Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah ALLAH pilih sekali lagi menjejaki kaki ke Kota London buat kali ke dua selepas trip London yang tidak dirancang pada 2012. Dulu trip bisnis tapi kali ini trip bercuti bersama isteri dan dua pasang sahabat kembara Hj Yusri & isteri dan Hj Zainal & isteri, kira macam percutian honeymoon jugalah sebab anak-anak tak ikut. Kami pergi berasingan dan berjumpa di Hotel Danubius Regent Park, London. Paling best hotel tempat kami menginap berdepan dengan London Central Mosque jadi mudahlah nak solat dan makan makanan halal. Aku dan isteri memilih menaiki Malaysia Airlines Berhad terbang pada jam 10.25 am dan mendarat di terminal 4 London Heathrow Airport pada jam 4.45 pm. Dari London Heathrow Airport ada beberapa cara untuk ke hotel antaranya menaiki express train, bas dan teksi. Kami memilih menaiki teksi sebab nak mudah angkut beg besar tetapi agak mahal tiketnya.
Kami tidak lama di London jadi nak mudah kami naik Big Bus dari Baker Street untuk pusing-pusing melihat keindahan Kota London. Kami beli tiket pakej penuh untuk satu hari berharga 32 pound seorang jadi mudah nak turun naik dimana kami suka dan boleh juga naik Big Bus line lain serta City Cruises. Kami berhenti di London Tower Bridge dan kemudian menaiki City Cruises menuju ke London Eye. Alhamdulillah cuaca sangat bagus tidak begitu panas dan tidak hujan.
Selepas penat pusing-pusing Kota London kami menaiki London Tube dari Marble Arch menuju ke Edgware Road untuk makan di Restoran Melur. Restoran Melur adalah restoran halal yang menghidangkan makanan menu Malaysia dan Indonesia. Selain restoran Melur banyak lagi restoran halal di Edgware Road yang juga dipanggil Arab Street. Nak makan Subway halal pun ada di Edgware Road.
Setelah kenyang makan kami menaiki London Double Decker bus menuju ke Oxford Street yang memang terkenal dengan berbagai mall untuk shopping. Kami tak shopping pun hanya cuci mata melihat berbagai kerenah manusia. Sempat juga singgah kedai Apple tengok Apple Watch tapi boleh tahan harganya mencecah 980 pound. Selepas penat berjalan kami naik Double Decker bus untuk pulang ke hotel tetapi tersesat sampai ke London Victoria Station. Kaki pun dah sakit jadi nak pendekkan cerita terpaksalah kami ambil teksi untuk balik ke hotel. Sampai hotel kepenatan terus terlena dek sebabkan simptom jet lag lagi.
Semuga ALLAH beri kesihatan yang baik untuk perjalanan kami seterusnya juga keselamatan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.
97 Comments
kat London mesti best kalau dapat naik bus double decker..kat Malaysia macam pelik pulak!
Curahan rasa mrhanafi @ ..12 Imbuhan Bestmobile Yang Terbaik
Mrhanafi: Saya tak pernah lagi naik bus double, teringin juga kalau ada peluang..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Jalan-jalan naik bas kat London menarik kan? Tak seperti di negara kita ni..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
Noriza: Bas double decker yang kat melaka tu ada lagi tak? Rasa macam ada aja kat Melaka..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
insya Allah, satu masa nanti saya akan pergi juga ke sana bersama anak2.. saya janji!!
Curahan rasa haridah @ ..Apa yang Best di National Conference Shaklee 2015??
Haridah: Moga diperkenankan hajat murni tu.. Memang seronok kalau dapat pergi sekeluarga..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Best juga dapat bercuti keluar negara. Jauh perjalanan luas pengetahuan.
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
teringat lagu masa tadika, london bridge is falling down, falling down.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Memulakan Bisnes Jangka Panjang
Bro Ikhwan: Sampai sekarang masih hafal bait-bait lirik sekali dengan irama dia
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
oh london..saya akan datang menemui mu nanti ..jika ada rezeki masuk dan terus masuk amin..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Bro MrHanafi: Insya Allah kalau ada rezeki tu tidak kemana. Kalau dah buat perancangan dari awal Insyallah boleh dilaksana dan dijayakan tu..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
wah besnya pegi london…smoga denaihati terus sukses sebagai ikon blogger terbaik di malaysia
Curahan rasa hpmurah2u @ ..5 Apps Every Business Person Should Have
blogger ikon Nusantara sekarang ini sebab denaihati telah merentasi negara Malaysia dan Indonesia.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Assalamualaikum dan salam perkenalan.Saya ingin menjemput anda ke blog saya iaitu http://gagahboro.org. Saya harap siapa yang baca komen saya ini dapat pergi ke blog saya.
saya sahut jemputan itu sekarang untuk singgah di blog tuan…
orang jemput kita datang la ye..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Wah seronok sekali berjalan japan ke kota london. Memang lebih menyeronokkan kalau kita ke negeri orang sudah tahu area makan makanan halal dan lokasi masjid. Senang nak beribadah. Walaupun melancong, ibadah tetap nombor satu.
Curahan rasa nila anggraini @ ..Pulut Ayam Dan Ayam Penyet Terbaik Di Batang Kali Yang Patut Anda Cuba
ibadah boleh dilakukan di mana-mana walaupun tengah mengembara..
lagi best ke negara Islam kerana mudah untuk dapat makanan halal dan tempat solat..
cumanya negara barat lebih menyediakan tempat yang bagus untuk para pelancong..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Di antara perkara yang merunsingkan ialah nak cari tempat jual makanan halal kat negara orang lain. Kalau dah tahu tempat makan halal dan tahu tempat/arah kiblat solat, nak melancong pun seronok je..
Curahan rasa kerja sendiri @ ..Berniaga Tepi Jalan di Bulan Ramadhan?
Google kan ado..banyak info dari blog yang kita boleh tahu semasa dalam perantauan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
Sekarang ni sudah ada teknologi dan gajet. Semuanya hanya dihujung jari..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
Wag seronoknya
Doakan saya dpt ke london jgk ya
Antara tempat yang saya nak bawa family jalan2
saya doakan puan agar murah rezeki dan ada kesempatan untuk ke London…amin
Curahan rasa mrhanafi @ ..Lagi lagi Cerita Tentang Duit
seronoknya boleh jalan-jalan honeymoon gitu. semoga seronok tuan dan isteri ke sana.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Alergi / Resdung Hilang Dalam Masa 3 Hari Dengan Shaklee
idaman 2016 saya untuk ke london…insya allah….:) kalau ade peluang dan tak ada arah melintang..hehe
Curahan rasa Coway Malaysia @ ..Promosi Udara Sihat Keluarga Bahagia – Coway Air Purifier
Coway Malaysia: Moga tercapai cita-cita ya. Dah kena start kumpul bajet dari sekarang kalau nak pergi..
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
syoknya berjalan.. teringin gak nak pergi London.. Tuan ilham mesti singgah Emirates Stadium kan??
Curahan rasa zool @ ..Tips Bengkel Kereta yang bagus dan murah
semoga ada peluang untk kami datang melawat kota london, bawa famili sekali.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Memulakan Bisnes Jangka Panjang
Bro Ikhwan: Insya Allah moga diperkenankan hajat tuan untuk ke sana.. Projek banyak masyuk tu..mesti boleh punya ya.. 🙂
Curahan rasa Sani @ ..Bisnes Air Balang Tak Untung?
terima kasih bro yunus, masa mudah ni la nak berprojek sebanyak mungkin 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Memulakan Bisnes Jangka Panjang
Comments are closed.