Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah ALLAH pilih sekali lagi menjejaki kaki ke Kota London buat kali ke dua selepas trip London yang tidak dirancang pada 2012. Dulu trip bisnis tapi kali ini trip bercuti bersama isteri dan dua pasang sahabat kembara Hj Yusri & isteri dan Hj Zainal & isteri, kira macam percutian honeymoon jugalah sebab anak-anak tak ikut. Kami pergi berasingan dan berjumpa di Hotel Danubius Regent Park, London. Paling best hotel tempat kami menginap berdepan dengan London Central Mosque jadi mudahlah nak solat dan makan makanan halal. Aku dan isteri memilih menaiki Malaysia Airlines Berhad terbang pada jam 10.25 am dan mendarat di terminal 4 London Heathrow Airport pada jam 4.45 pm. Dari London Heathrow Airport ada beberapa cara untuk ke hotel antaranya menaiki express train, bas dan teksi. Kami memilih menaiki teksi sebab nak mudah angkut beg besar tetapi agak mahal tiketnya.
Kami tidak lama di London jadi nak mudah kami naik Big Bus dari Baker Street untuk pusing-pusing melihat keindahan Kota London. Kami beli tiket pakej penuh untuk satu hari berharga 32 pound seorang jadi mudah nak turun naik dimana kami suka dan boleh juga naik Big Bus line lain serta City Cruises. Kami berhenti di London Tower Bridge dan kemudian menaiki City Cruises menuju ke London Eye. Alhamdulillah cuaca sangat bagus tidak begitu panas dan tidak hujan.
Selepas penat pusing-pusing Kota London kami menaiki London Tube dari Marble Arch menuju ke Edgware Road untuk makan di Restoran Melur. Restoran Melur adalah restoran halal yang menghidangkan makanan menu Malaysia dan Indonesia. Selain restoran Melur banyak lagi restoran halal di Edgware Road yang juga dipanggil Arab Street. Nak makan Subway halal pun ada di Edgware Road.
Setelah kenyang makan kami menaiki London Double Decker bus menuju ke Oxford Street yang memang terkenal dengan berbagai mall untuk shopping. Kami tak shopping pun hanya cuci mata melihat berbagai kerenah manusia. Sempat juga singgah kedai Apple tengok Apple Watch tapi boleh tahan harganya mencecah 980 pound. Selepas penat berjalan kami naik Double Decker bus untuk pulang ke hotel tetapi tersesat sampai ke London Victoria Station. Kaki pun dah sakit jadi nak pendekkan cerita terpaksalah kami ambil teksi untuk balik ke hotel. Sampai hotel kepenatan terus terlena dek sebabkan simptom jet lag lagi.
Semuga ALLAH beri kesihatan yang baik untuk perjalanan kami seterusnya juga keselamatan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.
97 Comments
wahh, best la dapat pergi ke london.
leh beli london roll banyak-banyak bawa balik malaysia.
Curahan rasa hannan rifqi @ ..Income terbaru dari program Jobdirumah 2015
best! satu hari nanti teringin nak ke sana juga. kena double the effort la macam ni 🙂
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan.
Berjalan ke trmpat orang boleh lihat bagaimana keadaan budaya masyarakat setempat di sana.
Dari apa yang saya dengar masyarakat di sana mempunyai attitude yang boleh dijadikan contoh untuk masyarakat kita.
Curahan rasa Pakar Merawat Sihir @ ..14 Sebab Punca Gangguan Jin
Keren banget!
Moga satu hari boleh melancong ke sana
Insya Allah
seronok dapat naik bas 2 tingkat sambil tengok pemandangan di london ramai ramai.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..5 Tips Sihat Penyediaan Menu Untuk Sahur
saya juga ada berimpian untuk pergi ke London..biasa tengok dalam tv sahaja..terutama cerita mrbean.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Beli Tetikus Untuk Keperluan Kerja
London memang cantik juga untuk dikunjungi..kos untuk ke sana yang menjadi penghalang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Beli Tetikus Untuk Keperluan Kerja
Kos kalau dirancang sendiri boleh dapat murah kurang dari 5k seorang kalau utk ke London sahaja.
