-jauh
Curahan rasa Dadan @ ..Ultrabook dan Sleekbooks Terbaru dari HP
beli yang dekat rumah aja, yang tahu pembuatannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Ultrabook dan Sleekbooks Terbaru dari HP
Comments are closed.