Assalamualaikum dan salam sejahtera, manusia boleh merancang tetapi perancangan ALLAH juga yang terbaik. Perbincangan awal sebelum UPSR 2015 telah dibuat dengan Abang Amirul Irfan untuk melanjutkan pelajaran di bidang Hafazan Al Quran selama tiga tahun sebelum menyambung bidang akademi. Keputusan UPSR dan PSRA alhamdulillah sangat cemerlang tetapi kami kekal dengan perancangan awal. Untuk mencapai matlamat kami masukan abang ke kem tahfiz Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah Bangi selama tiga minggu.
Selepas tiga minggu kem tahfiz minat abang kepada hafazan Al quran semakin berkurangan. Berbagai cara kami pujuk tetapi abang kekal dengan keputusannya jadi kami tak boleh memaksa. Aku mengambil keputusan untuk mencari sekolah agama swasta yang lain. Kenapa sekolah swasta kerana tarbiyyah hidup di sekolah agama swasta lebih bagus berbanding sekolah agama kebangsaan. Untuk menjadi manusia yang berjaya bukan sahaja bergantung kepada keputusana peperiksaan yang sangat baik tetapi lebih penting tarbiyyah hidup yang boleh dibawa dalam kehidupan yag sangat mencabar.
Kami memberi beberapa pilihan dan akhirnya abang bersetuju untuk menyambung pelajaran ke As Syddiq Islamic School di Simpang Renggam Johor. Ini bukanlah sekolah yang asing untuk Abang kerana dulu masa tadika dan darjah satu pun sekolah di sini cuma masa tu nama sekolah ini lain iaitu sekolah agama Ghufran. lebih menarik untuk tingkatan satu ada program hafazan Al quran dan akademi. Semuga Abang terpilih.
Memanglah sedih nak berpisah dengan anak setelah bersama siang dan malam selama dua belas tahun. Sekali melangkah keluar dari rumah bermakna Abang Irfan akan terus meninggalkan rumah untuk selama-lamanya kemudian menyambungkan pelajaran di Universiti dan masuk ke alam pekerjaan yang hanya akan pulang apabila cuti sekali sekala. Keluar sebagai seorang anak yang baru nak masuk alam remaja dan akan membesar bukan di depan mata adalah satu pengorbanan ibubapa demi menjadikan anak berjaya dunia akhirat.
Ayah dan ibu mendoakan semua Abang Amirul Irfan berjaya menjadi manusia yang mendapat redha ALLAH dan kelak menjadi insan yang memberi manafaat kepada dunia.
95 Comments
Belajar hidup berdikari di asrama tanpa bantuan keluarga memang banyak dugaanya, Tapi mula-mula aje. Insyallah lepas tu dah dapat biasakan diri.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cara Pelajar Nak Cari Duit Lebih
Memula akan berasa kekok sikit lah kan.. lama- kelamaan insyallah akan biasa. Boleh buat segala-galanya sendiri.
kalau diikutkan pengalaman sendiri bahaya jgk kalau budak tak suka duk asrama tp dipaksa hahaha…kang budak tersebut sudah tidak kenal sifat sebenar keluarga mereka…
Curahan rasa Belang tarung @ ..Kronologi Design dan Sejarah Stadium Baru The Red Warriors Kelantan FA
Betul tuh, nak kena depa sendiri rela baru senang kita nak lepaskan, kalau tak.. memacam mende boleh jadi nanti..
Banyak pengalaman suka duka bila tinggal di asrama. Kena tabah hidup berdikari tinggal berjauhan dengan keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Dari Rumah 2016
Jiwa nak kena kental nih, bukan senang nak berpisah dengan mak ayah yang kita dah dok dari kecik kan…
Pendidikan rohani sangat penting untuk anak-anak kita…jika rohani dah mantap maka dengan sendirinya akhlak yang baik juga akan terbina
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Testimoni JERAGAT Semakin Pudar dan Kulit Nampak Bersih
Betul tu. Bagi didikan agama yang sempurna boleh mejadi bekalan akhirat untuk anak-anak dan juga ibu bapa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Dari Rumah 2016
Insyallah, kalau kena dengan khuyuk dan belajar bersungguh-sungguh, bekalan akhirat pasti menanti.
masa umur 12 tahun saya memilih untuk tinggal di rumah, tak sanggup berpisah dengan ibu ayah
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Kepentingan Nilai ORAC Bagi Suplemen Antioksidan
mungkin umur 15 tahun lebih sesuai, tapi terpulang jjga kepada perancangan ibu bapa kan
Curahan rasa raihanahahmad @ ..Testimoni Pengguna Facial dan Spa Bergerak Gombak
moga kita semua dapat berikan yg terbaik untuk pendidikan anak-anak…zaman mereka makin mencabar.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengalaman Berbasikal di Rottnest Island, Perth, Australia
Keluar dari kehidupan selesa di rumah tinggal di asrama dah jadi asam garam pencita ilmu. Semoga adik menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Buat Kerja Part Time Dari Rumah
Insyallah nanti banyak pengalaman yang akan adik amirul dapat tinggal berjauhan dengan keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Dari Rumah 2016
InsyaAllah , Allah akan permudahkan segala urusan Amirul Irfan untuk menjadianak yang soleh, berjaya dunia akhirat
teringat pada keponakan sekarang sudah ada di pondok pesantren, jadi rindu bang :'(
Entri Terbaru Asep Nugraha Bersiaplah, Zaman Sudah Berkembang Pesat!
sedihnya. terkenang juga masa diri ini dihantar ke asrama seusia abang. huhu… agaknya begini lah perasaan abah saya masa hantar anaknya.
Curahan rasa sharmien @ ..4 Manfaat Vivix Untuk Pesakit Kencing Manis Elak Kaki Dipotong
Kalau bapa pun sedih apatah lagi dengan si ibu, lagilah sedihnya.
Curahan rasa Sani @ ..Rahsia Mula Bisnes Online RM2000!
Selamat berjaya dunia akhirat…walaupun dibekalkan dengan ilmu akhirat, banyak lagi ujian yang harus dilalui bersama..insyallah. berjaya nanti dengan kehendak Allah juga.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Itinenary ke Auckland 2016
terasa sebak plak baca kisah ni, tp saya suka dengan pendidikkan macam ini iaitu ibu ayah ambil berat akan ilmu agama anak anak dan mahu anak dapat agama dari kecil. memang terbaik
Curahan rasa Bisnes Online @ ..Resepi Kek Lapis Blueberry Cheese
Yalah… siapa tak sedih nak melepaskan anak yang membesar di hadapan mata selama 12 tahun tinggal di asrama..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Biasanya emaklah yang sedih… setiap kali tengah makan teringat dekat anak…
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Dalam hati tentu tertanya2 anak makan apa dekat asrama? Nak makan pun kadan tu tak selera.. nak tunggu anak balik, baru boleh masak sedap2..
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Apabila terbaca yang part selepas 12 tahun akan keluar rumah terus teringat anak kat rumah. Sesungguhnya waktu kecil untuk mereka bersama dengan kita amat singkat. Semoga terus menjadi seorang ibu yang sabar mendidik anak dalam kesibukan bekerja.
Dalam mencari ilmu, tak kisah lah berjauhan dari keluarga, yang penting ilmu yang di tuntut.
Ya… anggaplah ini sebagai satu perjuangan.. berjihad dalam menuntut ilmu.
Curahan rasa anuar @ ..Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com
Comments are closed.