Curahan rasa denaihati @ ..Nasihat untuk rakan-rakan MAS
RM5k seorang mahal juga tu.. teringin nak melancong ke luar negara.. tapi nak bawa anak-anak sekali… sekarang ni isteri tgh mengandung anak ke 4… lepas ni keluarga makin bertambah besar… jadi kena sediakan kos yang besar untuk bawa isteri dan anak-anak bercuti ke luar negara..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
kepada org yg suka travel utk melihat keindahan dunia luar mereka akan cari duit utk travel kemudian balik cari lagi untuk next travel .. bukan semua yg travel ini orang yg kaya raya. minat mengatasi segalanya dan mereka akan berusaha sedaya upaya utk mencapai misi travel mereka.
Curahan rasa denaihati @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
betul tuh Pakcik,, setuju banget!! Saya gemar travelling, masih domestik sih. Harus pintar-pintar mengatur finansial, namun tetap bisa jalan-jalan. Habis jalan-jalan tuh seperti punya semangat dan kekuatan baru lagi ya. *Yihaaa!!
seronok jugak kalau dapat ke London. Nak masuk summer ni lagi seronok sebab tak tak sejuk sangat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kek Gulung Coklat Sedap dan Murah
Kan? Teringin nak bawa isteri dan anak-anak bercuti di Kota London.. tapi hajat masih belum kesampaian…
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
time musim salji dapat main ais tapi musim panas pun memang best la sebab panas pun tak sepanas di Malaysia
Curahan rasa mrhanafi @ ..Beli Tetikus Untuk Keperluan Kerja
Aduh tengok gambar ni teringat backpack tahun 2012 sampai 2 minggu. Tengah kumpul duit nak redah Oxford Street tu sekali lagi. London memang best !
Curahan rasa rahimah @ ..Borong Baju Musim Sejuk Dengan Boot K-Pop Di Primark.Murah Ke ?
Wah kak Rahimah pun pernah menjejakkan kaki ke Kota London rupanya.. tentu byk nostalgia semasa berada di sana..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Ya.Alhamdulillah dah sampai sana.Londoners pun sangat helpful.Tersesat mereka sanggup jalan kaki tunjuk kita jalan.Kalau kita bertanya arah , tengok map dekat handphone pun mereka terangkan sampai kita faham walaupun mereka tengah busy masa tu.
Curahan rasa rahimah @ ..Borong Baju Musim Sejuk Dengan Boot K-Pop Di Primark.Murah Ke ?
Cantik sekali kota London, Encik. Moderen tapi tak meninggalkan jati dirinya Eropa yang klasik
Curahan rasa Evi @ ..Ingin Ikut Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
Wah rindunya nak makan di restoren melor…pi praimax le..betul ke eja tu
Curahan rasa Faizalpj @ ..Yuran Tahunan Debit Kad CIMB RM15
selamat bercuti tn haji.. semoga beroleh kembara yg bermanfaan..wah best tu jalan2 di negara orang…
Curahan rasa kak yatiadam @ ..SURAT UNTUK SUAMIKU.
selamat mengembara… semoga beroleh manfaat dan pastinya antara pengalaman yang indah untuk tahun 2015
Curahan rasa yangbaik @ ..Berbangga dalam majlis
Semasa tuan Denaihati pergi ke London, tuan denaihati tak pergi ke stadium Arsenal ke? Dah dekat dah tu.. rugi tak singgah dkt sana..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Insyaa Allah sebelum balik nanti nak singgah juga kat Stadium Emirates tu dan bagis posing cantik satu kat sana .. heeee
Curahan rasa denaihati @ ..Gambar dalam Kaabah
Yah… itu yang kita mahu.. pasti penyokong Arsenal suka tengok gambar tu.. 😉
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Bestnya baca pengalaman tuan Denaihati dan isteri bercuti di Kota London… bila agaknya saya berpeluang bawa isteri dan anak2 bervuti ke sana..
Curahan rasa anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Comments are closed.