Kembara Denaihati ke London 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah ALLAH pilih sekali lagi menjejaki kaki ke Kota London buat kali ke dua selepas trip London yang tidak dirancang pada 2012. Dulu trip bisnis tapi kali ini trip bercuti bersama isteri dan dua pasang sahabat kembara Hj Yusri & isteri dan Hj Zainal & isteri, kira macam percutian honeymoon jugalah sebab anak-anak tak ikut. Kami pergi berasingan dan berjumpa di Hotel Danubius Regent Park, London. Paling best hotel tempat kami menginap berdepan dengan London Central Mosque jadi mudahlah nak solat dan makan makanan halal. Aku dan isteri memilih menaiki Malaysia Airlines Berhad terbang pada jam 10.25 am dan mendarat di terminal 4 London Heathrow Airport pada jam 4.45 pm. Dari London Heathrow Airport ada beberapa cara untuk ke hotel antaranya menaiki express train, bas dan teksi. Kami memilih menaiki teksi sebab nak mudah angkut beg besar tetapi agak mahal tiketnya.

Big Bus London

Big Bus dari Baker Streets

menuju London Tower Bridge

London Tower Clock

gambar London Eye

Kami tidak lama di London jadi nak mudah kami naik Big Bus dari Baker Street untuk pusing-pusing melihat keindahan Kota London. Kami beli tiket pakej penuh untuk satu hari berharga 32 pound seorang jadi mudah nak turun naik dimana kami suka dan boleh juga naik Big Bus line lain serta City Cruises. Kami berhenti di London Tower Bridge dan kemudian menaiki City Cruises menuju ke London Eye. Alhamdulillah cuaca sangat bagus tidak begitu panas dan tidak hujan.

London Millennium Tower

belakang London Tower Bridge

London Eye

bergambar di London Tower Bridge

Selepas penat pusing-pusing Kota London kami menaiki London Tube dari Marble Arch menuju ke Edgware Road untuk makan di Restoran Melur. Restoran Melur adalah restoran halal yang menghidangkan makanan menu Malaysia dan Indonesia. Selain restoran Melur banyak lagi restoran halal di Edgware Road yang juga dipanggil Arab Street. Nak makan Subway halal pun ada di Edgware Road.

Notting Hill Gate

restoran Melur Edgware Road London

window shopping Oxford street

London Oxford Street

Setelah kenyang makan kami menaiki London Double Decker bus menuju ke Oxford Street yang memang terkenal dengan berbagai mall untuk shopping. Kami tak shopping pun hanya cuci mata melihat berbagai kerenah manusia. Sempat juga singgah kedai Apple tengok Apple Watch tapi boleh tahan harganya mencecah 980 pound. Selepas penat berjalan kami naik Double Decker bus untuk pulang ke hotel tetapi tersesat sampai ke London Victoria Station. Kaki pun dah sakit jadi nak pendekkan cerita terpaksalah kami ambil teksi untuk balik ke hotel. Sampai hotel kepenatan terus terlena dek sebabkan simptom jet lag lagi.

Semuga ALLAH beri kesihatan yang baik untuk perjalanan kami seterusnya juga keselamatan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.


Spread the love

97 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!